December 31, 2010

UJIAN

Bismillah..



Mr M


Di awal usia 20-an, ketika kawan2 seperjuangan masih gersang ketagih mencari ilmu, dia terlantar di wad. Penyakit yang di hidapinya memerlukan rawatan segera. Penyakit yang sangat agresif,jika tidak dirawat boleh meragut nyawa dalam masa 2bulan sahaja. Dia ditempatkan di bilik isolate,risau akan risiko jangkitan yang tinggi disebabkan antibody yang sangat lemah. Tika aku melangkah melewati biliknya, dia berdiri mengadap dinding kaca bilik itu, tikar sejadah dibentang mengadap kiblat yang satu. Subhanallah..tika sakit yang amat masih ada hamba Mu yang mengingati Mu,menunaikan kewajiban sebagai hamba pada Penciptanya. Amatlah jarang aku melihat pesakit menunaikan solat di wad. Rasa bangga menyelinap di hati. ‘insyaAllah..kamu akan sembuh segera.’


Suatu hari,aku berkesempatan melihat satu procedure yang dijalankan ke atas Mr M. central line insertion. Satu tube panjang dari lengan terus ke jantung. Sakitnya mata yang memandang. Namun dia hanya tersenyum. Kata doktor, ‘kamu ni senyum je taw.sakit pun senyum.’ Kalaulah kita di tempatnya,masih boleh tersenyum lagikah?? Masihkah ada sisa-sisa kekuatan untuk senyum??


Kali kedua daku melawatnya di bilik isolate,kepalanya sudah botak. Banyak sangat rambut gugur kesan kemoterapi. Lagi baik di botakkan terus. Namun,dia masih tersenyum manis.


Berita pemergiannya begitu memeranjatkan aku. Juga sahabatnya yang sama2 menghuni wad tersebut. Juga kakitangan dalam wad itu.Khabarnya,dia muntah teruk mungkin akibat badan terlalu lemah menerima reaksi kemoterapi. Dia koma di icu dan pergi buat selamanya. Masih terbayang-bayang senyuman tanda kekuatan di mataku.


Semoga kamu ditempatkan ditempat yang mulia bersama para solihin..amin.


Al-fatihah..


==================================


Madam J


Sekitar usia 40-an, badannya semakin bertambah lesu. 2bulan terlantar di rumah,tak mampu untuk berjalan. Kononya,terkena buatan orang. Suatu hari,dia pergi ke hospital. Terus di tahan di wad berminggu-minggu lamanya. Pelbagai pemeriksaan dilakukan. Akhirnya, disahkan mengidap barah. Dia tabah. Sangat tabah. Dia dapat menerima segala ketentuan Ilahi walaupun si suami yang mengalirkan air mata. Dia masih boleh tersenyum. Dia masih berbicara riang melayan kehadiraan ku setiap hari. Andai aku tidak menjenguknya di pagi hari,pasti kiriman salam akan sampai pada ku melalui kawan2ku. Bukan satu bahkan dia akan berpesan kepada sesiapa saja yang kenal aku. Lantas aku mencari masa setiap hari untuk melawatinya. Suatu hari,dia dalam kesakitan.namun masih berusaha keras untuk berbicara dengan ku. Cepat-cepat aku menahanya dari berbicara.’rehatlah dulu. Nanti saya datang lagi.’


Aku pernah menemaninya di bilik procedure. Kata doctor,‘Bone marrow aspirate is the most cruel thing in the world.’ Aku juga pernah menemaninya ke ground floor untuk mammogram. Sakitnya ya Allah, hanya Kau yang mengetahui. Dan apa yang membuatkan aku tersentuh adalah bilamana dia memperkenalkan aku pada anak dan suaminya…‘kakak,ni anak angkat mama. Abang,dialah yang tolong saya..bla bla..’.syahdu sungguh bila diperlakukan sedemikian.


Ujian yang dilalui mendekatkan dirinya pada Ilahi. Selama terlantar di wad, dia minta dibelikan cd2 bacaan Al-Quran.dia mula membaca buku2 agama. Indah sungguh aturan Mu ya Ilahi. Sudah hampir 2bulan aku tidak mendengar khabar berita darinya. Kali terakhir bersembang di telefon,dia semakin pulih.dia dapat berjalan kembali walaupun masih lemah. Cerianya dia di hujung talian sana. ‘semoga terus diberi kekuatan.semoga cepat sembuh.’


Hari ini,panggilanku tidak bersambut. Mesej ku tidak berbalas. Apa yang terjadi sebenarnya?? Jauhkan dia dari segala perkara yang tak diingini ya Rab. Aku akan tetap menunggu balasan darinya.


===========================

“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedang mereka tidak diuji lagi?”(al-ankabut:2)


Rasulullah s.a.w bersabda: “jagalah Allah(dengan sentiasa ingat kepadaNya),pasti engkau mendapatkan-Nya di hadapan mu. Kenalilah akan Alah diwaktu lapang,pasti Allah akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang (ditaqdirkan) luput dari dirimu, pasti tidak akan menimpamu, dan apa yang (ditaqdirkan ) menimpamu pasti tidak akan luput dari dirimu. Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan itu bersama kesusahan dan bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan.” (HR At-Tirmizi).


p/s:


Adakah kita sekuat mereka tika ditimpa musibah/mehnah/ujian??


Jangan cepat mengeluh dengan aturan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik segala ketentuan.


Seringkali persoalan ‘layakkah aku’ bermain di fikiran,namun Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu ujian yang kita tidak mampu. Boleh jadi apa yang kamu benci itu yang terbaik untuk kamu sedang kamu tidak mengetahui.
 
 

diRikU haNya uNtuK Mu..

December 27, 2010

TIADA LAGI ESOK


my dream house..lawa kan..
..ye..tiada lagi esok.sebab saya dah buat ari ni.esok xpayah dah.setel..huhuhu.done my short case oNg .Alhamdulillah.ya Allah..thank you for all the things that you give me today. Today is the best day of my life.

Betul ke the best day?? Tadi short case macam apa je.

"ok..since you're here, and I got 1 more case.. Please examine patient's abdomen and tell me the findings."

…………………………..

"sorry prof.i cant appreciate it."
"come. Tell me what is this."
"it's the head bcoz its round,hard and ballotable."
"see..you can tell me that. But you give up too easily. You don't show your effort to feel for it."
"mentang2 teori kata 26 weeks xdapat rasa fetal part,then u give up easily."
"one more thing.. I cant accept that you said gravid uterus evidenced by linea nigra,striae gravidarum AND striae albicans."
"and all 3 of you wrong about the clinical fundal height."
"yes prof..thanx prof."

………………………………

Ini cerita hari ini. Alhamdulillah..alangkah beruntungnya orang yang bersyukur ketika ditimpa kesusahan dan bersyukur ketika dikurniakan kesenangan. Saya nak jadi orang yang beruntung!
Benda da lepas,no need to think again and again kan. Sekarang hanya boleh relax2(haha boleh ke??) and tawakkal. Solat hajat jangan tinggal setiap hari yok!

Walaupun entah pape je short case saya tu..tapi saya MESTI bersyukur. Hanya kepada Allah kita bertawakkal. Mintak2 lembut hati prof,dan bagi saya lulus!amin..
So..ada lagi 2minggu termasuk today. Nak buat apa ek??boleh pulak Tanya soklan tu.huhu logbook dah xde.lau x boleh gak buat procedure. Rasa cam nak gi kerja je.ceh.. berangan.belajar xabih agi. Short case xtaw pe cite..bukan la..maksudnya saya nak gi kerja kat labour room.hoho nak sambut baby banyak2. Tapi xsyok gi sorang2. Nanti kena soal ngan midiwife,xde orang nak tolong nih.haha

Sape da abih short case??angkat tangan. Jom gi oncall!

Eh lupe..sebenarnya nak cite kenapa TIADA LAGI ESOK..sebenarnya saya short case esok kat ward. Tapi disebabkan 'terlebih rajin'..saya pun follow la 2 kawan saya yang kena short case ari ni kat clinic. Tiba2..dengan xberapa prepare nya..saya pun terpaksa lah short case kat situ.uwaaaaaa…haaa sape suruh rajin sangat. Tapi saya juz nak tengok cmna cara prof tu je.. xpela.bagus jugak kena kat klinik..xyah risau2 nak kena g cover all 4 wards! Pemalas betul kamu nih!dan xyah nak risau dah..kat clinic xkena Tanya banyak soklan.merdeka!!
so..esok..TIADA LAGI SAYA di ward.haha kite cuti dulu 1 ari.bagi meraikan diri sendiri. Xbetul da aku nih.

Tapi sebenarnya..ada hikmah saya dapat short case awal.sebab ada 2tugasan yang sangat besar yang perlu diselesaikan. Tapi malam ni nak tido dulu..esok baru kite selesaikan benda tuh.

"perumpamaan orang yang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui." (al-ankabut:41)


"dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu."(al-ankabut:43)

…………………………………..

Maher Zain gitaw saya...

Everytime you can make one more mistakeYou feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,


Please show me the way o Allah..
insyaAllah..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar!

*gud lak to anyone yang BELUM short case ya! Don't give up too easily like me!

*and..please pray for me too..doa supaya prof /examiner lembut hati..tanya soklan yang mudah2..and Allah bagi ilham dan ilmuNya untuk kamu jawab nanti.amin..
*27dis2010àarini dalam sejarah..1 benda yang menggembirakan,1 yang mengejutkan..dan 1 yang xberperasaan(shortcase!).


diRikU haNya uNtuK Mu..

December 25, 2010

LOGO HALAL DUNIA (2)




Posted by Picasa

LOGO HALAL DUNIA (1)

bismillah..

alhamdulillah..berjaya jugak publish post ni.lama dah nak post tapi banyak pulak halangan. nak kena  edit dulu dan macam2. dulu dah publish senarai code makanan yang halal. ni pun saya dapat source dari HALAL CERTIFICATION BODIES RECOGNISED BY JAKIM as at 31st mei 2010, handbook keluaran JAKIM.
ini sume adalah logo halal negara lain  yang diiktiraf jakim.bolehlah di buat rujukan.nak copy gambar ni pun di persilakan.
bagi siapa yang gilakan funfries,sangat susah nak cari keluaran Malaysia kan.(cam xde je??). saya xjumpa lagi sebelum ni.
kebanyakan funfries dari europe..dan banyak agi.dengan adanya buku ini,saya dapat membelinya dengan yakin.huhu
sebenarnya ada lagi logo yang diiktiraf dari negara lain spt china,jepun,chile,denmark,france. nanti saya akan publish lain masa.wait aa..
semoga ini dapat membantu anda membuat pilihan di mana jua.InsyaAllah..







Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammmad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik (Al-Ma'idah: 4)

'diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.' (Al-Ma'idah: 3)

..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)(Al-Baqarah: 195)


..dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (Al-A'raf: 157)

*sedar x twissties,cadburry ada code yang xde dalam list tu?? tapi cop halal malaysia ada.pening jugak bila fikir benda ni.
JAKIM sila jawab!huhu


diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by Picasa

December 15, 2010

POWERFUL SMALL

last time..every 2months i was attacked by microorganism-->URTI
but now..every month!!
the 1st 3weeks in oNg..sorethroat,runny nose,chronic cough
then..in the 5th of oNg..again..got attacked!
make me tensen and tensen!

what can i do to make me strong?? what should i take?
to make my antibody strong and stronger and strongest??
do i need to wear mask allllllll the time??
oh no..juz make me S.O.B
or stay away from anyone who got flu??

ya Allah..help me plz.
make me strong to fight all  those 'smallest  powerful' stuff.
only You,the most powerful amongs da powerful.

diRikU haNya uNtuK Mu..

December 10, 2010

T____T

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

------------------------------------------

Do Rasulullah will smile when He see me??

Astaghfirullah al azim.

Ampuni dosa2 ku Ya Rahman.

Syafaatkan daku wahai Kekasih Allah.

Dan juga ma&abahku, keluargaku,guru2ku,sahabat2ku..

Berikan kami kekuatan untuk menegakkan syiar Mu ya Rabb..

Amin..perkenankanlah.


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

December 6, 2010

SIAPA KITA??

ADAKAH ANDA FREE HAIR??
ALHAMDULILLAH..
BERTUDUNG LAGI COMELKAN??
TAPI CUKUPKAH SEKADAR INI?? 
TUDUNG TAPI BAJUNYA..TUDUNG PUN XPENUH SYARAT..
ASTAGHFIRULLAH..

INILAH YANG  DITUNTUT DALAM ISLAM.


EH??! KAKI PUN AURAT KE??
PAKAILAH SARUNG KAKI..


MANA BOLEH BUKAN MUHRIM BERSENTUHAN KAN..
TAPI..KITA MACAMANA?TERJAGAKAH BATAS2 YANG TELAH DITETAPKAN ITU..

     









*wahai muslimah sekalian..tutuplah auratmu dengan lengkap.sebagaimana kamu menutup aurat bila menunaikan solat.itulah batas sebenar aurat mu.bukan hanya tutup aurat ketika solat.kadang2,kita xsedar bahawa kain sembahyang itu nipis dan jarang.tengok cermin..adakah ianya cukup tebal untuk cover  aurat  kita.
*panas di dunia hanya seketika,berbanding panasnya API NERAKA yang akan meratah setiap kulit dan rambutmu yang engkau tayangkan dengan bangganya di dunia ini.
*tutuplah auratmu sebelum aurat mu ditutup dengan KAIN  KAPAN..
*sebelum mata terpejam  rapat..sebelum matahari terbit dari barat..berubahlah..let's make our move together.\(^0^)/
*LIFE FOR ISLAM!

        diRikU haNya uNtuK Mu..

        
                                                                                                    

December 1, 2010

mE..OnG..



dengan lafaz agung 'bismillahirrahmanirrahim'

dua tangan kurniaan Ilahi ini

ku hulur bagi meraikan kelahiran mu

kepala yang sejuk dek air ketuban

ku tarik agar dikau bisa melihat dunia ini

subhanaallah allahuakbar!


Ahlan wa Sahlan wa marhaban bi kum
umat Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w

semoga lahir mu ke dunia menjadi hamba yang taat

umat yang berpegang dengan Al-quran dan as-sunnah

anak yang soleh solehah

pelajar yang menghormati guru

isteri/suami yang taat dan penyayang

ibu/ayah mithali

pendakwah yang bersemangat teguh

semoga lahir mu ke dunia bisa menjulang syiar Islam


siapa kata beranak itu tak sakit??

ingat senang ke??

huishhh...1st time tengok delivery..tanpa aku sedar

langsir biilik itu ku genggam erat

gerun pun ada jugak

xdapat di gambarkan perasaan ketika itu

dalam hati doa dipanjatkan agar dipermudahkan segalanya


29nov..oncall 7pm till 7am

langsung xtido

kul 5:20 pagi in Operation theater

observe ceaserean delivery for twin pregnancy

satu besar satu kecik

twin-to-twin transfusion syndrome(TTTS)

teringin jugak nk twin ni..=p

senang sekali beranak dapat dua!


kol ma cte sume ni

'xtakut ke?'

'xla. 1st time je gerun cikit.'

'dah nak jadi doktor mana boleh takut.'=p

adik abe dulu pun cni jugak

abe 3.5paun adik 2.5 paun(birth weight)

6paun lebih=1kg

betapa keciknya 'tumba' kami ini

kena masuk NICU

abe 20 hari adik 17hari

bila sorang demam sorang lagi akan sambung

bila sorang menangis sorang lagi akan sambung

kesian ma mesti letih nak besarkan dua2 ni

sebab tu spacing 4year after baru aku lahir~

(xde contraceptive lagi)



heran la

kenapa sibuk sangat pasal contraceptive ni

kenapa xguna cara natural je

breasfeed ke rhythm method ke

mesti setiap patients yang masuk wad akan di'program'kan pasal contraceptive

dun like!

even doctors sendiri xguna contraceptive pun

every year beranak.

dah rezeki..Allah nak bagi

yang xdapat anak bukan main bersusah2 nak anak

inilah pemikiran yang di doktrin kan oleh ..YB..yang berkenaan

kenapa nak ikut method org putih?

islam dah ajar

ikutlah cara islam



*after on-call sambung pegi wad.amik darah tapi xberjaya.sedih..

*baru je hepi lepas on-call, kena marah kt KJ NICU sebab masuk x buka white coat n introduce ..

*kesian tengok baby dalam incubator..semoga Allah sembuhkan kamu..amin.

*heran..kat OnG ni ramai staff nurse n midwife org kelate...hmm..
*taw x kenapa banyak anak luar nikah yang dibuang?
sebab diorang bersalin mudah je.xde sakit2.sebab tu diorang xde rasa kasih kat anak tu.
bak kata prof Z..sekali batuk je dah kua.xperlu color coding merah hijau kuning putih1 putih2 sebab diorang boleh beranak dalam BUSH!!



diRikU haNya uNtuK Mu..

November 22, 2010

MUHASABAH DIRI

Bismillah..


 

Sombongkah kita?

Saat kita perlukan Nya

Kita merayu sepenuh hati

Mengalir air mata di pipi

Sujud panjang mohon diperkenankan

Bersendirian bertemu kekasih abadi di hening malam

Segala maksiat kemungkaran kita tinggalkan

Segala kebaikan kita kerahkan


 

Namun..apabila segala hajat dimakbulkan

Segala permintaan ditunaikan

Segala keinginan di penuhi

Kita alpa..kita lupa..kita leka..

Lupa untuk sujud syukur padaNya

Lupa untuk ucap Alhamdulillah


 

Tiada lagi tahajjud malam

Tiada lagi dhuha di siang hari

Tiada lagi al-makthurat menjelang malam


 

Ya..kita hanya pandai meminta

Kita hanya pandai merayu

Hanya pandai menerima

Tidak reti berterima kasih


 

Setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi

Carilah hikmah itu

Setiap yang berlaku adalah ujian

Samada ujian kesenangan @ kesusahan

Di sinilah Allah menguji tahap kebergantungan kita padaNya


 

Istiqamahlah dalam mendekatkan diri padaNya

Bukan hanya tika kita perlukanNya untuk kabulkan hajat kita


 

Sedarkah kita hamba yang SOMBONG lagi ANGKUH??

Sombong kepada Pencipta mu!


 

Berdoalah dari sekarang

Tunaikanlah solat hajat setiap hari

Bergantunglah padaNya dalam setiap hal.

Allah itu dekat..


 

diRikU haNya uNtuk Mu..

November 16, 2010

NEW LIFE

Bismillah..


We're so lucky today coz we got class with the best OnG consultant.

Thanx so much Prof NA!

Kami budak baru belajar ..jika salah tolong tunjukkan..hehe

Dekat di hati walaupun kena marah..

Memberi semangat motivasi dalam diriku..


*Second day in OnG \(^0^)/

*Masih blur lagi..=p

*syukur xterhingga ya RAB

*alhamdulillah wa syukurillah

-->eh kenapa hijau je ni?? ggugu..green ward.(luv green!)

green(+ white) for islam>membangun bersama ISLAM!

000pppss~tersengaja!



diRikU haNya uNtuK Mu..

November 10, 2010

ADA HIKMAHNYA

Bismillah..


 

Situasi 1

Angah: Ngidam kek besday..ngeee (status ym)

Along : nak kek jugakk!

Angah : meh r cni

Along : nanti jap nak redah laut cina selatan

Angah :ok.hati-hati meredah lautan.

Along: doakan selamat sampai.

Angah: insyaAllah. Jangan berhenti berenang.

Along:haha..tapi jangan sampai kek da abis.

Angah: haha.. berenang dulu bia selamat. Ada xde kek…lain cte.

            

*****

Situasi 2

Ibarat berenang meredah lautan bergelora

Destinasinya (pantai) masih jauh di seberang

Jika anda berenang terlalu laju

Anda akan tenggelam lemas keletihan sebelum sampai ke pantai

Jika anda berenang terlalu perlahan

Anda juga akan tenggelam lemas keletihan

Meredah lautan memerlukan strategi yang mantap,efektif

Kadang2 laju kadang2 perlahan

Kena ada rentak dan iramanya

Namun tidak boleh berhenti terus

Pasti anda mati kelemasan

Beginilah dakwah..perlu ada rentaknya..

                *****

Apa yang bermain di kepala fikiran anda sekarang??

Apa yang saya nak kongsi sebenarnya ni?

Ok..Sebenarnya..saat kata2 pada situasi 1 terlafaz(tertaip lagi tepat), saya terpegun..

Terkejut pun ada gak..

Kata2 itu seakan-akan ada link dengan situasi 2

Cuba anda bayangkan renungkan kedua2 situasi di atas..

Maksud tersirat yang ingin disampaikan sama bukan?


 

Wallahu'alam..


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

November 8, 2010

HALAL FOOD ADDITIVES CODE


Bismillah..
Do you know whether your food is halal or not? Do you ever concern about halal haram? Do you know anything about food additives? Let me tell u what I know.
If you ever read about the ingredient at the back of your junk food pack (chocolate,snacks,ice cream,maggi etc), they mention about permitted flavour enhancer..pengawet makanan yang dibenarkan or number coding of the food. How do we know whether the code is halal or not? Here I will list down all halal food additives code.
Generally ..all of this number code are classified according to their technical function such as color,preservatives etc.
And these are all the list of halal food additives which I purposely read-type-copy-publish to my blog. I hope it's very useful for all MUSLIM MUKMIN (also MUSLIS MUNAFIKINàbertaubat lah). the source is Handbook of Halal Food Additives of mine by JAKIM..hehe I got it from JAKIM booth at pameran makanan halal haram something like that, which was held at PPUKM last day.
List of halal food additives by E/INS number..
Only these are halal… liver-liver(hati-hati..)
100-199à colors

<><><><>
100127143161b172
102128150161c173
104129151161d
110132155161e
120133160a161f
122140160b162
123141160c163
124142160d171


200-299:: preservatives
<><><><>
200212218224239263290
201213219225250264296
202214220226251280297
203215221227260281
210216222234261282
211217223235262283


300-399:: oxidants/phosphates/antioxidant
<><><><>
300306311320332341355367
301307312321333343357380
302308317322338350363381
303309318330339351365384
304310319331340352366385


400-499::thickeners/moisturizer/anti-caking stabilisers/emulsifiers
<><><><>
400404408414420459464
401405410415421460465
402406412416440461
403407413418458463


500-599::salts/other mixtures
<><><><>
500509515525530554576
501510516526551556577
504511518527552558578
507513519528553a559579
508514524529553b575


600-699::flavour enhancer
<><><><>
620622627637
621623636


900-999:: glazing agent/sweeteners/compound used for flour treatment
<><><><>
900a903925928950965
900b905926931954967
901907927932957


1000-1399::various food additives
<><><><>
120012011202


1400-1499:: artificial starch
<><><><>
1400140414211440
1403142014221450


I hope this can guide and help u all in order to choose for the right good halal food.
WATCH YOUR FOOD!
WATCH EVERYTHING THAT ENTER UR GASTROINTESTINAL TRACT!


diRikU haNya uNtuK Mu..