Bismillah..
Bacaan tahiyat akhir solat dua rakaat itu, tidak sempat aku habiskan hingga akhir ayat. Cukup sekadar yang wajib tatkala deringan handphope menarik perhatian ku. Selalunya aku akan biarkan deringan itu berhenti dengan sendirinya,namun tidak pada hari ini. Entah kenapa aku ingin segera menjawab panggilan itu. Nama yang tertera di skrin membuatkan aku sedikit takut. Ye..aku takut.sempat aku berfikir kemungkinan-kemungkinan yang ada. Baik @buruk.itu je. Dalam hati aku berharap agar madam,not mister yang kol. Tapi..suara lelaki yang terlebih dahulu menyapa cuping telinga ini.
"Assalamualaikum..ini aishah,student ukm kn?"
"Ye saya. Kenapa ye?" dalam kepala aku,makcik rindu nak cakap dengan aku ke?lantas disuruh suami menelefon ku?harapnya la…
T_____________T
"ni nak bagitaw..makcik da xde."
?????????
"oh…ermm.."senyap…
satu saat..dua..tiga..empat..lima.
"aishah!!aishah!"
"Ye ye..err bila?" aku da xtahu nak cakap apa.hilang kata2.
"minggu lepas.khamis malam jumaat(7jan2011),12:05am kt HPP. Pakcik mintak maaf lupe nak bagitaw. Tadi pegi amik record kt hospital baru teringat."
"oo..xpe2..terima kasih." Perlukah aku ucap takziah? Risau aku akan membuatkannya sedih, lagipun,aku memang xboleh nak ucap perkataan tu saat ini.
________________________________
Beberapa hari selepas mesej & panggilan ku tidak berjawab tempoh hari, aku menerima satu mesej dari pakcik(1jan2011,10:53am). Katanya arwah sakit kuning.da xlarat nak bergerak.mesej ni masih lagi ku simpan.
Dan hari ini(14jan2011,6:48pm)..aku menerima panggilan berita pemergiannya.
Baru je beberapa hari ini aku berangan2 untuk pergi melawat arwah di perak@ penang suatu hari nanti. Namun Allah Maha Mengetahui. Jodoh kami hanya di sini.
Semoga Allah mengampuni segala dosa2nya. Semoga dilapangkan & diterangkan kubur,dijauhkan segala siksaannya.rahmatilah dia ya Allah.amin..
Semoga pakcik & anak2 terus diberi kekuatan.
Al-fatihah…
*sangat rindu untuk mendengar suaranya yang ceria bila bersembang. Terngiang-ngiang di telinga ku perbualan kami 2bulan lepas. Ceria dan gembira bila menceritakan perkembangan positifnya.
*semoga KENANGAN INI menjadikan aku insan yang tabah dan semakin tabah dalam menempuhi realiti kehidupan. Sememangnya kita akan berdepan dengan lebih banyak lagi kehilangan,perpisahan dan KEMATIAN.
*menangis itu boleh.namun biarlah seadanya. Sekadar mencuci mata??
January 15, 2011
KENANGAN INI..
Posted by sHaziaN at 00:54
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment