March 21, 2010

Ya Ukhti al-habibah

"Hei perempuan! X malu ke??"

" apa kes pulak aku nak malu??" Bengang.

"tu yang kau tengah telanjang tu. Xde maruah da kau ni."

"dasar laki xsayang mulut!"muka sudah pun kemerahan menahan amarah dan malu.



Cuba bayangkan..apa perasaan kite kalau lelaki tegur kite cam ni?? Cara teguran tu orang kata bukan bil hikmah la kan. Tapi cuba fikir,apa yang menyababkan dia berkata sedemikian.

'aku pakai baju lawa2.ingat murah ke kain camni? dia kata aku telanjang!!'

Apa yang anda fikirkan sekarang?

Cuba cermin diri dulu. Betul ke aku telanjang??

Apa maksud telanjang?

'Baju ni biasa je.ramai je orang di sekeliling aku pakai. Ikut perkembangan la abang oii. Kolot betul kau punye pemikiran. Tiada perkembangan. Cantik apa baju ni.ramai kawan2 aku puji. Ini baju raya aku ni. Berani2 dia ye.'



Dalam sebuah hadis nabi yang mafhumnya menyebut tentang dua golongan yang mendapat laknat dari Allah, tidak akan berjaya memasuki syurga malah tidak berhak langsung mencium bau syurga iaitu golongan pemimpin yang zalim dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(kasiatin `ariatin).

Antara ciri-ciri kasiatin `ariatin (berpakaian tetapi telanjang) dalam hadis tersebut:

  1. Mendedahkan aurat

    ~tidak menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

  • tidak pakai tudung
  • memakai t-shirt lengan pendek
  • memakai seluar pendek
  • baju yang jarang dan nipis,menampakkan susuk tubuh si pemakai
  1. memakai tudung tetapi tidak sempurna
  • tudung yang terlalu pendek hingga Nampak susur galur leher dan buah dada
  • tudung yang haya dipinkan di bawah dagu sedangkan seluruh leher dan dada terdedah.
  • Tudung yang masih menampakkan sebahagian rambut walaupun sedikit (tidak memakai serkup).


  1. Memakai tudung yang terlalu nipis
  • Tudung terlalu nipis hingga menampakkan sebahagian besar rambut mereka
  • Boleh Nampak rambut lurus atau kerinting
  • Boleh Nampak bahagian leher samada berkulit putih @gelap(sbgai org Islam,memakai tudung mengikut trend dibolehkan tetapi kena asa ilmu untuk memilih yang mana sesuai atau tidak dengan hukum syarak,bukan semuanya sesuai)
  1. Memakai pakaian terlalu ketat
  • T-shirt terlalu ketat sehinggakan menonjolkan bentuk2 badan wanita (layari sayacumil89.blogspot.com untuk mendapatkan t-shirt muslimah)
  • Seluar panjang terlalu ketat
  • Baju pendek,tidak melepasi paras punggung




'So… salahkah kata2 lelaki itu tadi?? Dia cakap apa yang Rasulullah sampaikan. Rasulullah kan ikutan kita. Kita beriman kepada Rasul.jadi betul la tu. Baju yang aku pakai ini memang terlalu nipis. Bak kata kawan aku,boleh Nampak menara KLCC 2batang lagi. Boleh Nampak badanku yang langsing cantik ini. Walaupun baju ini sudah dialas denagn inner di bahagian dalam,tapi still Nampak lagi. Lagipun kat bahagian uuper limb ini xde alas pn. Memang aku sedang telanjang!!

Lelaki itu xsalah pun. Aku ni yang memang telanjang! Subhanallah. Ampunilah dosa daku. Aku ingin berubah Ya Rab. Permudahkanlah!'

Marilah kita sama2 mencermin diri,baiki penampilan diri kita. Adakah kita termasuk dalam golongan kasiatin `ariatin? sabda Rasulullah s.a.w'wanita ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan tercium baunya,walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian'Nauzubillahi min zaalik..tidakkah kita takut akan ancaman ini??semoga hidayah Allah merahmati kita semua.

Bittaufiq wal hidayah..amin..

diRikU haNya uNtuK Mu..



March 18, 2010

ciNta??

Tuhanku

ampunkanlah segala dosaku


Tuhanku

maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu

Dalam sedar ataupun tidak

Ku sering meninggalkan suruhanMu

Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar


Pagi kuingat petang kualpa

Begitulah silih berganti


Oh Tuhanku kau pimpinlah diri ini

Yang mendamba CintaMu

Aku lemah aku jahil

Tanpa pimpinan dariMu

Kau pengasih Kau penyayang

Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu

Seribu langkah Kau padaku


Ku sering berjanji di hadapanMu

Ku sering jua memungkiri

Ku pernah menangis keranaMu

Kemudian ketawa semula

Ku takut kepadaMu

Ku mengharap jua padaMu

Moga ku akan selamat dunia akhirat

Seperti rasul dan sahabat

***********

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan? so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…huh…saya bercakap

itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang

tak sepatutnya saya buat…kononya Islamik…saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya

yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…saya

rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..hurm…..jadi, saya rasa kita

harus berpisah…demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam

redha Ilahi…sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…dan sorry juga sbb

telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… andai ada jodoh, moga

dipertemukan…

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…moga awak bahagia dan sukses selalu

di sana. doakan saya juga. wassalam.

**************

alang2 bercinta,

cintalah hingga ke syurga,

jangan tersungkur di neraka dunia,

jangan terhumban di neraka akhirat.

Apa pengajarannya?? tepuk dada tanya iman..

diRikU haNya uNtuK Mu..

March 13, 2010

CINTA DAN RINDU KU LAYARKAN BUATMU KEKASIH ALLAH


"Kepalaku!" kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu 'anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi' lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

"Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!" kata Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

"Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!", usik sang suami.

"Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!" si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu 'anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

"Esok aku di mana? Esok aku di mana?" Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih 'sedar' akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

"Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah" Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu 'anha:

Tatkala Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu 'anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

"Selamat datang wahai anakandaku," Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu 'anha bertanya, "apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?"

Fatimah menjawab, "Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam!"

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu 'anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, "Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam dahulu?"

Kata Fatimah, "ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

"Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa"

Sesungguhnya…

Fatimah radhiyallahu 'anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu 'alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

"Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!" bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu 'alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu 'anha meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!"

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji'un.


Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Kami rindukanmu.

Murabbi cinta!

Copy right paste::ABU SAIF @ www.saifulislam.com


diRikU haNya uNtuK Mu..


March 12, 2010

RAYUAN LELAKI

Berikut adalah emailnya:-


Assalamualaikum..

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ini berhadapan dengan permpuan2 yang mengghairahkan depan belakang kanan kiri(celakalah atas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan iman ku.

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina..5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan ke arahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya,tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam2 strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pegi kerja.

Secara jujurnya orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!!! Berpakaian melampaui batas tanpa segan silu atau ada perasaan malu. Saya ini orang lelaki kalau di suruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun takj sanggup..maluuuu…tapi ada perempuan yang sanggup pada masa kini mana pergi hilang malunyer aku pun tak tau..menyusahkan akuu..

Tanpa segan silu saya menaip,kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun menyumpah serapah nak meredakann nafsu..bagi penatt..isteri memang ada tapi sendiri pahamlah..kalo Nampak isteri aku sorang jerr mudah sikit nak kawall..kalo dah keluar dari rumah mau terbeliak bijik mata..lagi2 kalo time nak gi atau balik kerja..adehhhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi…

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu..tutup setutupnyerrr… kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu..tolongglahhh..aku bukan orang warak..aku bukan orang alim ulamak..aku hamba Allah yang biasa..tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

~THE END~

Sahabat2 ku kaum sejenisku dan seAGAMA ku..

Sedarlah..secara tidak langsung kite menambah neraca timbangan dosa kite.walaupun kite menafikan yang kite tidak berhubung dengan seorang lelaki itu secara direct, tapi kite x sedar yang kite sedang menggoda mereka. Kenapa saya cakap macam tu?? Cuba tengok penampilan diri kite.cuba cermin diri kite.cara berpakaian kite. Adakah kite tutup semua yang Allah suruh??adakah kita tutup aurat kite sebagaimana kite tutup semasa sedang menemuiNya?? Semasa solat..semasa kite di kebumikan nanti?? Tutuplah auratmu saudara2ku..tutup denagn sempurna. Jangan kite menjadi penggegar iman dan nafsu Adam..daku tidak sanggup melihat Hawa yang menghayun buaian dunia juga bisa menggegarkan iman Adam. Fikir2kanlah sahabat2ku semua. Tidak kah kite kasihan melihat kaum Adam yang terpaksa menahan nafsu setiap saat seperti yang berlaku dalam cerita di atas??itu kisah benar.. bukan direka.. apa yang kite akan jawab di depan Khalik, Tuhan kite nanti?? Adakah anda sudah bersedia dengan jawapan anda??adakah iman mu sudah bersedia untuk di hadapkan dengan persoalan2 di PADANG MAHSYAR kelak??

ISLAM ITU INDAH. 'SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH KITE DARI MELAKUKAN PERKARA MUNGKAR'. TETAPI, HANYA BILAMANA KITE PRAKTIK KAN APA YANG ADA DALAM SOLAT ITU. SALAH SATU CONTOH DI SINI,AURAT. KENAPA DALAM SOLAT ALLAH SURUH KITE TUTUP SEMUA KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN YANG DI BENARKAN? DAN JIKA KAKI TERNAMPAK SEMASA SOLAT PUN BATAL SOLATNYA<kecuali tidak sengaja dan tarik kain untuk tutup balik dengan cepat>.CUBA FIKIR..JIKA ITU AURAT YANG PERLU DI TUTUP.MAKA ITULAH JUGA AURAT YANG KITE PERLU TUTUP APABILA KITE KELUAR DARI RUMAH. TUTUPLAH AURATMU SEBAGAIMANA KAMU MENUTUP AURATMU KETIKA BERHADAPAN DENGAN YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. DIALAH, ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN. SEBELUM MATAHARI TERBIT DARI BARAT, TAKE THIS OPPORTUNITY. KERANA APABILA ITU BERLAKU, MENAGIS AIR MATA DARAH SEKALIPUN TAUBAT KITE XKAN DITERIMA. SAMPAI BILA KITE NAK TUNGGU WAHAI MUSLIMAT????? AJAL DAN MAUT HANYA ALLAH YANG TAHU. JIKA KITA MAUT SEBELUM SEMPAT BERTAUBAT…MACAM MANA..MACAM MANA KITA NAK BERJUMPA DENGAN PEMILIK KITA..MACAM MANA KITA NAK BERJALAN DI PADANG MAHSYAR MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIHISAB..DAN YANG PENTING,APA YANG KITA NAK JAWAB DI HADAPAN ALLAH..SEDIAKAN JAWAPAN MU..SEDIAKAN IMAN BEKAL MU UNTUK DI DUNIA YANG AZALI..DAKU MENYERU 'MARILAH KITA SAMA2 MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA'. INSYAALLAH..AMIN..

maafkan daku andai terguris hati kalian..but i have to! its my responsible.. to all my beloved frenz and also to myself..insyaAllah..amin..perkenankanlah..

diRikU haNya uNtuK Mu..