February 26, 2011

..CONTOHILAH..


Bismillah..

LOW PROFILE

Hari ini hari jumaat..penghulu segala hari. Dan hari ini juga saya sangat gembira. Seksaan selama 2minggu 1hari akhirnya telah berakhir. Sungguh melegakan bila foreign body itu telah dikeluarkan. Alhamdulillah. 100% clear. Tiada lagi sumbatan kali ketiga. Harapnya inilah kali terakhir sampai bila2. Dan harapnya di sinilah berakhirnya hubungan kami sebagai 'DPR'. Lama dah tunggu problem ni untuk selesai. Syukur ya Allah. Terima kasih daun keladi. Harapnya tiada lagi (DPR). Tapi insyaAllah next year mesti akan jumpa lagi dengan dia. Itu memang tak boleh nak elak.sebab dunia ini sangat kecil. Sebab kami berada di satu2nya bumi Allah.jadi memang akan jumpa..xpe.bukan itu masalahnya.

Dan peristiwa tadi juga telah merubah persepsi ku terhadapnya. PEMUDA LOW PROFILE.Memang sangat2 betul bahawa dia seorang yang sangat2 berjaya dan punya segalanya tapi tersangatlah low profile. Walaupun ada satu aspek yang ku xsuka pasal dia. Tapi..bak kata kakYder masa kat Jelajah Persiap dulu..jangan pandang satu titik hitam pada sekeping kad putih bersih. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Tapi aspek ini xboleh dibiarkan kurang sampai bila2. (xpaham kn?xpe xyah paham..)Sungguh ku xsangka..dia bukan pura2 low profile. Kagum sungguh. Xtaw nak cakap cne..Moga2 kita jugak akan jadi low profile bila kita berada di atas. Jangan sesekali lupa @ pandang rendah orang bawahan. Jangan sesekali!

Saya dapat taw satu perkara tentang PEMUDA LOW PROFILE ini…wahhhhh…xsangka..menguatkan lagi evidence yang dia memang seorang low profile! I like it. Dia jugak suka bantu orang yang 'semacam' saya ini.huhu semoga kelebihan pemuda ini dapat dimanfaatkan pada jalan yang benar.amin..


PEMURAH

Petang lepas asar..keluar dengan kawan ke Jusco Maluri. Niat hati untuk mencari sandel baru. Sandel ku yang hampir hancus mintak di beli yang baru.huhu pilih sana pilih sini..akhirnya berkenan la yang satu ni. Tapi xde JCARD so xdapatlah diskaun 15%. Banyak gak tu. RM 10 lebih. Tapi xpela..terlintas gak dalam hati nak gi buat JCARD dulu la. Tapi mesti ada syarat2 jugak nak buat JCARD. Xpela give up la 15% tu..tiba2..
"ada diskaun ke ni?" sorang auntie cina bertanya kepada staff di situ.
"ye,tapi untuk JCARD je."staff menjawab. Dia sedang menulis resitku. "ada JCARD?"
"xde."
"oo rugi la 15% banyak tuuuu.."
"guna kad auntie la!" eh2 selamber jerk aku??oppsss terrrrr...
"haa boleh2.nanti kita bayar sama." Tiba2 uncle datang..alamak malunyerrrr…
"eh xpela auntie.saya pegi bayar dulu la."
Auntie cite kat uncle.
"tunggulah bayar sekali. Banyak tu 15%. Bayar guna kad nanti kamu bayar cash kat uncle." Uncle pulak yang 'offer'. Adeh..merah muka ku..maluuuu
"time kasih banyak2 uncle,auntie.."
Huhu..begitulah..rezeki ku di hari Jumaat yang penuh barakah ini. Rezeki yang xdisangka2 dari Ilahi. Semoga Uncle dan Auntie diberi hidayah dari Allah..amin.

Jadi..saya sangat gembira hari ini..yahuuu!


*kawan saya pernah cite.ada sorang hamba Allah ni.ke mana saje dia pergi,pasti ada pakaian/kain/apa2 yang boleh disedekahkan kpd sesiapa saja dimana jua. Nak buat sedekah amal jariah xsemstinya kepada orang fakir miskin saja..insyaAllah..
*kalau saya kaya,saya nak jadi macam PEMUDA LOW PROFILE dan PEMURAH macam hamba Allah itu..insyaAllah..



diRikU haNya uNtuK Mu..

February 20, 2011

FIQH MEDIC


Bismillah..

Saya pernah terfikir..lepas masuk u ni..macam dah xde orang nak ajar sal islam..macam dah xterfikir perkara2 yang berkait dengan islam..fiqh..sirah..tarbiyah sume..

Saya jadi rindu untuk balik semula ke zaman sekolah di SMKA Tok Bachok..di mana ada matapelajaran PSI(pendidikan syariah islamiah) dan satu lagi..lupa dh..haa PQS(pendidikan Quran dan Sunnah).saya rindu utk belajar benda2 ni.sebab dekat UKM ni..xde ..kadang2 rasa menyesal masuk UKM. Kenapa xmasuk UIA dulu..bila dengar kawan2 kat UIA ada usrah sume..wajib belajar subjek islam ni, rasa menyesal pilih UKM. Sebab UKM ketandusan ilmu2 ini!

Tambah menyesal..bila pagi tadi buat pertama kalinya saya menghadiri seminar FIQH PERUBATAN. Hasil gabungan idea 3 buah university, UKM,UPM dan USIM. Penceramah ada bagitaw student final yer kt UIA,cyberjaya wajib hafal satu doa/ayat ni. Dalam exam final akan disoal. Sedangkan dekat UKM??? Sedihnya..dan di UIA dan medic mesir sudah lama ada FIQH PERUBATAN sedangkan kitorang baru je merasmikan seminar ini pagi tadi! What's a waste! (gimik perasmian yang xkan ku lupakan!huh sakit jantung)

Lagi menyesal dan sedih..ramai kawan2 yang xsedar akan kepentingan fiqh ini. Terutama sahabat2 medic bacth saya. Boleh kira berapa orang je yang join. Sedangkan ilmu ini wajib dituntut oleh kita yang memerlukannya dalam bidang kerjaya kita nanti. Maybe publisiti yang kurang mantap.sebab ramai jugak yang xsedar ada program ini. Maybe ramai yang xtaw apa fiqh medic sebenarnya. Ramai yang anggap ini sekadar belajar solat waktu sakit,sedangkan ilmu fiqh ini terlalu luas.

Contohnya..dekat o&g..seorang ibu admitted in latent phase of labour,with PV bleeding. Admit to ward berjam2 nak tunggu APOL. Soalannya..darah yang keluar itu adakah darah nifas @ bukan??kalau bukan,mestilah wajib solat lagi kan. Tapi jarang sangat saya Nampak pesakit yang solat. Ye..memang tengah sakit, tapi tiada alasan untuk tinggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun kan. Haa disinilah tugas kita. Kita yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu fiqh ini kepada pesakit.

Dalam buku FIQH KERAHSIAAN WANITA..ulama berbeza pendapat. Mengikut mazhab Hanafi,Syafie dan ZAhiri,nifas bererti darah yang keluar selepas bersalin atas dasar kesihatan dan adat.mengikut mazhab Maliki dan Hambali pula,darah nifas adalah darah yang keluar disebabkan bersalin atas dasar kesihatan dan adat. Implikasi dari mazhab Maliki dan Hambali ialah darah yang keluar sebelum bersalin,sebelum sehari atau dua hari adalah darah nifas. Manakala implikasi dari takrif mazhab Hanafi,Syafie dan Zahiri ia adalah istihadah(darah penyakit yang wajib solat).

Inilah yang kita kena tahu..banyak lagi masalah2 yang timbul dalam bidang perubatan yang kita perlu ketahui hukumnya. Terutama masalah wanita. Wanita ini sangat istimewa kan. Saya suggest buku ini sebab memang sangat best.dan banayk input2 yang boleh diambil.

Moga untuk kuliah bersiri fiqh perubatan seterusnya yang akan dijalankan di Auditorium PPUKM,ramai sahabat2 yang akan join. Buka pendaftaran walk-in banyak2.lagipun audi tu sangat besar dan sangat rugi bila kerusi2 itu dibiarkan kosong. Sepatutnya..fakulti perubatan UKM ni kena tambah satu modul FIQH PERUBATAN sebagai subjek yang wajib diambil oleh sume student muslim kan. Haa MPP..sila sampaikan manifesto ini.huhu

*cukupkah sekadar menggenggam erat segulung ijazah kedoktoran tanpa ada input2 agama yang dapat diserap selama 5tahun disini? Betapa ruginya 5tahun ini..nanti kerja xtaw nak cari masa dimana untuk baca buku2 agama.

DOKTOR A= IJAZAH DOKTOR PERUBATAN
DOKTOR B=IJAZAH DOKTOR PERUBATAN + SIJIL FIQH PERUBATAN + ILMU AGAMA

Mana satu pilihan kita??pilih lah sendiri..

Mana nak cari ilmu2 agama kat UKM ni?? Join lah usrah,xkisahlah apapun nama usrah itu,JIM ke KARISMA ke..datanglah program2 surau..dan bacalah buku2 agama,sirah nabi dan sebagainya.bukan sekadar Forsthy,Ten teachers,Davidson..(pesanan utk diri sendiri jugak!)

masjid wilayah persekutuan labuan.cam kapal soyus!


~JOM JADI BAIK~


diRikU haNya uNtuK Mu..

February 10, 2011

I am TENSION!


Really really tension when we loss part of it!
When our sense become half!
When our ability is restricted!
When our daily life become limited!!!
Oh my Allah..Help me..
Please make me strong for this 3-4 days…



diRikU haNya uNtuK Mu..

February 5, 2011

::::::


Sekarang posting surgery..tapi saya rindu oNg! Rindu nak gi labour room.suka sangat ek kamu ni dgn labour room… bestnya dapat sambut baby yang sejuk dek air ketuban..bestnya dapat sediakan barang2 nak beranak..bestnya dapat clamp cord..bestnya dapat tarik uri..CCT(controlled cord traction) saya Berjaya complete kan 2x...bestnya dapat tengok ibu2 bersalin..
Yang paling best masa oNg adalah….PRESENT CASE!! Haha apa yang bestnya??? Best kena marah dengan prof/specialist. Entahlah..tiba2 rindu nak kena marah. Marah depan ramai2. Sekali round adalah dalam +-35 orang. Tapi ramai yang takut masa nak present. X dinafikan saya pun takut jugak. Tapi itu masa 1st few words present. Hehe buat apa nak takut..nanti cne nk present. Cool…calm ur self 1st.
Bila diingat balik..selama 8minggu di oNg..cover bed saya selalu dapat case yang berbeza-beza. Pre-natal,post-SVD, post-LSCS, preterm birth,placenta preavia, ca cervix. Haa ca cervix ni yang paling x best.sebab pts langsung x cooperate. Dan rasanya masa present case ni yang saya paling takut. Apa taknya..pts masuk tengah malam..pagi esoknya ward round.mana sempat nak clerk.lain la lau case post SVD.ini case yang complicated! File patient lak sampai lambat. Even patient punye chief complain pun saya tarak tau!! Macam mana nak buat ayat
introduction??hoho haru biru la pagi tu..xtenang saya dibuatnya. Nak lepas tangan kat final year,kesian jugak kat dia sebab ketiga-tiga cover bed dia penuh pulak ari tu. So..saya pun tolong2 lah cover line…sekali….huhhh teruk kena ngan prof. 'I really disappointed bcoz u didn't clerk this pts! I don't care if u've to come at 5 am as long as u know ur patient.' Haa ingat lagi ayat2 prof ni.. apa pun..saya xrasa bad sangat kena marah time ni..sebab final yer yang kena teruk.saya kan budak kecik agi..prof xmarah sangat la. Tapi kesian final yer tu..maaf xdpt tolong..sebelum present ada kawan saya bagi tips..'lau prof tengah marah kamu jangan senyum.tengok muka dia.jangan tunduk, jangan tnjuk takut.nanti lagi teruk kamu kena..'
Dan tips itu saya gunakan setiap kali saya nak present lepas tu..and it's works! Ada sekali tu..saya kena present tanpa tengok script yang saya da buat ciap2.hoho mula2 tu ketar jugak suara..masuk ayat ke2..huh hilang ketar sebab prof suruh cakap kuat2 orang belakang xdengar. Bagus jugak cakap kuat ni.hilang takut. And gain confident!
Tapi…haa ada tapinya..bila confident level up up up tinggiiiiiii sangat.. begini pulak jadinya. '1st stage is 1 hour 30min. 2nd stage is 0 min.' haaahhhh???? Terkejut abis prof/specialist/registrar/ housement/ student. Dan prof yang garang pun hampir tergelak dengar ayat saya tuh!
'macamana boleh jadi 0min? betul ke awak ni?takkan baby terus jatuh kedebuk cmtu?'
'betul prof.dalam report tu tulis.'beraninya saya menjawab. Semua sibuk belek report..dan betul! Dia tulis 0 min.midwife yang buat report tu. Tapi..sebenarnya da ada correction kat sebelah tu.saya yang xnampak!haha tula..patient masuk malam..mana sempat nak cover. 1/2jam b4 ward round tu saya cover.haha seb bek..
Best kan kena marah..tapi bergantung kepada diri masing2..saya amik 'marah' tu sebagai cabaran utk saya uji tahap mana kekuatan emosi saya bila kena marah depan ramai2.alah..sume orang x perfect.sume orang kena marah tiap kali present.so apa yang nak di takut bila kena marah..relax je..xyah nak rasa down..saya seronok bila saya dapat kawal perasaan dan dapat gain confident bila present eventhough I'm wrong!
Bila masuk surgery..xde orang nak marah..supervisor saya pun baik je. Siap gelak lagi masa 1st time saya kol nak jumpe. Xpasal2 kena jadi ketua group kecik. So memang tugas saya yang kena kol utk buat teaching.
Setakat itulah coretan saya di pagi hari sabtu di KL yang sunyi sepi..kehabisan tiket cuti raya cina memaksa saya derada di KL sehari lebih awal! Uwaaaaa
______________


'lepasan SPM ke?'
'ehh taklah.saya pelajar UKM.' ………gelak..suka..gembira…senyum…bahagia..seronok..dalam hati....heee…………'akak?'
'eh saya baru lepas SPM.' Ohh…hahaha kali ni dua2 gelak..
Ini scene di sekolah..sekolah apa??ala..sekolah yang menempatkan sume bangsa xkira jantina dan umur.ada yang tua macam 'akak' tu dan ada yang muda macam SAYA ni! Haha suka3…inilah dia sekolah MEMANDU!
Baru nak amik lesen??ish3…






diRiKu haNya uNtuK Mu..