August 26, 2010

CERITA HATI

Bismillahirrahmanirrahim..

Tetiba ingatan ku membawa kembali kenangan ketika bersama mak (nenek ku). Tetiba hati ini begitu rindukannya. Sudah 5tahun lebih dia pulang ke pangkuan yang Maha Pengasih. Tepat 12:30 am, selasa 19 julai 2005. Pada waktu itu saya di sekolah, ada exam penilaian bulan julai. Pagi itu dalam pukul7 am..saya sedang bersiap untuk ke sekolah.saya tinggal di asrama. Tiba2 terdengar suara pak guard buat announcement. Hati saya berdebar2. Saya macam boleh agak je. Dia announce nama saya. Abah saya sedang menunggu katanya. Lantas, saya mencapai kad kuning (kad keluar sekolah). Ini mesti ada sesuatu.kalau x abah xkan datang pagi2 ni. Sampai je kat balai pelawat,saya tengok mata abah merah. 'mai la balik.mak dah xde.' Tu la ayat abah. Saya pun 'emm..'. saya xnangis pun masa tu. Saya xde perasaan. Xtaw nak buat apa.Naik keta pegi ke rumah warden bertugas. Kebetulan pagi tu,giliran ketua warden yang terkenal dengan garangnya bertugas.

'awak nak balik ke?kalau balik,lepas ni memang xboleh amik exam dah. Saya xkan buat exam ulangan lagi.

'saya nak balik jugak'.

Bincang punye bincang…last sekali..dia suruh saya balik kul1.lepas abih paper!

Abah pulang ke rumah seorang diri. Di tapak perhimpunan..kawan2 mula bertanya. Dan masa tu la baru saya tersedar yang saya sudah kehilangan mak! Di situ jugak air mata saya mengalir tanpa dapat di tahan.

Pukul1..saya tunggu abah..1.15pm.. 1.30pm.. nak kol tetiba pulak public fon rosak.xblh guna syiling. Saya Tanya kawan yang bawa hp secara haram.nak pinjam.namun berbagai alasan diberikan. Bila saya turun ke public fon sekali lagi,ia sudah boleh di gunakan. Saya merayu dengan junior nk potong line.

'bila nak amik ni?'

'xsempat da kot. Ni tengah kalut2 ni.xde sape nak gi amik. Dah nak bawa ke masjid untuk di solatkan.' Perbualan telefon itu diiringi bacaan ayat2 suci al-quran mendayu2 dibelakang sana menyebabkan saya terkesima! Saya sedang kehilangan mak! Dan saya xkan jumpe mak buat selamanya lagi.

Terus..air mata tanpa diundang..xdapat ditahan..di depan junior tu..saat itu jugak! Saya lari naik ke bilik. Menangis xhenti2.basah tilam kawan. Sehingga tertidur. Sedar kul3 lbih..nangis lagi. Kawan dah xtaw nak buat apa lagi. Baru tersedar..saya belum solat zuhur rupanya. Lepas solat baru tenang sikit. Surah Yassin ku sedekahkan. Semoga arwah tenang di sana.

Selepas asar barulah saya balik ke rumah. Hampir maghrib tiba di rumah arwah. Sume ahli keluarga ada di sana. Majlis tahlil pada malam itu. Apa perasaan saya?? No feeling! Saya xrasa mak dah xde. Saya rasa dia masih ada di rumah itu. Dia belum meninggal. Dia masih hidup. Saya boleh gelak senyum agi. Macam tiada apa2 yang berlaku. Itulah..sebab saya x hantar arwah ke liang lahad..jadi saya rasa dia masih ada.

Dulu..setiap kali cuti sekolah..saya mesti diajak tinggal bersamanya. Dia xnak cucu lain.dia nak saya je. Ketika bulan puasa..pagi hari raya..saya di rumahnya. Tengah hari barulah family saya sampai ke kg. mungkin saya ni salah seorang cucu kesayangannya..emm..di sana..banyak yang saya belajar. Belajar masak! Huhu.. urut kaki lutut mak..cabut uban..sikat rambut..jemur kain..lipat kain..pegi kedai..macam2. pastu hari raya..dapat duit raya lebih dari cucu2 lain. Dapat pakai gelang rantai emas (kena paksa!). dapat baju raya..jam tangan..macam2.

Tapi sekarang..bila cuti tiada siapa dah nak ajak saya. Bila cuti..xtaw da nak buat apa..

Oh..lupe..sebab arwah meninggal..dia memang ada penyakit 3 serangkai(HPT,DM,heart ds) tapi meninggal disebabkan febrile neutropenia secondary to acute myeloid leukemia! 3days b4 she passed away,she coma. Around that time we just knew it. But for me..i just knew it while on the way to majlis tahlil that nite. AML memang disease yang sangat aggressive. 2weeks b4 she died, I saw few bruises at her shoulder. And she even never noticed bout that. My cousin & I were the one who 1st noticed it (I thought..).

Tiap kali saya melintasi wad 4( hemato di PPUKM), saya teringatkan mak. Ada juga terlintas nak jadi haematologist. Masa posting medicine ari tu..saya kenal sorang patient AML ni. Sama umur dengan saya.Tapi sekarang dia dah kembali ke rahmatullah. Betul2 saya xsangka. Arwah selalu tersenyum.walaupun sakit masa doctor masukkan central venous line..dia senyum je..tabah orangnya. 1st time saya tengok dia masa saya melintasi bilik pengasingannya.dia sedang solat! Jarang sekali di wad saya terserempak patients tengah solat. Al-Fatihah untuk arwah..

Sehingga sekarang..mak masih ada..masih dalam hati ku selamanya. Sangat dekat dengan diri ku kerna bidang aku ini tidak bisa membuatkan mak hilang dari ingatanku.

Semoga mak tenang di sana.

Ya Allah..Engkau lapangkanlah kubur mereka..terangkanlah kubur mereka dengan cahaya Mu. Jauhkanlah mereka dari siksaan kubur. Tenangkanlah mereka di sana. Amin..

# 1 impian yang belum tertunai..saya nak jumpe mak dalam mimpi! Yang betul2 bukan mainan tidur. Bila saya rindu kat mak,saya akan doa sebelum tido saya nak Allah izinkan saya jumpenya.Tapi mak xsudi jumpe saya.mungkin sebab saya xhantar dia masa hari terakhirnya. Mungkin sebab saya tiada disisinya sewaktu lamaran sakaratulmaut menjemputnya. Mungkin sebab saya xsempat mintak maaf denganya.

# pengajarannya.. kalau ada orang yang anda sayang dijemput Ilahi..pulanglah. walaupun anda sedang ada urusan yang tersangat penting. Jika tidak..anda akan kesal sepanjang hidup seperti saya!

# post ni sebenarnya untuk saya semadikan kenangan,ingatan saya pada mak.

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 24, 2010

ITUKAH CINTA

Bismillahirrahmanirrahim..

"Kalau kite suka kat orang tu..itukah namanya cinta??"

Hahahahaha…silap orang kamu bertanya.

Apa yang saya jawab ye..lupe..tapi saya xjawab la. Saya gelak je..

Maap lah ye..sila tanya pada yang pakar.

Xsangka soalan tu keluar dari mulut dia..tapi sume orang layak berfikir benda tu..

Cuma saya..belum sampai masa..hehe

Bohonglah kalau saya kata xpernah terfikir. Ni tengah fikir lah ni..

Tapi saya xde jawapan..budak xmatured xle piki!

Tapi..apakah yang di maksudkan dengan cinta sebenarnya?

Apa tujuannya? Apa method yang sebenarnya?

Teorinya berlambak..tapi yang mempraktikkannya..??

Kalau setakat dating,pegang tangan,duduk sebelah-menyebelah,tengok wayang..xyah lah..

Itu bukan cinta bagi ku. Itu nafsu semata.

Menyampah den menengoknya!

Baru saya tersedar.

Betapa lemahnya diri ini,iman di dada..

Bila mulut dan tangan xmampu melaksanakan tanggungjawab.

Bila maksiat berada di sebelahku,di depan ku..

Lidahku kelu..tangan ku kaku..badan ku beku!

Ya Allah..beri daku kekuatan.

Tolonglah..sedar sikit kita sedang berpuasa.

Jangan kamu menambah dosa kamu2..dan juga daku!

Sebab daku insan lemah!

Ya Rahman..Tuhan yang membukakan pintu hati..tetapkanlah hati kami pada jalan Mu,Agama Mu dan dalam ketaatan kami pada Mu. Janganlah Kau pesongkan hati kami,selepas Kau beri petunjuk kepada kami.

Berilah hidayah..bukakan hati kami..

Amin..

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 22, 2010

SAYANGKAN MU

Bismillahirrahmanirrahim..

Hatiku benar2 tersentuh..rupa2nya ramai orang risaukan diri ini. Terutama ma. Mula2 xnak bagitaw kat ma,takut ma risau. Gitaw kat kakak ja. Sekali ma tefon. Maaf ma. Bukan saje2 xnak bagitaw. Terasa macam budak2 kanak2 kecik pulak. Ma risau saya kena migraine. Sangat2 risau walaupun dia xcakap. Saya boleh baca air mukanya. Mesti ma cite kat kawan2 dia sebab bila saya balik,dia cakap, 'migraine ni bahaya. Jangan main2.Tu haa ada orang tu sakit kepala camni la,sampai senget2 mulut haa.nak cakap pun xboleh,xjelas.' Saya tergelak. Saya cakap mana ada sampai senget2 mulut. Tu bell's palsy kot.hehe..betapa risaunya ma. Cari info dengan kawan2 dia.

Masa minggu last posting medicine ari tu,saya sakit kepala. Makan ubat sume xde kesan. Rasa nak telan banyak2 tapi takut mabuk pulak.Da la nk exam shortcase. Nak study memang xde mood. Memang saya betul2 berserah,redha.Tido ja yang terdaya daku lakukan. Nak tido pun punya la seksa. Betul2 buntu apa yang tidak kena dengan diri ini. Kadang2 terasa lemas dengan perasaan. Terseksa. Xgi ward lagi. Xsedar da nak exm. Hari last b4 exam,daku gagahkan diri. Cuba lupakan sakit pening. Cuba bertahan. 2kali jupe doctor. 2 diagnosis yang berbeza. Tapi ubat yang sama.

Malam b4 exam,saya kol ma lagi. Ma tya, 'exam kul bpe,nanti ma nak solat hajat'. Terharu… inilah ayat yang terkeluar tiap kali saya gitaw nak exam. Sejak amik medic ni, ma akan solat hajat pada waktu saya menduduki exam. Kul8..kul2..ma ikut jadual saya. Mungkin ma faham susahnya exam medic ni. Dulu masa skull, lau nak exam ma mesti cakap, 'jangan lupa baca bismillahi tawakkaltu a'la Allah.' Walaupun ada orang kata sepatutnya kena usaha,jawab exam dulu, baru tawakkal. Tapi bagi saye.. nak jawab exam tu pun kena tawakkal jugak. Sebab kadang2 apa yang kita taw, xsemestinya ilmu tu datang di saat kite perlukannya. So, saya akan baca b4 and after jawab.

Tapi skarang, ma akan cakap, 'bc bismilahi tawakkaltu … nanti ma solat hajat.' Solat ni specel untuk saya. Ketika saya berjuang di medan ilmu, ibu tersayang mengiringiku dengan doanya. Dan semestinya doa seorang ibu itu sangat mustajab.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya,dari dulu lagi,saya berfikir,saya inginkan bukti bahawa pepatah itu benar. Bukan sekadar manis bicara,penyedap kalbu. Saya nak bukti bahawa doa ibu itu akan dimakbulkan. Saya suka berfikir sebenarnya. Bila berlaku sesuatu pada saya,sama ada benda itu menggembirakan mahupun menyedihkan,saya akan muhasabah,fikir dan perhatikan apakah hikmah yang Allah sediakan untuk saya. Alhamdulillah.. Allah Maha Pemurah. Di bukakan pintu hati,mata dan akal saya sehingga saya nampak hikmah itu. Dan setiap janji Allah itu memang benar.

Banyak kali berlaku dalam exam..saya xdapat jawab soklan tu. Ingat lagi exam masa 2nd yer. Terkejut jugak saya lulus sume paper walaupun esei saya tinggal camtu je. Paper CNS. Dan untuk shortcase ari tu.. walaupun saya kurang sihat,saya redha. Samada boleh jawab atau tidak. Kawan2 sibuk duk bincang2 sementara menunggu no giliran,tapi saya..diam membisu..


 

Ya Allah..berilah apa yang terbaik untuk ku,agamaku, dunia dan akhiratku..

Dan sesungguhnya,daku amat menyanyangi seorang insan yang bernama MA dalam hidupku.

Rahmatilah ma & abah, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi ku sejak dari kecil. Ampuni dosa2 mereka ya Allah..


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 21, 2010

XTAW TAJUK APE

Bismillahirrahmanirrahim..

3hari berturut-turut yang betul2 menguji diri ku. Terasa lelah yang tidak terkata. Hanya sisa kesabaran yang memberi daku kekuatan. Iman di dada yang memandu arah. Berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini,tahun ini terasa lebih bermakna berbanding tahun2 lepas. Betul2 mengajar daku erti kesabaran, kekuatan. Inilah yang daku amat perlukan pada usia ini.

Kenapa rasa bersalah terlalu menjerat diri ku?? Kenapa semua silap, diri sendiri yang mesti daku salahkan? Kenapa daku xtujukan kepada orang lain? Kenapa aku salahkan diriku?? Kenapa perasaan sebegini harus wujud dalam diriku? Kenapa ???

Maafkan andai selama daku hidup ini,diri ini terlalu menyusahkan mu. Maafkan daku kerna terpaksa mencuri tenaga,masa mu wahai sahabat. Dan terima kasih atas segala pengorbanan mu. Sungguh tidak enak rasa di hati bila menyusahkan kamu2. Maafkan diri ku..

Ya Tuhan kami,limpahkanlah atas kami kesabaran dan tetapkanlah pendirian kami dan bantulah kami ke atas golongan yang kafir.

Ya Allah,kurniakan daku kesabaran,ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian2 Mu. Janganlan Engkau bebankan daku dengan beban yang tidak terdaya daku memikulnya.

Amin..


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 19, 2010

MAAFKAN DAKU

Dari Anas r.a , Nabi Muhammad s.a.w bersabda, 'Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sebelum aku lebih dicintainya daripada anaknya,orang tuanya,dan manusia seluruhnya.' (HR. Bukhari,Muslim)


èsaya mintak maaf banyak2 sangat2 bagi info salah..ada kt salah satu post saya tapi lupa tajuk yang mna..

èmohon teguran andai diri ini tersilap..


diRikU haNya uNtuK Mu..

August 15, 2010

PESTA TANGLUNG SEEMPENA RAMADHAN

BEBERAPA minggu sebelum Ramadan, warga Mesir sudah mula menghias rumah, kedai, masjid serta bangunan dengan pelbagai jenis hiasan. Kertas pelbagai warna digunting dengan bentuk yang comel, diikat tali dan digantung menghiasi bangunan serta jalanan. Pelajar Malaysia di Mesir tidak melepaskan peluang menghias kediaman dengan poster, tanglung kertas bermacam ukuran, bentuk, warna yang dihiasi ayat al-Quran serta hadis menceritakan kemuliaan Ramadan dan kelebihan berpuasa. Kehadiran lampu kelip-kelip dan fanous iaitu tanglung berisi lampu pelbagai saiz, corak dan warna menghiasi bangunan serta tepi jalan menambah kemeriahan menghidupkan lagi suasana malam sepanjang Ramadan. Lebih menyeronokkan, melihat kanak-kanak riang bermain sambil membawa fanous kecil di tangan.

Subuh di Mesir pada Ramadan ini seawal jam 3.46 pagi dan menjadi budaya di sini, musaharti iaitu orang yang bertugas mengejutkan warga setempat untuk bangun sahur akan memecah keheningan pagi sama ada dengan memukul gendang atau laungan suara yang kuat. Dua manisan istimewa, Kunafah dan Qathaif disediakan ketika Ramadan.Kunafah daripada tepung, dibentuk panjang dan halus seperti mihun. Qathaif berbentuk bulat dan leper seperti lempeng kecil, lazimnya dimakan dengan madu atau jem coklat. Lebih dikenali dengan nama dorayaki bagi pelajar di sini. Manisan ini mudah dibawa sebagai bekal bersahur ketika iktikaf di masjid. Lagi satu budaya masyarakat Mesir yang mengagumkan ialah tidak kira di mana saja, dalam kereta api, teksi, bas atau di kedai, semua khusyuk membaca al-Quran yang menjadi pendamping setia siang dan malam. Ramadan bulan paling seronok bagi pelajar yang ingin menyimpan duit kerana warga Mesir bersungguh-sungguh menyahut seruan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun." (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Boleh dikatakan hampir semua masjid dan sesetengah tempat makan menyediakan juadah berbuka puasa percuma yang dinamakan Maidah ar-Rahman. Juadah seperti kurma, nasi dan lauk sama ada ayam atau daging disediakan percuma. Begitu juga kurma diagihkan kepada sesiapa saja menjelang azan maghrib.

Jumlah masjid yang banyak di sini menarik minat pelajar berkonvoi setiap malam dari satu masjid ke satu masjid untuk mencuba suasana tarawih di masjid berbeza. Yang pastinya, solat terawih menggamit kami kerana bacaan ayat al-Quran yang lunak oleh imam bertugas dengan bacaan qiraat dari imam 10. Sudah menjadi kebiasaan bagi warga Mesir beriktikaf dan qiamullail di masjid. Bagi pelajar Malaysia, kami akan tidur dulu di rumah dan bergerak ke masjid agak lewat, ada kalanya menunggu dari solat tarawih untuk terus beriktikaf di masjid. Qiamullail dimulakan seawal jam 3 pagi. Kemudian kami akan bersahur di masjid, seterusnya solat subuh berjemaah sebelum pulang ke rumah dan memulakan kegiatan harian seperti biasa.

Penghujung 10 malam terakhir Ramadan adalah pemandangan yang susah untuk dilihat di Malaysia, tetapi ia biasa di Mesir iaitu masjid dipenuhi jemaah menunaikan terawih dan beriktikaf kerana takut tidak berpeluang bertemu Ramadan akan datang. Teringat tahun pertama pengajian di sini, kami bertarawih di Masjid Amru al-Asr pada malam 27 Ramadan berimamkan Syeikh Jibreel. Kami bergerak ke masjid itu seawal jam 3 petang tetapi barisan jemaah ketika itu sudah melimpah sehingga memenuhi jalan raya. Hidupnya suasana Ramadan di sini merantai hati pelajar Malaysia untuk bercuti dan memanfaatkan Ramadan di bumi kinanah ini. Pemandu teksi yang sering tawar-menawar harga, kini sanggup memberkhidmat secara percuma. Begitulah unik dan istimewanya Ramadan di bumi Mesir ini. Mungkinkah satu hari nanti, suasana sama dapat dirasai di bumi Malaysia tercinta.

 neh article yg sy amik from ane ntah..lupa daaaaaaaaa~....saje nk gtau kamoo2 sume yg ramadhan kat sini ag meriah mcm raya kat mesia tau..huhuhu..sebak di dada usah cite la..ramadhan kat sini mcm raya kat mesia n raya kat mesia mcm ramadhan kat sini.

~SUBHANALLAH..ini saya copy je..bilalah suasana sebegini akan berlaku di m'sia..rasa cam nak terbang pegi mesir je..


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 13, 2010

SEJADAH MU SEJADAH KU

Sejadah mu sejadah ku

Hidup mu hidup ku

Dosa mu dosa ku

Kubur mu kubur ku

Sumenya nak sendiri2. Pepatah melayu 'jgn jaga tepi kain orang'. Xberapa betul sebenarnya. Tapi perlu jgk jaga kain orang ni. Ada la batas2 yang perlu di jaga. Asalkn kain sendiri pun terjaga bersih

Eh apa yang saya nak sampaikan sebenarnya ni??

Ni haa..tolong la rapat2kan saf.ini tidak…klau sejadah dia besar tikar terbang,besar tu la jajahan takluk dia. Saf yang boleh muat ramai,jadi cikit. Ish geram menengoknya. Nak tegur kang depa kata xpadan ngan kecik.pandai nak ajar orang tua2 pulak! Emm..nk buat cne..

RAPATKAN SAF.BETULKAN SAF!

èKenapa ya??

CASE 1

Aku : a-z..sume salah

Dia:a-z..sume betul.

Emm hai la badan hai la nyawa..

CASE 2

Cne nak nasihatkan orang yang kita sayang pasal kencing manis,darah tinggi,rokok ni..buntu saya. terkelu terkedu terkaku. Apa guna saya belajar medic klau family sendiri saya xbleh jaga?? Diri sendri pun saya xjaga sebenarnya.huk3..diri sendiri saya xkisah. Tapi orang yang saya sayang lebih saya risaukan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w y bermaksud..tidak sempurna iman seorang mukmin sehingga dia mencintai orang lain lebih dari diri sendiri. Ikutilah ajaran nabi. Pasti kamu tidak akan sesat selamanya bila kamu berpegang teguh padanya: al-quran + sunnah nabi.


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 12, 2010

\(^_^)/

bismillahirrahmanirrahim..
tido je humaira ni ye




cenyummm..


Hati saya bahagia sangat pose ni. Rasa hepi sangat menyambut ramadhan kali ni. Hati berkobar2. Alhamdulillah.. dapat terawih di kg.teringat zaman kecik2 dulu. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri ku. Dan diri kamu.


~bahagia dapat sediakan hidangan bersahur utk family. Tapi s0dih…saya masih belum ber qualified kerna xdpt penuhi citarasa abah..

diRikU haNya uNtuK Mu..


August 11, 2010

SELALU DI HATI

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang saya bercuti.yahuuuu tapi seminggu je.huk2..bersyukurlah Aishah. Alhamdulillah. Walaupun 1mggu je,saya nak hayati dengan puas hati(bersama spupu saya ,hayati.kua3..). Esok da nak puasa. Xsabar nak gi terawih,bazar..nak gi hospital jugak. Nak tengok operation yang pakcik saya lakukan.yeeeaaaaa hepinya!! dah lama saya teringin nak gi hospital ikut dia.dari kecik agi. Oh rupa2nya saya bercita2 nk jdi doktor dari kecik lagi ye. Cita2 yang xpernah padam.alhamdulillah berjaya jugak belajar medicine. Doakan saya dapat grad pada 2013 nanti.amin.. Walaupun masa sekolah dulu banyak gak cite2 lain,tpi doktor ni selalu di hati.

Bila tengok gerak khas(peminat setia ni dulu2 haha),saya nak jadi polis. Siap main tembak2 lagi.tapi yang anehnya… saya main ngan kawan karib saya (lama xguna karib.ni ayat msa skull rendah.) selepas UPSR di sekolah. Sebab xtaw nak main apa. Heronya adalah pemadam. Ya. Pemadam. Pemadam ini polis. Dalam satu aksi kejar mengejar tembak menembak ni, tiba2 polis ditembak di bahu. Boleh bayangkan x?cuba2.best cte ni.hehe ok. Nak taw peluru dia apa?? Carbon lead, ubat pencil mechanical tu haa.pastu polis dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. Penuh darah di bahu polis. Darahnya mestilah warna merah. Guna pen merah. Pastu doktornya kami lah. Tapi saya yang banyak melakukan pembedahan untuk mengeluarkan peluru.alat2 op terdiri daripada: gunting,pembaris,eh apalagi..lupa.tu je kot. Menggunakan kepakaran yang saya ada,lalu di belah sedikit pada bahagian bahu itu. Saya korek2 pemadam itu sehingga saya nampak pelurunya. tapi xboleh korek banyak sangat.kesian patient.ada skill yang tersendiri.saya mesti meminimakan proses pengorekan itu.Kawan saya tolong color kan kononnya darah banyak mengalir.Saya akan pastikan peluru itu tidak patah.jika patah,maknaya xdapt dikuarkan lah. matilah patient tu.mencabar jugak ye. xcaye cubalah main.sorang2 pun xpe lau malu.huuu .saya juga xboleh sentuh pemadam tu dgn tangan saya. Kena guna gunting@pensel satu lagi. Saya tarik menggunakan gunting. Selesai mengeluarkan peluru, saya akan sumbat balik habuk2 pemadam yang saya korek keluar tadi. habuk tu pun mesti yang halus2.xnak terus potong besar2.xmencabar lak.Pastu saya tekan2 kuat2 bagi terlekat balik jangan bagi tercabut. Kerja menyumbat itu mestilah cermat.supaya surfacenya rata sama seperti sebelum di korek.Then..finish! kanak2 ribena sunguh saya ni.kalau peluru xberjaya dikuarkan,lau saya xpuas hati,saya akan main tembak2 balik.stat skli lagi.bezzz sgt time tu..Tapi yang anehnya…walaupun saya jadi polis..saya jugak jadi doktor.surgeon agi tu!! Betapa minatnya saya untuk menjadi doktor.

Pastu, belajar akaun masa F3,nk jadi akauntan. Tengok cikgu2 praktikal skull rendah dulu,tiba2 nak jdi cikgu sebabnya, masa nk abih praktikal tu dpat hadiah banyak. Saya nak jadi cikgu praktikal selam2nya masa tu.tukar2skull,pastu dpt hadiah banyak.Hari guru dapat hadiah lagi.bez la cikgu.kerja lain mana dapat. Materialistik sungguh! Walaupun hari lahir saya pada hari guru,nasib baik saya xjadi guru.lau x hancur anak bangsa.knpa??sebab saya xreti mengajar. Sebenarnya cikgu la yang sangat penting. Sebab tu kerja guru y paling mulia. Tapi..entah la..masa isi upu satu pun xtersenarai 'kursus pendidikan'.biarlah..bagi peluang pada yang lebih layak.

Bila diingat balik,masa F2 la hati saya kuat mengatakan saya nak jadi doktor. Sebabnya…masa tu akak saya baru je posting jadi cikgu.dia ajar sains. So,masa cuti saya mintak dia ajar saya. Saya ingat lagi dia ajar sistem peredaran darah(barulah saya reti lukis jntung),.pencernaan(siap lukis GI tract tanpa angkat pen dri mulut smpai anal. Sape reti??),sistem pernafasan.. lepas tu baru saya taw,sedar yang sistem dalam badan kite bersangkut-paut rupanya.xterputus dari hujung rambut sampai hujung kaki. Indahnya ciptaan Allah. Dan bermula dari situ jugaklah saya amat meminati BIO!! Terima kasih cikgu nor haida. Hehe

Dan esok..insya Allah..jika tiada halangan aral melintang.sama ada HUSM or Hospital Pakar Perdana. Dulu,setiap kali lalu depan HUSM, hatiku berkata 'bilalah aku akan berada di sini.bukan sebagai pesakit tetapi sebagai doktor'. Kenapa saya sangat cintakan DOKTOR ye??? Mungkin inspirasi dari pakcik saya. Saya rapat jugak ngan dia. Masa kecik2,saya lah yang disuruh mencabut ubannya.padahal xde la banyak pun. Tapi xpe.dapat upah. 1 uban 10sen.hehe kaya jap. Sejak masuk medic ni,pakcik saya panggil saya 'DR AISHAH'. Heee suka..=p.

Nama saya pun sebenarnya dia yang berikan. Ma saya nak bagi nama nor farahin. Jauhnya beza ngn nama saya sekarang. Hehe cam menarik je nama farahin bagi saya. Yang berjaya. Ingat kat farah kecik.farahhhh misss u! Kalau x kita jadi kembar. Tapi nama saya pun saya sayang. Mestilah. Nor aishah. Cahaya hidup bahagia. Sama cam nama Siti Aisyah r.a. ummul mukmin. Kenapa xde humaira' kt belakang?? saya nak humaira kt belakang..Akak saya pernah bagi gelaran humaira untuk saya.Saya berimpian untuk menjadi seperti Siti Aisyah r.a dari segala aspek. Jadi anak,wanita,sahabat,isteri,ibu,pemimpin seperti beliau. Tapi..lihatlah diriku ini.penuh dosa.Ya Allah…Astaghfirullah. Cakap sal hidup bahagia ni..teringat kat makcik kt ward 2.hehe menakutkan jugak makcik tu. Cam boleh tilik lak. Dia ckp sal long case,short case saya.tapi xnk cte la. Tak baik.BERDOSA percaya benda cam tu. Pastu dia nk tengok tangan saya.dia pegang. Dia pun kata 'bahagia hidup kamu!'. Hehe bez gak clinical ni. Macam2 orang saya jumpe. kitorang panggil 'mkcik tilik nasib'.

Selepas saya jumpe sorang pesakit ni..barulah saya sedar..memang jiwa saya sukakan kerja sebegini. Profesion ini sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah membantu orang yang memerlukan. Sape kate gaji doctor mahal?? Xcukup mahal sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan beban kerja. Baru saya sedar bahawa saya sukakan kerja social. Kerja2 cam sukarelawan. insyaAllah.

*Humaira ..telah dianugerahkan kepada anak buah ku yang ke-7. Nur humaira husna yang dilahirkan pada 24/7/2010 3:30 ptg. Sesuai dengan namanya..memang dia kemerah-merahan. Si kecil ini sangat bagus.kurang nangis.senyap je.tido je banyak.hehe..sayu hati ini menatap wajahnya saat dia terlena di ribaanku ketika ayat suci Ar-Rahman dibacakan ditelinganya. Semoga humaira menjadi anak yang solehah. Amin..

*kata akak ku..kelopak matanya sama cam saya.hehe suka2! Saya sangat suka kalau anak2 buah saya serupa dgn saya. Dan saya suka manjakan budak2 tu sume. Rindu kamu-kamu!

*1 lagi benda saya suka..org cakap saya muda! Mesti orang ingat saya budak sekolah lagi.pergi la mana2 pun. dan yang pastinya saya akan tersenyum lebar beberapa hari lamanya.

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 10, 2010

POSO OH POSO

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramdhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman.


 


 

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 9, 2010

AMIN..




diRikU haNya uNtuK Mu..

UNTUK MU HAWA

"Awas kaki mu itu. Aurat !"


"labuhkan jilbab mu sehingga menutupi dada mu!"


Wahai Hawa..pernahkah kamu terfikir bahawa kakimu itu aurat? Jika ya,kenapa tidak kamu tutupinya dengan sempurna? Jika tidak,ingin daku khabarkan suruhan Pencipta mu,Pencipta ku,Pencipta seluruh alam. Daku terfikir,kenapakah ramai yang memakai tudung tetapi kakinya dibiarkan begitu sahaja. Menjadi ratapan umum. Sebagaimana yang kamu tahu rambutmu itu aurat,wajib ditutup,begitulah juga hak yang dituntut ke atas kaki mu.pakailah sarung kaki@stokin. Jika kamu tidak rela rambutmu yang lawa itu ditatap oleh lelaki yang halal kamu nikahi,fikirkan juga nasib kakimu yang putih melepak itu.


Wahai Hawa..labuhkan jilbab mu,labuhkan tudung mu menutupi dadamu mu. Untuk apa dikau angkat tudung sehingga menunjukkan bentuk badan mu? Apa tujuan mu,Hawa? Khabarkan pada ku agar daku mengerti. Adakah dikau bertujuan menggoda lelaki2 agar tertarik pada mu? Adakah kerna dikau bangga akan mahkota mu itu lalu dikau sudi menjadikannya bahan pameran,ratapan umum seluruh dunia???yang mana satu jawapan mu Hawa? Khabarkan pada ku!


Wahai Hawa..Nabi pernah bersabda yang mafhumnya menyebut tentang dua golongan yang mendapat laknat dari Allah, tidak akan berjaya memasuki syurga malah tidak berhak langsung mencium bau syurga iaitu golongan pemimpin yang zalim dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(kasiatin `ariatin). Daku ingin bertanya pada mu,adakah kamu sedar bahawa baju lawa yang dikau pakai itu terlalu nipis? Nampak segala yang tidak patut nampak! Sedar @ buat xsedar? Tidak malukah dikau? Banggakah dikau? Tidak takutkah dikau? Tidakkah dikau sedar bahawa dikau sedang telanjang?? Maaf ,tetapi ini bukan kata2ku,ini hadith Nabi. Fikir2kanlah Hawa yang daku sayangi. Insaflah!




*Ke mana hilangnya sifat malu mu Hawa? Gapailah kembali sebelum KIAMAT menjelma!!


*BERTINDAKLAH SEBELUM DIRIMU DIJEMPUT ILAHI.


*Bittaufiq wal hidayah..amin..


diRikU haNya uNtuK Mu..

August 8, 2010

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan buat semua tetamu yang sudi melawat blog saya. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri kite.semoga amalan dapat di lipatgandakan. Semoga kita dilimpahkan kurniaNya.semoga Ramadhan yang akan kite lalui selama sebulan ini cukup untuk mendidik kita,mengajar kita,dan yang paling penting,hikmah Ramadhan,iaitu untuk menjadikan kita HAMBANYA yang BERTAQWA dengan sebenar-benar TAQWA. Diri ini bukanlah seorang yang layak untuk berbicara. Tapi cukuplah sekadar pesanan yang ringkas2 untuk kalian. Penuhilah Ramadhan dengan Qiamullail. Solat terawih harap2 dapat penuh. Janganlah kite bermalas2an kerna kite tidak tahu sama ada ini adalah Ramadhan yang terakhir. Marilah kite bersama2 mengejar malam LAILATULQADR.

*jom kita berusaha khatamkan QURAN 30JUZUK dalam bulan ini.

*p/s: janganlah kalian menghabiskan masa melawat blog ini andai kalian belum-solat,baca Quran,belajar. Kerna saya juga mempunyai saham ke atas anda. Jangan kelian melewatkan solat dengan membaca tulisan ini kerna saya tidak punye jawapan untuk KEKASIH ABADI saya kelak.

*semoga tuan punye tangan ini melaksanakan apa yang di catatkan di sini. Firman Allah, "wahai orang beriman, janganlah kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan. Sangat besar kemurkaan Allah terhadap orang yang berkata tapi tidak melakukan." As-soff:2-3.

*cakap xserupa bikin.kemurkaan Allah di atas kamu.

Maafkan segala salah silap saya.halalkan makan minum saya.

diRikU haNya uNtuK Mu..

BAGI BALIK



Sedih.. saya nak laptop cumil saya.


Hilang…huk3.. :(


Tapi bukan saya yang menghilangkannya.


Orang lain. aaaaaaa


Ganti balikkkk..


Sebijik cmtu jugak!


Xkiraaa!!!


Tapi konpem2 xkan dapat yang tu


Dah la abang saya yang hadiahkan


Bukan beli kt Malaysia.


Uwaaaaaa


Cne ni.. sedih..


nk marah pun ada.


kesian pun ada


Patutlah lama saya tunggu baiki xciap2


Lebih kurang 1tahun da tunggu


Rupa2nya da hilangègeram!!


Apa yang saya perlu buat??


Tolong saya.


Saya kesian jugak kt dia


sebab bisnes dia baru nak stat.


Xtaw dah berkembang ke tidak.


Tapi sape nak kesian kat saya.


Saya sayang laptop tu


Kalau saya yang beli sendiri xpe jugak


Tapi ini abang saya yang kasi


Walaupun xblh baiki biarlah.


bagi la yang rosak pun.


Saya nak simpan buat kenangan.


Tapi benda ini xkan berlaku.


Sampai kiamat pun.


Sob3..nak laptop tu.


Tolong la paham jiwa saya.


Nak jugak nak jugak nak jugak!!!!!


*Xsuka orang hilang/rosakkan/ xjaga/xhormat barang saya.


*X SUKA!!!!


\(^_^)/


diRikU haNya uNtuK Mu..

August 7, 2010

SEDARLAH


Adakah saya tension?


Adakah saya stress?


Adakah saya tertekan?


Adakah saya depress?


Rasa2 nya xde pn.say a xde masalah berat pn(kecuali ngan ofis ktdi ja).


Masalah keluarga xde,kewangan xde,kawan2 xde,akademik pn xlah sangat.


So ape yang saya duk tension?


pelik bin ajaib cucu hairan lagi tu.


Stress short case ke?xde pn.


So??


Ntah la.xyah piki la.


yang xtension tiba2 jadi tension.huh

bia la dia.

Dah tu knpa jadi macam tu ey?


Eh2 pening2.


Dah2 jangan tensen ok.


Kawan cakap,dia rasa saya tension


???????


Macam mana dia boleh rasa saya tension sedangkan saya xrasa tension?


Adehhh parah2..


Ke saya yang xsedar diri sedang tension.


Boleh ke cmtu?


Maybe badan saya stress ngan saya kot. Tapi saya xstress ngn badan saya.


Hehe..cumil ja


Saya xjaga pemakanan kot.banyak sangat benda mengarut masuk lam perut ni.


Masa makan pun xjaga sedangkan setiap hari saya perlukan tenaga yang banyak untuk ber'shopping' dalam 6buah ward tu.hihihi


Btul kot naa..emmm


diRikU haNya uNtuK Mu..

Sukasuki \(^0^)/

Yes! Da abih da.ari yang ku tunggu2. Lepas jgk akhir nya.tpi xtaw la cne resultnya. Xkisahlah.yang penting da lepas. Skangm ni..saya nak kepala saya bali ke keadaan normal. Tu je harapan saya.seksa sakit kepala ni taw dok.huhu..ujian2.

tapi sedih gk minggu ni. Satu sebab pemergian dia, n satu agi makcik(merangkap mak angkat) da pindah ke hospital penang. Tadi pergi wad Onco, dia da xde. Xsempat nak mengiringi kebarangkatannya itu.ayat apa nih..lantaklah. xle piki ayat da skang ni.tapi nak jugak post something.1minggu da xpost pape.

Syukur sangat2 short case tadi.betui salah xkira.asal saya puas ati.tu ja.k la nak tido lah.rehatkan kepala ku ini.

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 1, 2010

THINK & MAKE UR MOVE

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan



Copyrightpastefrom..??..

Tapi betul la tu kan.. =p

untuk mendapatkan sesuatu yang baik,anda perlu menjadi baik terlebih dahulu.

untuk mendapatkan suami yang soleh,anda perlu menjadi solehah terlebih dahulu.

untuk mendapatkan suami yang hafaz Quran, anda perlu menjadi hafizah terlebih dahulu.

then, barulah anda boleh buat pilihan yang anda suka.

ingat tu kaum hawa.

eh2 jap..kenapa buat post sal benda ni ek??alamak!!

\(^0^)/

~GUD LUCK~


diRikU haNya uNtuK Mu..