October 31, 2010

O ALLAH..

Bismillah..


Saya kebosanan

Tensen sebab bosan
Can't study secondary to bosan
Apalagi..baca blog orang2 yang xkenal.. ßsyok gak!
(xsedar diri nak exam 2 hari lagi!)

Sambil layan koleksi lagu Maher ZAin!
Xsabar nak tunggu konsert dia..


======


Bila hati sudahberada di rumah..

Bila hati sudah tinggalkan minda..
Bila hati sudah tinggalkan jasad..
Tangan berlari2 di depan laptop..
Mencari hati yang tertinggal di BLOG!
Nasib baik ada blog..

àntah pape mengarut!



*Sape nak hadiahkan cd maher zain pada saya?? (semalam da teng0k kt pasar malam bangi..tapi sayang duit nak beli =p)



Rindu kat NUR HUMAIRA HUSNA!






diRikU haNya uNtuK Mu..

October 27, 2010

SAYA FIKIR..

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam2 bila boring..bila study xmasuk2 dalam otak ni..saya dengar ikim @ sinar fm.saya suka dengar sinar.sebab lagu jiwang2.hahha..saya suka lagu dulu2. Tapi bukan la lagu klasik eh. Lagu exist..spring..haaa ..xsuka la lagu2 baru cam sekarang ni.xbesh langsung! Xsuka artis segera. Mee segera lagi sedap.

Tapi yang saya xsukanya..kt sinar tu..ada slot luahan hati ke eh kisah dan lagu..entah apa nama slot tu.(lagu memang besh!) tapi MELUAT dengar pendengar kol,sms bagi ucapan. 99% yang kol adalah pompuan n laki yang single mingle(bukan xde couple,tapi xbersuami isteri lagi). Pastu ucapan nya plak..huuuhhhh benci menyampah tul dengar.cam nak cabut je earphone.tapi nak dengar lagu..tahan la..

Sape yang dengar sinar mesti tau..tapi xtaw la orang lain meluat@ suka dengar ucapan2 tuh.

Kenapa?bangga sangat ke sampai nak dihebohkan satu dunia..keluar ngan pakwe la..ucapan rinDu2an sayang2an la..baby..sayang..ayang..b..macam2!!! MENYAMPAH!! Kalau isteri@ suami yang kol bagi ucapan kat isteri saya sokong! Tapi realitinya..kalau suami isteri punye ucapan mesti xhot cam pasangan yang couple haram nih. Suram je ucapan untuk suami. Beku je ungkapan si suami untuk isteri. Kalau yang buayafren bagi kat gelifren @ vise versa siap ada ganda 23 lagi!!..xmalu betul!

Terdetik di otak hati saya ni..

100% pasti ke yang gelifren akan jadi isteri buayafren ni?

Lepas kawin nanti..ada lagi ke b..baby..sayang.. ayang..

Ke dah jadi aye(ayam??)..

Ada lagi ke dating2 (diiringi rasa cinta masa belum kahwin dulu)cam dulu..

Ada lagi ke..ke dah jemu..meluat dah tengok muka sama.

Dari tahun1 lagi couple.. nak tunggu sampai umur 60.

Ishh xboring ke?? ßsila jawab sebab saya xtaw.

Masa couple..sume dah sentuh2..jalan2 pegang tangan xlepas..

Takut hilang la konon..

Bila dah kawin suami di depan isteri dengan perut buncit di belakang..

Xde plak nak tolong pimpin..jalan masa slow kt belakang.

Masa couple sume pasal si dia kite dah taw.

Lepas kawin dah xde modal nak cakap.

Sume da taw..perangai da kenal.

Masing2 sunyi..bisu dengan hal masing2.

Masa couple xblh marah si dia..ada sayang je masa tu

Lepas kawin..ish dah lame aku xmarah orang,boring la dengan perangai dia..da lama aku tahan..menyampah la tengok muka sama..dulu,kini, dan selamanya ke nak tengok muka dia??

Haa tu la..masa muda sume manis..xde tawar pahit masam..

Rumah tangga jadi suram muram..mendung aje..

Itulah..Alah dah kata..jaga maruah kehormatan..

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.

Masa muda ni..belajar dulu..jangan nak couple2.HARAM..janganlah kamu mendekati ZINA.

Bercinta selepas kahwin kan bagus..bercinta mengikut syariat Allah..bukan syariat syaitan!

Masa ni hati tengah manis gumbira..nak pegang tangan pun xsalah.dapat pahala lagi.


'aku x main la couple2 ni.aku nak kawin terus.bercinta selepas kawin!'

'eeee kau ni..kolotnya weyh..'

'xpe kolot pun.asal bukan jahiliyah!'.

*ni apa yang saya fikir la..betul kn?

*sape setuju sila senyummmm \(^0^)/

*apa yang couple dapat masa bercouple ek??heran sungguh saya..habaq mai sikit.sampai sekarang saya xpaham2!


diRikU haNya uNtuK Mu..

October 26, 2010

SIHIR

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramai orang xtahu pasal sihir ni betul2. Ramai jugak yang xpercaya dengan sihir. Terkejut gak dengar kat ikim..symptom2 biasa macam sakit kepala,migraine pun ada kaitan ngan sihir jugak.walaubagaimanapun..doktor xmampu mengubat sakit sihir ni..

Teringat dulu ada pakcik teksi ni tanya..'kalau orang hysteria datang hospital,apa yang doctor boleh buat? Awak kena tahu jugak berubat dengan ayat2 Quran ni'. Pastu dia ada bagitahu satu cara ni..tapi dah lupa.mandi air cuka ke garam ek..

Al-quran itu as-syifa'. Penyembuh segala penyakit. penyakit batin dan rohani. Teringin gak nak belajar perubatan islam. Dengan ustaz harun din di darul syifa'.Tapi masa terbatas. Peluang itu tak terkejar. Kalau tengok kat astro oasis,banyak dah bukti2 ayat quran ni dapat menyembuhkan kanser.

Sedikit info untuk dikongsi..

2 tanda sihir

  • ketika tidur(bila bangun ada kesan lebam)

    -sukar tidur

    -mimpi jatuh dari tempat tinggi

    -mimpi binatang

    -masuk tempat kotor,sunyi


  • ketika jaga

    -sakit kepala

    -sakit belakang

    -telinga berdesing

    -Takut tanpa sebab (waktu asar)

    -rasa macam nak mati

    -ada bisikan

    -panas tiba2 di satu part badan je


Jenis2 sihir

  • sihir buta

    -mata rabun tanpa sebab

  • sihir mandul

    -asyik gugur je.orang kata 'tak lekat'

  • sihir sesak nafas
  • sihir takut
  • sihir pelalau

    -x kahwin2

  • sihir binatang

    -perangai kelakuan cam binatang

Media sihir

  • bahan berbisa
  • bahan tajamàluka,internal bleeding
  • bahan kotor(najis)
  • bahan dunguàjadi macam orang bodoh..


sape yang ada symptom2 di atas,bolehlah rujuk kepada yang pakar..pusat perubatan al-quran darul hikmah..di talian tertera..

no ofis: no perawat:

019-2624999 019-4715232

019-2724999 019-4735232

019-2824999 019-5755232

Aik..cam promoter bertauliah pulak!


*daku rindukan bau wad..bau hospital! Setelah 2bulan..akhirnya daku kaki ku melangkah ke HUKM siang tadi..


diRikU haNya uNtuK Mu..

October 24, 2010

SERING KALI..

bismillahirrahmanirrahim..


sering kali wajah itu hadir..

sering kali wajah itu menemani malam2 ku..

sering kali wajah itu membuatkan hatiku tertanya-tanya..

sering kali..sering kali..sering kali..


apakah ada maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat?

adakah doaku selama ini telah di terima oleh yang Maha Esa?


boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untuk mu..

boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk mu..

kamu tidak mengetahui..

hanya Allah yang mengetahui apa yang di langit dan di bumi..

dan di antaranya..
diRikU haNya uNtuK Mu..

October 19, 2010

‘DE LAGIH’


Saya keBUNTUan..

Saya bLuRRRR…

Saya xTAAAAWW..

Tolonglah saya..

Gano nak study prekso clinical year nih?

Xkei keno khate kumar + Davidson
+ oxford kot ey??

Tok pasa2 nausea vomiting tubik sumo nyakit dale bade ni

Tapi baguh apo kalu buleh vomitkan ds ni dih

wak tubik headache,tension,

sgla mok nenek virus bacteria parasite

Hahaa xbetul dah hehe

Suko la mu sore2

Ore lain sibuk study belako

Mu jah duk laye blog lagih *eh3 sempat lagi buat entry @#$%\(^0^)/

Cenyum sokmo

Jange tensen deh

diRikU haNya uNtuK Mu..

October 16, 2010

THE END

Officially..i end this posting! <-dr fazilah

Yeaaa!

Tapi sedih gak..hukhukhuk

Sedih tengok k.nani lap air mata semalam..

Dah xde dah posting yang boleh 'main2 relax2'

Xde dah satay huts

Xde dah aroma ikan bakar

Xde dah pantimor

Xde dah kerepek gulang-gulang.

Let's by gone be by gone..

Yang ada sekarang nih..

Exam final! <-- wake up aishah!

Internal medicine ..Da lupa da apa yang study dulu

JKM..xtaw apa..

Aduiyaaa..

FOKUS FOKUS FOKUS!!!

Tapi cne nak study nih?

Nak start cne?

Nak baca apa?

Oh tidakkkk!

*dengar lagu ur beautiful..sedih..teringat kat k.mah,kt JKM pulak.

diRiKu haNya uNtuK Mu..

October 10, 2010

QURRATU A'YUN

Bismillahirrahmanirrahim..

MOHAMMAD ANIQ IRFAN B.MOHAMAD RIZUAN
27 MEI 2002

MOHAMMAD LUQMAN HAKIM B.MOHAMAD RIZUAN
24 FEB 2004


MOHAMMAD HARITH IMRAN B. MOHAMAD RIZUAN
26 MEI 2005


MOHAMMAD SOLIHIN AMZAR B. ZABIDI
14 APRIL 2006

NURUL IMAN AZ-ZAHRA BT. MOHAMAD RIZUAN
11 MEI 2009

WAFA NUR ISLAM BT. MOHAMAD ADLI
20 MAC 2010

NUR HUMAIRA HUSNA BT. NOR ADUNI
24 JULAI 2010

SYIFA' AR-RAUDHAH BT MOHAMAD AFFAN
8 OKT 2010




qurratu 'aini..
penyejuk mataku..
penyejuk hatiku..
penawar hatiku..

kasih dan sayang untuk mereka..
tidak sama dengan kasih dan sayang untuk ma&abah..
tidak sama dengan kasih dan sayang untuk adik beradik..
tidak sama dengan sesiapa pun..
unik..

walaupun hero2 ini tersangatlah nakal..
geram..lucu..marah..ketawa..
heroin2 pula baru mula bertatih..
memekarkan senyum dan kasih di hatiku..
tetap di hati ku selamanya..

kenapa ada rasa sayu di hati ini
setiap kali menatap wajah suci anak2 kecil ini???

\(^O^)/
~LOVE THEM SO MUCH~


*pejam celik pejam celik..sume kak + abg ku dah jadi abi wa umi..
oppsss!!
*hobi baru..mengumpul qurratu 'aini!


diRikU haNya uNtuK Mu..

YE KE??

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.




*copyfacebook.com…..

October 8, 2010

DI MANAKAH



Bismillahirrahmanirrahim..



Sesungguhnya lelaki2 tulen itu amat sukar untuk dicari,sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata.


Umar r.a berkata, ' harapanku adalah agar rumah ini di penuhi dengan lelaki2 seperti Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal, dan Salim budak suruhanAbu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!'


Soalan saya..dimanakah lelaki2 tulen yang menjadi harapan Umar r.a itu???


diRikU haNya uNtuK Mu…

GREEN LIGHT

Bismillahirrahmanirrahim..

Dan Allah telah keluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun. Dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan,dan hati,agar kamu bersyukur.

Maha Suci Allah..tengok ayat tu..mula2 Allah sebut pendengaran dulu sebelum penglihatan dan hati.

Bukan saje2 je Allah nak sebut yang mana dulu. Setiap perkataan itu ada maksud,ada sebab kenapa dan mengapa.

Sebab tu ibu mengandung boleh perdengarkan bacaan Al-Quran masa bayi dalam kandungan lagi.

Kenapa penglihatan dulu baru hati??

Sebab dari mata jatuh ke hati..

Kite tengok dulu baru kita suka,sayang..

Kasih sayang ma dan abah untuk kita bermula semasa kita di alam rahim lagi..tapi kita sayang ma dan abah bila kita sudah ada hati..bila kita sudah bijak.

Alam RAHIM adalah alam KASIH SAYANG.

'kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak,tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir'.


* 4/10/10: ma da bagi GREEN LIGHT!! Yahuuuuu!


diRikU haNya uNtuK Mu…

MATURITY

Bismillahirrahmanirrahim..

MATURITY…apa tu??

Sape taw?

Boleh jadi sifu saya tak?

Doctor kata…nak jadi doctor ni kena MATURED.

Sebab nanti kena buat banyak keputusan..

Bermain dengan nyawa

Either u treat or u kill people.

U have the license to do so..

Saya dah la xreti buat keputusan sendiri ni..

Cne ek..

Tapi bukan doctor je yang kena MATURED

Kehidupan seharian pun memerlukan MATURITY

Saya kena berubah dari sekarang..

Berubah untuk jadi MATURED!

Saya perlukan SIFU!!

******

Salah satu amalan para sahabat membawa anak2 ke majlis orang dewasa dapat membantu mendedahkan anak2 kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka.

Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah SAW apabila duduk bersama para sahabat,setiap seorang mereka akan membawa anak masing2 yang mana anak2 itu akan berdiri di belakang bapa mereka,lalu si bapa akan mendudukkan si anak dihadapannya.(riwayat al-Nasa'i)

àbergaullah dengan orang dewasa untuk menjadi MATURED!


diRikU haNya uNtuK Mu…