March 21, 2012

putus asa

bismillah..

pemandangan kampung dikala senja
dalam perjalanan menuju destinasi,walaupun jalannya lurus, ranjaunya tetap ada. yang paling penting, jangan pernah bisa berputus asa dari rahmatNya.

'tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang yang sesat.'[al-hijr:56]

diriwayatkan oleh Abul-Laits dengan sanadnya dari Al-Hasan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'sesungguhnya Allah mempunyai seratus rahmat, diturunkan ke bumi hanya satu rahmat untuk penduduk dunia,maka mencukupi hingga habis ajal mereka, dan Allah akan mencabut rahmat yang satu pada hari kiamat untuk digenapkan pada yang sembilan puluh sembilan, dan diberikan Nya kepada para wali dan ahli yang taat kepadaNya.'

dari Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya berkenaan dosa-dosa besar, baginda menjawab: iaitu syirik kepada Allah, putus asa dari rahmat Allah,dan merasa aman dari makar Allah' (HR Al Bazaar dan Ibn Hatim)

satu ayat yang betul2 memotivasikan aku..
'i have not failed. it's just that the distance between me and my destiny has increase and increase and I have gained some experience.'

berusaha selagi masih diberi ruang dan peluang!

selamat menempuh professional exam buat kakak2 yang aku sayangi. moga dipermudahkan segalanya. moga apa yang dibaca itulah yang akan masuk exam. moga Allah campakkan ilham ketika menjawab. moga berjaya dunia akhirat, MD(UKM) 2012!

sedar xsedar..detik itu hampir tiba..seminggu je lagi..terasa baru semalam kita bergelak tawa,berusrah,makan,tidur, dan menangis bersama. u are the great senior i ever had!

............

i got palpitation when i met her for the first time after that event. really...that was the first time where i got great stress and nervous in exam. after 1year of that event, today was the second time i met her. obviously, i'm proud to meet her. she smile when i greeted her. no more palpitation. although she seemed didn't remember/know who i am! this is also the first time i saw her smiling. i never see her smiling before this. does it because i didn't wear white coat?? she is one of my great teacher!
because of that event also, i found a miracle of Al-Quran. thank you Allah!

March 20, 2012

kisah satu malam

bismillah..

[I]
hentian bas putra,KL. suasana yang bingit dengan bunyi enjin bas yang masuk ke terminal. aku menunggu betul2 di hadapan pintu masuk. menuggu darulnaim ekspress trip 9.30pm.masih awal lagi. lemas dengan asap rokok berkepul-kepul. benci betul! namun tepaksa aku menyedutnya.

'tolong jaga beg sekejap.nak pergi tandas.' seorang perempuan menyapa ku.

pelik aku...senang2 je dia boleh mempercayai aku yang tidak dikenali. kalaulah aku ini jahat, dah lama aku bawa lari beg dia. dua pulak tu! teringat kisah di satu blog aku aku baca. panjang ceritanya di mana dia ditipu oleh seorang perempuan bersama anak kecil. kisah benar itu berlaku disini.kononnya perempuan itu baik,akhir sekali dia ditipu bulat-bulat, tinggal sehelai sepinggang! macam mana jika aku bawa lari?mahunya dia menyesal seumur hidup. kena bagi pengajaran jugak ni. silap haribulan dia silap pilih orang lain, xpasal2.

9.10pm..bas yang ditunggu masuk ke terminal. namun perempuan itu belum juga muncul-muncul. lama benar dia ke tandas. sakit perut barangkali. aku mula gelisah. takut ditinggal bas. macamana jika dia tak muncul-muncul?entah2 ada dadah ke dalam beg ni,pastu tiba2 datang polis buat serbuan dan aku yang kena tangkap! alamak! xpasal2 aku yang diperangkap. terbalik!

aku memandang di balik cermin,mengintai kelibat dia. adehh..dah la mukanya aku lupa! tadi tak tengok betul2. aku mula memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil jika dia xmuncul juga. lantaklah..tinggal je,pesan orang lain tolong  jaga. tapi kesian..kalau orang lain itu jahat,dan bawa lari beg, aku pulak yang bersalah.

akhirnya,nampak juga batang hidung dia. aku cepat2 berjalan menuju bas yang diparkir jauh didepan sana. masyaAllah...habislah aku!jangan muntah sudah!  tak gerak lagi kepala dah pusing. dua biji dimenhydrinate aku telan. namun langsung tak berkesan!

[II]
bumi kota bharu bandaraya islam disimbahi hujan lebat usai solat subuh berjemaah di surau yang amat sempit itu. hanya memuatkan 5orang jemaah muslimat pada satu-satu masa. udara dingin dinihari menyapa. aku menarik beg roda yang agak berat,berisi buah-buahan , buah tangan untuk keluarga. hujan masih lagi lebat. ramai penumpang yang baru menjejak bumi KB pagi itu terpaksa menumpang teduh di kaki lima stesen bas SKMK di tengah2 bandar. terdetik di hati 'dah solat subuh ke mereka?mungkin rumah mereka dekat,dan masih sempat menunaikan kewajipan itu di rumah.barangkali.' aku mencari ruang, berjalan menuju ke arah kaunter bas.

'bas ke gunung-jelawat pukul berapo pokcik?'
dia memandang ke board. 'meta lagih'.(sekejap lagi)

benar sungguh janji Allah..antara waktu yang dimakbulkan doa adalah waktu hujan turun. usai solat tadi, aku sempat berdoa moga2 bas trip pertama masih belum bertolak.selama ini aku terpaksa menunggu lama. 7.45pagi, bas trip kedua. aku melihat jam. lebih kurang 6.25pagi. sepatutnya bas trip pertama akan bertolak pada pukul 6.15am. rahmat hujan...

badan terasa amat letih dan pening, bahana duduk seat paling hujung yang sangatlah tidak selesa. sudahlah kerusinya tidak boleh di adjust ke belakang,kusyen yang support kaki pun tiada. pertama kali naik bas darulnaim ekspress. moga2 itu kali terakhir.

aku mencari sedikit ruang untuk menunggu. kaki lima yang sempit itu penuh. Alhamdulillah..masih ada ruang untuk ku.  langit masih gelap. lopak-lopak air kelihatan. beberapa buah kereta berhenti,menjemput anak/adik beradik barangkali.

lupa...aku belum menelefon abah memaklumkan akan ketibaan ku. lantas nombornya aku dail. suara abah menyapa di talian. aku memberitahu aku akan pulang sendiri,menaiki bas cityliner. itulah kebiasaannya. tak sanggup untuk menyusahkan abah memandu di pagi hari untuk menjemputku. dari rumah ke KB memakan masa hampir setengah jam. mana mungkin aku sanggup mengejutkan ma abah dan menyuruh mereka menunggu ku sebelum subuh lagi. aku sudah besar. sudah boleh berdikari. masakan kuala lumpur ini aku berani redah ke mana jua,inikan pula KB.tempat tumpah darahku.

Allah kan ada.Allah akan menjaga aku walau di mana. pesan kakakku, 'amalkan baca ayat Kursi.buat pelindung diri'. hingga ke hari ini,alhamdulillah aku merasa selamat berjalan di mana2. walaupun beberapa kali ditegur lelaki tidak dikenali,kononnya minta pinjam wang.bermacam2 alasan yang direka. kali pertama, aku percayakan dia. mungkin dia benar2 dalam kesempitan. masih terbayang mukanya merah padam tatkala bibir menutur kata,mohon dihulur sesen dua. namun pada kali kedua, muka dia juga merah padam. tapi aku ini tidak buta. merah mukanya bukan kerana malu atau segan, tetapi disebabkan menahan marah kerana aku cakap tiada duit! inilah ibukota yang telah mendewasakan aku dengan pengalaman.

bukan sekali dua ma berleter. jangan berani sangat pergi situ pergi sini. jawabku 'kalau tak, nak bergantung dengan sape?hidup ini perlu berdikari. kena berani.' ma berleter kerana risaukan aku..aku tahu itu. dan aku ingat pesan-pesannya. dalam berani,perlu berhati-hati.

bas 639 akhirnya tiba di terminal. hujan sudah pun mulai reda. aku naik dan duduk di seat paling depan, belah kiri driver. senang nak turun nanti. beberapa orang penumpang beratur membayar tambang. nak dijadikan cerita, ada sepasang couple omputih.

'gi mano?' tanya driver bas. si minah saleh naik mancari seat. dia diam. tak faham.
'besut?' driver bertanya. memang selalunya foreigner akan pergi ke besut kerana disitu ada jeti yang akan ke pulau perhentian dan sekitarnya.
'ya ya besut,' dengan sedikit pelatnya.  si lelaki menghulurkan not RM50.
'12ya..Allah besar duit! xdok duit aluh ko?'  (tiada duit kecil ke?)
lagi la terpinar-pinar mat saleh ni. diam tak terkata-kata.
'gi tuka gi tuka'. ujar driver. sambil tangan ingin menunjuk ke arah kedai kopi di depan. driver pun dah xtaw nak cakap macamana. akhirnya dua-dua senyap. sorang xpaham,sorang xreti cakap.
aku toleh orang sebelah. lebih kurang baya aku. dia xnak tolong ke?ke aku yang kena tolong? should or shouldnt? aihhhh!
sume senyap.sume tengok je..masing2 xtaw nak buat apa. ada 2 3 orang beratur di tangga. menunggu giliran untuk naik.  driver suruh orang dibelakang matsaleh tu, tolong cakap. dia pun buat dunno je.sume xreti cakap. adeeehhh! bau budu la pulak kalau aku bukak mulut.
aku pun diam jugak!hahaha teruk2 ni.
'do you have smaller amount?'eh betul ke english aku nih??? xpe2..orang lain pun xreti jugak.pujuk hati sendiri.
'no no.' huhu nasib baik matsaleh faham. aku pun suruh la dia pergi kedai,tukar duit kecil.
'thank you'. aku angguk je..tak boleh cakap lebih-lebih. kocok boto budu umoh!

rasa macam pelik je...xpernah2 aku speaking dalam klate! nak tergelak pun ada.

[III]
'pakcik,lalu kubang kerian x?' seorang gadis manis berbaju kurung bertudung labuh berdiri di pintu bas. itu penumpang terakhir sebelum bas bergerak. sopan je aku tengok budak ni. tudung labuh pulak tu. belum sempat dia membayar tambang,bas sudah pun bergerak meninggalkan terminal. aku memberikan seat kosong disebelah untuk dia.
'excuse me! I..eeerr' mak aii!speaking dengan aku nih! nak kena speaking kali ke-2 ke?
'errr maaf...ada duit lebih x?' dia bertanya. ditanganya hanya ada beberapa keping duit syiling. sambil menggeledah dompetnya. xperasan pulak aku samada dia tiada duit kecil atau memang hanya syiling itu sahaja. aku pun menghulurkan RM1 kepadanya.
'terima kasih.' emm..senyum je...

hajat dihati ingin melayan mata yang minta ditutup..hairan aku...macam-macam jenis manusia ada..bukan aku kisahkan RM1 tu,langsung tidak. apa salahnya membantu saudara sesama islam. aku termenung,memikirkan andai aku berada di tempat dia. agaknya dah hampir nak turun baru aku minta duit orang kot. bila dah betul2 tebalkan muka dan hati. tapi dia senang je. ayat pertama dah xsegan2 minta duit. xpun, aku minta ma tunggu ditepi jalan sebelum aku tiba,ma yang bayarkan!hehe... bagus la jugak dia. xmalu xsegan untuk minta tolong. nak survive ni,jangan malu2.

rupanya2 dia student medik USM.orang melaka.kalau orang klate xkan nya speaking dengan aku! sama2 tahun 4. biasalah..bila medik bertemu medik,tiada perkara lain yang akan dibualkan melainkan medik juga!

[IV]
moral of the story....
1)saje2..dah lama xberkarya..cita2 dulu nak jadi penulis! naseb baik,kalau x rosak anak bangsa!
2)xtaw la kalau ada pengajaran yang boleh diambil..harap2nya..
3)tajuk tu..tajuk novel ahadiat akashah yang sangat3 lah best!
    mekna:cari novel tu sampai dapat taw!
4)aku suka hujan!

March 10, 2012

kelantan..seindah namamu


Negeri KELANTAN..Seindah NAMAmu,
Tanah Serendah Sekebun Bunga,
Negeri Tadahan Wahyu..

Cik Siti Wan Kembang,
Cukup Indah Namamu,
Seindah Negerimu..

Duhai WAJAHmu Yang Indah,
Persis Jeddah yang Pernah Ku lewati..

TAAT Menjunjung AL-QURAN,
Teguh Menggalas SYARIAT,
Yang Tidak Pernah Goyah..

Tersentuh HATI KUDUSku,
Lantaran Aku Disini,
Biar Tidak Pernah Kuduga,
Bertemu Dengan Seorang ULAMA',
Yang Dicintai RAKYAT..

Lalu KUNTUM RINDU Yang Lama Tersimpan,
Terubat Jua Akhirnya,
Biar SeKELUMIT CINTA


Beruntung RAKYATnya,
Menumpang Teduh Seorang ULAMA',
Yang LEMBUT Tapi Tegas BerIBADAT,
Yang PENGASIH Namun tak goyah
Pada Percikan keALPAAN DUNIA..

Pasti aku Merinduimu lagi,
Entah kapan bisa Diubati,
Cuma seTIPIS DOA bisa kutitip Buatmu,
Memacu MEMBANGUN ISLAM BERSAMA..

.
[ Oki Setiana Dewi,Bicara Selebriti 9 March 2012]




AMBO SAYE KLATE!

~tudung biru kegilaan abangku~