April 2, 2012

c.e.r.i.t.e.r.a 1

bismillah...

scene I:
cikgu mengumumkan nama2 pelajar yang perlu menghadiri program Titian Kasih pada perhimpunan pagi itu.alhamdulillah..gembira kerana aku x termasuk dalam senarai itu. itu program tradisi sekolah. perjumpaan tiga mata antara pelajar,ibubapa dan cikgu. khusus untuk mereka yang mendapat bawah 4A pada ujian bulanan. nyaris-nyaris,aku dapat 4A!

scene II:
5 ibn khaldun ketika itu tiada guru yang mengajar. tiba2 seorang guru melangkah masuk. membawa berita yang x enak di dengar. aku and the geng masuk ke dalam tandas. melepaskan rasa ter'haru', sedih dan yang paling besar adalah perasaan bersalah. mencari dan menyusun ayat yang paling bagus,paling cantik sebelum membuat panggilan ke rumah. cikgu cakap,4A pun kena datang jugak! gulpp!

scene III:
ma datang. seorang demi seorang cikgu2 yang mengajar aku, kami singgah dimejanya. ma bertanyakan tentang aku dengan semua cikgu. malunya!! tapi best!sume nya positif! xde pun yang kutuk aku.
majoritinya cakap 'ada potensi ni.'

kimia, cikgu jainun, 'aishah bagus. dalam kelas selalu duduk depan. suka bertanya soalan.'
(padahal sebab kelas senyap sangat,dan mengantuk..so aku menyampuk!)

biologi,cikgu norihal, guru yang aku paling sayang sebab ni subjek yang paling aku chenta!
'cikgu nak aishah janji dengan cikgu boleh??'haaahh aku sangat3 lah paling tak suka berjanji.bukan apa, takut sangat x tertunai.
'janji apa cikgu?'
'janji dapat A1 biologi.' huuuuhhhh berat sungguh. aku geleng. beberapa kali cikgu ulang ayat yang sama, dan aku terus-terusan menggeleng kepala. rasa macam nak bangun dan lari saja dari situ.sesak rasanya. akhirnya, ma yang hanya diam,bersuara. 'jawablah cikgu tanya tu.'dan aku pun xtaw nak kena jaga hati siapa..ma,cikgu atau aku?
akhirnya, aku mengangguk jua.
beratnya janji tu..dua tahun belajar bio, xpernah-pernah walau sekali aku dapat A! apatah lagi A1. yang paling tinngi adalah B3.tu pun sekali je.gembira kemain. bayangkan...betapa susahnya aku nak tunaikan janji tu. heran jugak...aku minat bio bagai nak rak, baca pun lebih dari subjek lain...tapi markah still rendah.

scene III:
minggu berikutnya,aku tiba2 bertukar rajin. memikirkan janji yang telah dibuat,aku terpaksa berusaha.walaupun sudah hampir pertengahan tahun. buku koleksi soalan spm aku habiskan. hingga  aku dapat detect satu soalan dimana jawapan yang disediakan salah. xpernah2 aku pergi cari cikgu di bilik guru,untuk bertanyakan soalan.hehe...kebetulan cikgu ni pun warden asrama. aku mengajak seorang kawan pergi jumpa cikgu,minta ajarkan tentang proses pendebungaan. terus faham! dahsyat penangan janji ni!

scene IV:
hari yang mendebarkan untuk sume.pelajar,cikgu dan mak ayah. tapi bukan aku. aku x berperasaan. hanya ada  perasaan yang neutral. result spm 2006. bilik mesyuarat. cikgu menyerahkan slip result. semestinya bukan straight A, nombor yang macam-macam ada, jadi aku terpaksa mengira berapa huruf A. ish xpercaya. xpe lah. tengok biologi...........................................................A1!


TAK PERCAYA!!



aku pandang wajah cikgu norihal. 'cikgu, A1!!'  
dengan tenang tersenyum..'cikgu dah tengok tadi..'
disebabkan ada meja yang menghalang antara kami, terpaksa batalkan niat untuk peluk cikgu!

alhamdulillah....alhamdulillah.....alhamdulillah......

kerana cikgu...aku adalah aku yang sekarang.
kalau bukan cikgu yang memaksa aku berjanji..aku xkan dapat A1 utk subjek yang aku chenta.

setiap malam sehinggalah keputusan spm diumumkan..aku xlupa untuk solat hajat.
'ya Allah...bantulah aku untuk memenuhi janji ku.'

'barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,maka Allah akan memberikannya jalan keluar, dan Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barangsiapa yang berTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. sesungguhnya Allah melaksanakan keperluan urusanNya, sesungguhnya Allah telah mengadakan setiap sesuatu itu ketentuanNya. (al-talaq:2-3)

usaha. usaha. usaha.usaha.usaha
diiringi doa dan tawakkal.

MASIH ADA MASA...tema Titian Kasih tahun itu..pasti xkan ku lupa buat selamanya.
----->insomnia....mengelamun...panjang pulak post ni...aish! <-------
---->i'm not a smart student! <-------

0 comments: