Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
p/s:
macam mana kita nak praktikkan dalam kehidupan kita sebagai pelajar??
Salah satu caranya..nak keluar rumah tu..
- pakai kasut kaki kanan mula2.(lau xsilap ada hadis Nabi, biarlah kaki kanan yang pakai kasut dulu,dan kaki kanan juga yang akhir sekali memakainya.maknanya pakai kanan dulu, bukak kaki kiri dulu)
- start langkah dengan BISMILLAH.
- Baca doa sebelum belajar.
- Ya Allah..jadikanlah setiap langkah ku pada hari ini adalah ibadat kepadaMu. Permudahkan segala urusan ku pada hari ini.Redhakanlah daku.
- Malam sebelum tido, baca doa sesudah belajar,doa tido,dan mengucap dua kalimah syahadah.
Semoga perkara yang simple macam ni pada pandangan kita, akan diterima sebagai ibadat jika dimulakan dan disudahi kerana Allah. Sesungguhnya, setiap amalan kita akan ditimbang oleh Allah,walau seberat biji sawi sekalipun.
Amin. Semoga dipermudahkan segala urusan di ward. Esp. urusan mencucuk,ambil darah pesakit.

diRiku haNya uNtuK Mu..
0 comments:
Post a Comment