Bismillah..
Denial (refuse to acknowledge): aku x debar pun
Suppression (intentionally avoid thinking): walau pun aku berdebar,tapi aku x nak fikir rasa debar tu
Hasilnya..jadilah aku manusia yang x berperasaan..even bila orang lain berdebar nak exam..aku x merasai sepertimana mereka rasa. Mungkin suppression tu terlalu utuh..
Sama ada suppression/ denial/ ini ketenangan yang Allah makbulkan setiap doa sujud ku..
Alhamdulillah..
Ketenangan itu satu nikmat yang xternilai bagiku..
Bila tenang..baru boleh berfikir..nak jawab apa..walaupun salah.. boleh plak gelak sowang2 bila terang2 tembak jawapan salah! Oh OSCE anaes!!
Betul salah itu x penting sangat..asalkan hati tenang..
Bila berdebar..langsung xle fikir..jadi kena suppress awal2 perasaan tu..
Mungkin aku akan jadi lemah..xkuat untuk menghadapi perasaan berdebar..
Sebab itu Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Dan doa seorang ibu sesungguhnya tiada hijab di depan Allah..
Itulah harta yang paling berharga buatku.
‘daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: tiga doa yang mustajab, tanpa syak lagi iaitu doa orang yang dizalimi,doa orang musafir,dan doa bapa kepada anaknya.’(riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)
‘ya Allah..berikanlah apa yang terbaik buat kami. Dan kuatkanlah hati kami untuk menghadapi setiap ketentuanMu. Serta jadikanlah kami hamba Mu yang bersyukur.amin..’
Kuatkan hati mu sahabat2 ku~
ukhwah itu sangat manis..bila semuanya kerana Allah..
diRiKu haNya uNtuK Mu..
October 22, 2011
post-exam reflection
Posted by sHaziaN at 01:17 0 comments
October 21, 2011
triad
Bismillah…
Quick review on past 2month TRIAD (3) minor posting.
ORL-HNS
Nama panjangnya otorhinolaryngology-head and neck surgey. Telinga-hidung-tekak-kepala dan leher..waaaahh panjangnye! Benda yang nak kena taw pun panjanggggg jugak .Sangat banyak. Serius! Sedangkan 3minggu je posting. Case report lagi nak kejar.. Yang bestnye ada on-call.. like3x! Dalam banyak2 benda kat kepala ni telinga je yang paling menarik perhatian ku. Ada sebab ni..secret \*.*/
Belajar check telinga paling best. Betapa cantiknya telinga kita! Hargailah telinga kita sebelum nikmat pendengaran dan keseimbangan badan tu hilang. Hanya pesakit (patient= sabar) yang sedar dan terasa betapa nikmatnya telinga kurniaan Ilahi ni kan.. Cuba bayangkan kalau setiap hari dan ketika rasa pening pusing2 je..telinga lak satu kuat satu kureng Camana lah agaknya ye..tensen! Kita2 yang tak pernah sakit ke masuk hospital ke..janganlah cakap besar Jangan ingat bila kita berada di tempat mereka kita boleh sabar dan kuat untuk diuji. Jangan sesekali.
OPTHALMOLOGY
Ni posting mata. 3minggu jugak.Salah satu lagi nikmat yang besar dalam hidup kita. Kalau hari2 setiap saat je gelap..xdapat nak menikmati betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan ni. Tapi andai kata nikmat itu ditarik suatu hari nanti..yakinlah. itulah yang terbaik buat kita. Mungkin selama ini mata hanya digunakan untuk melihat benda yang tidak sepatutnya. Tengok perkara2 maksiat. Kesiankan kat kaum laki.. setiap hari dapat dosa bila tengok aurat wanita. Sabarlah..tahan pandangan mata anda2 sume. Sebab sangat lah susah untuk wanita2 ini menutup aurat seperti mana yang anda2 harapkan. Itulah hakikat dunia akhir zaman..macam2 fesyen yang ‘menarik’ iman anda2. Wahai yang bernama wanita, kasihanilah lelaki2 ini~
Antara banyak2 posting..klinik mata la yang paling ramai patient! sangat2. Mula2 masuk klinik,cam terkejut. Macam pasar! Apa taknya, pesakit kencing manis berlambak2 kat Malaysia ni. terutama orang kelate. Huhu sikit2 nak kena tambah gula ek..selalunya bila ada symptom2 kencing manis kat mata, pada masa yang sama kemungkinan besar buah pinggang dah affected sekali (diabetic nephropathy).
Ni la jugak posting yang markah cwu dan ppd ku yang paling rendah! Tu la..sape suh jujur sangat. Ppd ni x le jujur rupenya. Kena reka2 cite menarik sikit baru markah tinggi. Tapi betul apa..selalu tengok Dr diagnose patient mainly based on fundoscopy, not much on history taking. That is my life-long learning punye part.
(sape posting oftal lepas ni jangan buat camni daa..)
ANAESTHESIOLOGY
Posting bius ni..best..rasa macam nyawa patient tu di hujung tanduk. Silap bagi drug, gone! X boleh nak intubate tambah ngan lambat bagi oxygen, gone! Brain only can survive 3 minutes without o2.(ke 5min??lupe da..)
‘patient will not die if u fail to intubate, but they will die bcoz u don’t oxygenate them!’
Rasa cam minat anaest lak..tapi xpelah..xsanggup tengok dying patient in ICU. Hanya orang yang power dari segi theory and practical and emotion je boleh jadi anaes ni. Sume benda kena cepat. Think fast,act fast! STAT and NOW! Code blue~
Walaupun posting ni 2minggu je, sangat interesting! Dan sangat berbeza dengan yang lain. posting ni uniq. Sebabnya hari2 kena masuk OT (dewan bedah). Lalu berjalan2 lah kami window shopping ilmu sebanyak yang boleh dalam complex dewan bedah ni..membeku..sangatlah sejuk..suhu OT kena maintain 20 degree nak elak infection..cara belajar pun berbeza..pergilah buat muka sposen mintak mana2 dr anaes teaching waktu dalam ot tu.Dr lak sumenya sporting habis! Xde la boring sangat cara belajar same je medic ni kan.
Second week anaes..ada exam. Basic life support punye exam. Alhamdulillah..da dapat sijil kelulusan untuk bagi service CPR. Harap2nya ilmu tu berguna dan diingati sampai bila2. agak2 lau ada patient collapse kt depan mata berani ke aku nak buat cpr??Soalan teori 40, mesti salah kurang dari 5. Lau x kena repeat exam. Pastu exam practical. pun wajib lulus. Teaching BLS waktu pagi..petang exam sume2 ni..berdebar gak! Teringat plak kt muka dr tu..huhu sempat lagi buat lawak! (kenapa selalu dapat Dr yang suka buat lawak waktu2 cni..*.* tapi bagus la..alhamdulillah) ..
dan untuk yang bernama wanita.. sediakanlah stongan (sarung lengan) setiap hari sebab amatlah sukar utk mencari baju OT lengan panjang. OT pun OT jugak, ilmu pun ilmu jugak..aurat tetap no 1.
Kesimpulannya…TRIAD sangat best!
Posted by sHaziaN at 20:09 0 comments
October 6, 2011
a.k.u
bismillah..
dulu boleh je 13 subjek..
sekarang 4 je..
4jeeee ye T____T
psychiatry
DEPRESSED : depression(5topic), dissociative disorder(4topic)
PATIENT : psychotic disorder (5topic)
SEEM : substance abuse(bykkkkkkk)
ANXIOUS: anxiety d/o(10topic), adjustment d/o
SO: somatoform d/o (5topic), sexual disorder (4topic), sleep disorder
C : cognitive d/o(2topic), child psy d/o(bykk)
PSYCHIATRIST: pervasive d/o
OTHERS:factitious,malingering,eating disorder
tension!
bilalah aku akan minat psy..sme2 doakan..
ORL-HNS
yang ni pun byk gak..telinga hidung ok lagi.masuk head n neck surgery ni yang tambah stress.
opthalmology
menarik..tapi da lupa..*_*
anaesthesiology
best gak..tapi xabih baca lagi..aiyookkkk
ilmu CPR moga2 akan stay longer in my mind..ada sape2 perlukan khidmat CPR?huahuahua
yeah..only two time in my life when i feel stress, tension..
maybe others had more than 2 times..=p
alhamdulillah..hehe
bila aku rasa busy..ingatlah ramai lagi yang busy dari aku.
kalaupun akulah yang paling busy antara mereka2 yang busy
ingatlah Rasulullah lagi busy dari aku..
tolonglah M.O.T.I..V.A.S.I
Pls come!
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 23:12 0 comments
October 3, 2011
T_____T
bismillah..
tempat: icu
masa: morning round,3oct2011
kenapa tiba2 sebak,hampir menitis airmata bila tengok ahli keluarga patient datang
seorang demi seorang membisikkan sesuatu di telinga..
'apa yang diorang buat?'
mungkin ajar kalimah syahadah..
tapi..x kan sume orang kena buat..
aku terfikir..
mungkin mereka sedang berbicara utk kali terakhir..
mungkin tiba saatnya untuk meminta maaf,dihalalkan makan minum mereka..
sebak..tapi masih berjaya menahan mutiara yang tersangatlah mahal ni..
sedangkan..xde pun ahli keluarga yang menitiskan air mata..
aku pulak yang terlebih2..???
terdetik di hati..kenapa sampai sekarang benda tu masih menghantui hati dan perasaan
until when that feeling will stay deep inside my heart?
nak salahkan siapa?
rumah ini juga menyaksikan tumpahnya kasih seorang nenek kepada cucunya..
di rumah ini juga dimana dia meninggalkan ku tanpa aku di sisi..
cucu yang lain sempat mintak maaf.
sedangkan aku cucu kesayangan dia..
jenguk di hospital pun x.
maafkan daku!
*boleh x xnak gi icu for evening round??
Posted by sHaziaN at 14:15 0 comments

