May 21, 2011

T.U.R.K.E.Y





gambaran pelukis waktu perang menakluki kota Konstantinopole..
sangat3 lawa gambar dia..








~makam sultan muhammad al fateh~

hayatilah sejarah sultan al-fateh menawan kota ni..

bilakah kaki ini akan jejak kota penuh sejarah itu??

May 18, 2011

.::::.

makin..


hari..


makin..


lemah...





ya Allah pimpinlah kami di jalan redhaMu..
teguhkan hati2 kami ini..
kuatkan hayunan langkah kami ini
moga dengan ujian ini terselit hikmahNya
moga apa yang Engkau taqdirkan
itulah yang terbaik buat kami..




diRikU haNya uNtuK Mu..

May 16, 2011

22 TAHUN

Bismillah..
Alhamdulillah..
Genap 22tahun bernafas di bumi Allah..
Genap 22 tahun menyedut oxygen Allah..


Seberat manakah neraca timbangan amal mu?
sebanyak manakah ilmu mu?
Sekuat dan seteguh manakah iman mu?
Jawab sendiri dalam hati mu.


Hakikatnya..
Xterasa macam 22 tahun
Masih xmature dalam segala segi
Sedangkan hari berganti minggu,bulan berganti tahun..
Umur ku semakin pendek.
Semakin mendekati ajal maut yang telah di tetapkan..



sedih,bersalah dan terharu..
seorang sahabat yang membesar bersama sejak kecil
menjadi orang 1st yang wish besday,
sedangkan besday dia (14mei) entah aku ni orang yang ke berapa.. q(T____T)p
mitok maap..
terima kasih sahabat ku
sayang kamu..
>tahun ni nk hadiah apa jat??huhu<
(walaupun dia xkan jumpe blog ni..huu)


~jat..kad besday mu wi maso skoloh dulu,elok lagi dale fail ku~

 
 

 daripada Abdullah bin Amr r.a ,Nabi s.a.w bersabda, "saahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya".



sElamAt haRi gUru buat seluruh pendidikku..
selamat hari guru ..cikgu ndek (^.^)



*tahun ni..masih xde plan @ impian @ things to achieve.. seperti tahun2 yang sudah.
(ada lifeplan pun xjalan jugak =p )
*time to delete all SMS for my 21th besday after 1year..
*waiting for someone's wish =p


diRikU haNya uNtuK Mu..

May 14, 2011

...

:::
::
:
.


"i'M


 n0t


sPeciaL..


i'M 


jUst 


 liMiteD


editi0N "

:::
::
:
.

May 9, 2011

HEBATNYA KUASA TAUBAT

bismillah..

ayah Imam Ahmad (mazhab Hanbali) , Muhammad bin hanbal  bin Asad bin Idris  bin Abdullah bin Hayyain bin Abbdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Syaiban. betemu keurunan Rasulullah s.a.w pada Mazin bin Mu'ad bin Adnan.   ibunya, Sufiah @ Safiyyah binti Maimunah binti Abdul Malik As-Syaibah bertemu keturunan Rasulullah s.a.w pada Fatimah puteri Nabi.

Muhammad nekad mahu berhijrah ke Tikrit di mana ayahnya yang sudah lama tidak bertemu, menghantar surat mengajak beliau ke sana. walaupun keadaan tidak mengizinkan, kota Baghdad ketika itu tidak aman, penyamun berkeliaran sepanjang jalan ke Baghdad. nasihat kawannya Haikal tidak di dengarinya. ramai orang Khurasan yang berhijrah ke Baghdad tidak kembali lagi.  malah Abu Muslim al-Khurasani (ketua perang dari Khurasan) dan tenteranya yang membantu Bani Abbasiyah merampas kuasa dari bani Umayyah juga khabarnya dibunuh oleh mereka.

namun,dia tetap mahu ke sana. keputusannya muktamad. Sufiah yang sedang sarat mengandung,tidak membantah. taat kepada si suami.

maka,berangkatlah mereka ke kota ilmu itu menumpang kafilah dagang  kepunyaan Sheikh Ali al-Khurasani.

Syeikh Ali ' anggota kafilah menyerahkan wang mereka kepada saya untuk di jaga. sekiranya kita diserang lanun padang pasir,sudah tentu saya menjadi sasaran. jadi saya mahu serahkan bungkusan yang mengandungi 100,000 dinar kepada kamu.kamu akan diberi upah bila tiba nanti.'

Muhammad ' bagaimana jika saya menolak?'

sheikh Ali ' saya memberikan amanah ini kerana Allah dan saya harap kamu juga menerimanya kerana Allah.'


Muhammad 'sekiranya begitu,saya tidak dapat menolaknya lagi. saya akan jaga seperti nyawa saya sendiri.'


pada mulanya, perjalanan  mereka aman tanpa gangguan. tetapi bula sampai di daerah antara Abu Warda dan Sirjis, tanpa mereka sedar,mereka diintip  oleh kumpulan lanun diketuai Fazil bin Ayaz.

Fazil amat digeruni oleh kafilah pedagang yang sering berulang alik antara Khurasan dan Baghdad. walaupun dia perompak,namun solat puasa dan zakat tidak ditinggalkan. pernah ditanya kenapa dia merompak. jawabnya, 'kerana itu saja kebolehan yang ada pada ku utk mencari rezeki.aku solat,puada dan zakat kerana mengharapkan keampunan dari Allah.

beberapa malam sebelum itu,dia memasuki sebuah rumah wanita yang paling cantik di Abu Warda. tiba2 dia terdengar bacaan Quran wanita itu. Al-Hadid ayat 16(cek terjemah sendiri ye =p). tiba2 timbul keinsafan dan membatalkan niat jahatnya utk memperkosa wanita itu.  'sudah tiba masanya utk aku bertaubat'.

semasa  dalam perjalanan pulang ke tempat persembunyiaannya, tiba2 dia terserempak dgn kafilah dagang.
'kita berhenti rehat di sini.'
'lebih baik jangan kerana ini kawasan sasaran Fazil. dia perompak paling ganas di sini.'
'sudah banyak kejahatan yang dilakukan,bila agaknya dia mahu bertaubat.'

ini menambahkan lagi keinsafan di hatinya.
dia ingin bertaubat. tetapi dia belum dapat meninggalkan kumpulannya.
pada hari itu,kawan2 mengajak dia merompak kafilah dari khurasan itu tetapi dia menyertai dengan hati yang berat.
dia hanya memnadang dari jauh. dia berpesan jangan membunuh kecuali terpaksa.

pada masa yang sama, kafilah Sheikh Ali sedang berehat. Muhammad dan Safiah berada agak jauh kerana hanya Safiah seorang perempuan dalam kumpulan itu.tiba2 mereka dikepung perompak. Muhamad berasa takut harta itu berada dalam simpanannya. tiba2 dia ternampak seorang lelaki  bertubuh tegap dan bersenjata sedang duduk di atas batu sambil memerhati ke arah kumpulan perompak itu. Muhamad memberanikan diri menghampiri lelaki itu.

'kami sedang dirompak. tapi saya yakin tuan orang baik.tolong simpankan bungkusan ini kerana didalamnya ada harta yang diamanahkan kepada saya.selepas perompak itu pergi nanti,pulangkan bungkusan ini kepada saysa.'

'adakah kamu yakin saya tidak akan membawa lari bungkusan ini?'

'saya yakin tuan orang baik. kerana itu saya bersangka baik terhadap tuan. sebentar tadi saya berdoa semoga Tuhan memberi taufiq dan hidayah kepada tuan supaya tidak mengkhianati saya.'

'benarkah kamu jemaah haji yang dalam perjalanan ke Mekah?'

'tuan seorang yang jujur maka saya mesti menjawab dengan jujur. sebenrnya kami bukan jemaah haji. kami memakai pakaian ihram bagi mengelirukan perompak. ternyata helah kami tidak menjadi.perompak lebih cerdik.'

tiba2 Malik datang melaporkan kepada ketuanya.'memang benar mereka jemaah haji dari khurasan. kami tidak merampas barang mereka dan akan melepaskan mereka setelah tuan bersetuju.'

'menurut lelaki ini,mereka adalah pedagang yang menyamar jemaah haji. cuba periksa sekali lagi dan laporkan semula kepada aku.'

Muhamad pula berasa sangat terkejut kerana baru sedar lelaki itu adalah Fazil bin Ayaz. dia berdoa semoga Tuahan melembutkan hati lelaki itu dan memulangkan bungkusan itu.

'apakah engkau terkejut?'
'saya yakin tuan orang yang baik,dan tuan tidak akan mengkhianati saya.'
fazil senang hati mendengarnya. 'oleh kerana tuan masih bersangka baik,maka aku tidak tergamak mengambil harta ini.aku kembalikan kerana aku takutkan Allah.'
tiba2 muncul lelaki berpakaian putih dan menunggang kuda putih menghampiri mereka dan berseru dengan suara yang nyaring.
'orang jahat yang banyak dosa itu masih lagi mempunyai peluang utk bertaubat drpd dosa2nya!'
fazil 'siapakah lelaki itu?'
muhamad 'mungkin malaikat yang diutus oleh Allah bagi menyedarkan kita.'

tiba2 fazil berasa insaf dan mahu bertaubat.

Malik datang melaporkan bahawa mereka itu bukan jemaah haji. lalu fazil menyuruh mereka berkumpul bersama pedagang2 itu. lalu beliau berucap , 'wahai kawan2ku sekalian,ketahuilah baahwa mulai hari ini aku tidak akan melakukan perbuatan mungkar ini. sesungguhnya merompak harta adalah perbuatan keji yang dikutuk Allah. sesungguhnya dengarlah pengakuan ku ini wahai sekalian manusia. aku mahu bertaubat dan berdoa semoga Allah yang maha pengampun mengampunkan semua dosaku yang lalu.'

namun kawan2nya enggan bertaubat. fazil ingin mengikut mereka ke Baghdad bagi menuntut ilmu.dia meminta maaf dengan pedagang2 itu seorang demi seorang.  semua memaafkannya kecuali seorang. iaitu pendeta yahudi.
pendeta 'aku hanya boleh memaafkan mu jika kau sanggup melakukan 2permintaan aku.'

'aku sanggup buat apa saja asalkan kau maafkan aku.'
'pertama,kau pindahkan gunung pasir di depan kita ini dengan segera.'
'mustahi dia boleh lakukannya,' bantah sheikh ali.
'sesungguhnya Allah itu maha berkuasa. aku akan memohon kepada Nya.' lalu dia berdoa. tiba2 angin bertiup kencang lalu memindahkan gunung pasir itu.

'kedua,aku sudah penuhkan karung ini dengan tanah liat. aku mahu engkau tukarkan ia menjadi emas.'
fazil berdoa kepada Allah semoga Allah menunjukkan kekuasaanNya.

orang ramai tercengang melihat 2keajaiban itu lantas bertanya bagaimana perkara itu boleh berlaku.
pendeta itu berkata, 'wahai sekalian manusia. dengarlah kata2ku ini. aku telah membaca kitab taurat. di dalamnya ada di sebut bahawa seseorang yang bertaubat dan dia benar2 bertaubat di atas segala dosanya  dan kesalahannya, maka benar @ tidaknya dia bertaubat dapat dilihat dalam 2perkara.pertama boleh memerintahkan gunung bergerak dan kedua menukarkan tanah liat kepada emas. jadi aku menyuruhnya utk menguji kebenaran bahawa dia benar2 bertaubat dan taubatnya diterima. sekarang barulah aku tahu lelaki itu benar2 sudah bertaubat. dia sudah menjadi orang yang baik dan mulia.'  


wallahua'lam..

petikan dari kitab IMAM2 YANG BENAR.


diRikU haNya uNtuK Mu..

May 2, 2011

INSPIRASIKU

bismillah..


kenapa cita2 saya nak jadi doktor?? 
kenapa ek..saya pun kurang pasti..
maybe doctor ni nampak cool..
apatah lagi surgeon..huu
satu je yang saya pasti..saya suka orang yang bijak..genius
tapi xbermaksud saya pn bijak genius.
cuma saya suka tengok dan berada di samping orang bijak pandai.
tapi sekarang da taw sikit2 kenapa..

masa dapat result matrik,nak isi upu
tanpa fikir panjang,sume kos medik je saya isi..
bila dapat tawaran medik ukm,saya rasa nak nangis
bukan sb gembira
tapi saya menyesal pilih medik
nak nangis xnak medik,lau boleh isi sekali lagi cam nak tukar kos lain
tu la..dulu masa isi ikut nafsu je,xbuat istikharah dan xfikir benda lain pun..
tapi disebabkan ma kat sebelah da ucapkan Alhamdulillah
saya xtergamak nak cakap
pendam je..
betul2 nyesal masa tu..
sebabnya..tengok kawan2 lain ramai yang amik engineer dan segala bagai
antara kawan skolah,saya sorang je pompuan amik medik
lelaki 3orang..2 kat mesir,1 usim dan saya sorang ukm..
sedih..

bila diingat balik..
dulu saya sangat takut tengok orang sakit,dan pelik2
duk atas wheel chair, pakai tongkat,oxygen mask,bau ubat,bau hospital
saya takut..

masa abang accident patah kaki pakai tongkat
bila dia duk kat tingkat bawah
saya lari naik tingkat atas
bila dia naik atas
saya turun balik
sebab dia taw budak2 sepupu baya saya takut kat dia
dia pun saja2 usik
tapi saya cerdik sikit..hehe
saya xgitaw kat sape2 pun saya sakut
cuma saya senyap2 je lari dari dia

masa kecik2 dulu
pakcik bawak kami budak2 ni pergi pertandingan mewarna kat PCB
pastu tiba2 ada sorang budak ni
dia sakit..cian kat dia
duk atas katil tapi macam boleh gerak
lebih kurang wheel chair
haa kerusi patient cam kt hukm ni(baru ingat)
kat bawah ada tangki oxygen
mak dia tolong pam ambu bag tu..xlepas
bau dia masa tu saya ingat sampai sekarang
xsuka bau tu..pening..bau ubat mungkin..

masa pakcik saya patah kaki
sebabnya main bola sepak tapi pegi sepak tiang gol
masuk besi..
ma ajak pergi melawat kat umah dia
tapi saya x gi dekat..
takut..


masa suha sakit nak beranak
tengah2 malam dikejar ke HUSM
lepas dia beranak tengah malam tu
pakcik ajak saya pergi hospital
anta barang
masa tu kami yang xtido agi ni bukan main seronok
sebab nak tengok baby
sekali bila pintu wad bersalin tu terbuka
dalam samar2 gelap malam
kul 2 3 pagi masa tu
kiri kanan penuh dengan katil pesakit
tiba2 saya sangat takut
rasa nak lari keluar
sebabnya ada makcik2 yang dalam gelap ni
duduk menunggu pesakit dengan rambut yang gerbang macam apa da
buat seram je..

1st time tengok mayat atas troli masa year 1
saya takut..pening kepala..
mula2 pelik kenapa kawan2 boleh main pegang cam tu je..
tapi saya nak rasa jugak pegang mayat
slow2 pergi dekat..pegang sikit je dulu..
huuhh sekali habis sume organ saya angkut belek2..
xtakut punnn..

tapi tiba2 aja ketakutan itu hilang entah ke mana..
saya pun xtaw macam mana saya berani sekarang ini
saya da xtakut tengok orang sakit
xtakut wheel chair
bahkan saya rindukan bau wad,bau hospital
bukan bau darah k..
sebab darah xde bau pun..huu

dan tiap kali saya lalu depan husm
dalam hati..bilakah aku akan berada di sini
bukan sebagai pesakit
tapi sebagai doktor!

ni salah satu inspirasi..
dan lagi satu pakcik saya..

grad ukm jugak..
bertugas di husm
kdg2 pakar perdana KB
sebagai anaesthesiologist
dan sekarang menceburkan diri dalam bidang astronomi pulak
jauh bebenor medik n astro
sedang menyiapkan buku astronomi versi BM
dia sumber inspirasi ku.




sedang explain sal astronomi kat TGNA



bilik dibina khas utk teropong..bumbung boleh tolak ke tepi..





ayah wi..sumber inspirasiku..

panjang lebar lak post kali ni..
sebenarnya juz nak cari sumber motivasi diri..
semangat di mana kamu??
gambate!!

'wahai Tuhanku,ibadahku hanya kepadaMu, hanya Engkau bekalan akhiratku, jangan putuskan harapanku, sampaikan cita2 ku.'

diRikU haNya uNtuK Mu..