Tuhanku ampunkanlah segala dosaku maafkanlah kejahilan hambaMu Ku sering melanggar laranganMu Dalam sedar ataupun tidak Ku sering meninggalkan suruhanMu Walau sedar aku milikMu Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar Pagi kuingat petang kualpa Begitulah silih berganti Yang mendamba CintaMu Aku lemah aku jahil Tanpa pimpinan dariMu Kau pengasih Kau penyayang Kepada hamba-hambaMu Selangkah ku kepadaMu Seribu langkah Kau padaku Ku sering berjanji di hadapanMu Ku sering jua memungkiri Ku pernah menangis keranaMu Kemudian ketawa semula Ku takut kepadaMu Ku mengharap jua padaMu Moga ku akan selamat dunia akhirat Seperti rasul dan sahabat *********** Amin: assalamualaikum wbt. Wani: wsalam… Amin: apa khabar? sihat? iman baik? Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak? Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week... Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit... Wani: wah, rajinnya... baguslah! Amin: hurm... Amin: study macam mana? Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack. Amin: oic... Amin: takpe, study rajin2 ye.. Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… Amin: hurm… Wani: apa dia? tanya la… sila2.. Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang? Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan? so, statusnya kawan je la… Amin: hurm… Wani: erh, tak betul ke? Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. Wani: jadi… Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah… Amin: sbb……sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru… benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku… walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…huh…saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…kononya Islamik…saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..hurm…..jadi, saya rasa kita harus berpisah…demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… andai ada jodoh, moga dipertemukan… Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga. wassalam. ************** alang2 bercinta, cintalah hingga ke syurga, jangan tersungkur di neraka dunia, jangan terhumban di neraka akhirat. Apa pengajarannya?? tepuk dada tanya iman.. diRikU haNya uNtuK Mu..
Tuhanku
Oh Tuhanku kau pimpinlah diri ini
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
March 18, 2010
ciNta??
Posted by sHaziaN at 22:44
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment