February 20, 2011

FIQH MEDIC


Bismillah..

Saya pernah terfikir..lepas masuk u ni..macam dah xde orang nak ajar sal islam..macam dah xterfikir perkara2 yang berkait dengan islam..fiqh..sirah..tarbiyah sume..

Saya jadi rindu untuk balik semula ke zaman sekolah di SMKA Tok Bachok..di mana ada matapelajaran PSI(pendidikan syariah islamiah) dan satu lagi..lupa dh..haa PQS(pendidikan Quran dan Sunnah).saya rindu utk belajar benda2 ni.sebab dekat UKM ni..xde ..kadang2 rasa menyesal masuk UKM. Kenapa xmasuk UIA dulu..bila dengar kawan2 kat UIA ada usrah sume..wajib belajar subjek islam ni, rasa menyesal pilih UKM. Sebab UKM ketandusan ilmu2 ini!

Tambah menyesal..bila pagi tadi buat pertama kalinya saya menghadiri seminar FIQH PERUBATAN. Hasil gabungan idea 3 buah university, UKM,UPM dan USIM. Penceramah ada bagitaw student final yer kt UIA,cyberjaya wajib hafal satu doa/ayat ni. Dalam exam final akan disoal. Sedangkan dekat UKM??? Sedihnya..dan di UIA dan medic mesir sudah lama ada FIQH PERUBATAN sedangkan kitorang baru je merasmikan seminar ini pagi tadi! What's a waste! (gimik perasmian yang xkan ku lupakan!huh sakit jantung)

Lagi menyesal dan sedih..ramai kawan2 yang xsedar akan kepentingan fiqh ini. Terutama sahabat2 medic bacth saya. Boleh kira berapa orang je yang join. Sedangkan ilmu ini wajib dituntut oleh kita yang memerlukannya dalam bidang kerjaya kita nanti. Maybe publisiti yang kurang mantap.sebab ramai jugak yang xsedar ada program ini. Maybe ramai yang xtaw apa fiqh medic sebenarnya. Ramai yang anggap ini sekadar belajar solat waktu sakit,sedangkan ilmu fiqh ini terlalu luas.

Contohnya..dekat o&g..seorang ibu admitted in latent phase of labour,with PV bleeding. Admit to ward berjam2 nak tunggu APOL. Soalannya..darah yang keluar itu adakah darah nifas @ bukan??kalau bukan,mestilah wajib solat lagi kan. Tapi jarang sangat saya Nampak pesakit yang solat. Ye..memang tengah sakit, tapi tiada alasan untuk tinggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun kan. Haa disinilah tugas kita. Kita yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu fiqh ini kepada pesakit.

Dalam buku FIQH KERAHSIAAN WANITA..ulama berbeza pendapat. Mengikut mazhab Hanafi,Syafie dan ZAhiri,nifas bererti darah yang keluar selepas bersalin atas dasar kesihatan dan adat.mengikut mazhab Maliki dan Hambali pula,darah nifas adalah darah yang keluar disebabkan bersalin atas dasar kesihatan dan adat. Implikasi dari mazhab Maliki dan Hambali ialah darah yang keluar sebelum bersalin,sebelum sehari atau dua hari adalah darah nifas. Manakala implikasi dari takrif mazhab Hanafi,Syafie dan Zahiri ia adalah istihadah(darah penyakit yang wajib solat).

Inilah yang kita kena tahu..banyak lagi masalah2 yang timbul dalam bidang perubatan yang kita perlu ketahui hukumnya. Terutama masalah wanita. Wanita ini sangat istimewa kan. Saya suggest buku ini sebab memang sangat best.dan banayk input2 yang boleh diambil.

Moga untuk kuliah bersiri fiqh perubatan seterusnya yang akan dijalankan di Auditorium PPUKM,ramai sahabat2 yang akan join. Buka pendaftaran walk-in banyak2.lagipun audi tu sangat besar dan sangat rugi bila kerusi2 itu dibiarkan kosong. Sepatutnya..fakulti perubatan UKM ni kena tambah satu modul FIQH PERUBATAN sebagai subjek yang wajib diambil oleh sume student muslim kan. Haa MPP..sila sampaikan manifesto ini.huhu

*cukupkah sekadar menggenggam erat segulung ijazah kedoktoran tanpa ada input2 agama yang dapat diserap selama 5tahun disini? Betapa ruginya 5tahun ini..nanti kerja xtaw nak cari masa dimana untuk baca buku2 agama.

DOKTOR A= IJAZAH DOKTOR PERUBATAN
DOKTOR B=IJAZAH DOKTOR PERUBATAN + SIJIL FIQH PERUBATAN + ILMU AGAMA

Mana satu pilihan kita??pilih lah sendiri..

Mana nak cari ilmu2 agama kat UKM ni?? Join lah usrah,xkisahlah apapun nama usrah itu,JIM ke KARISMA ke..datanglah program2 surau..dan bacalah buku2 agama,sirah nabi dan sebagainya.bukan sekadar Forsthy,Ten teachers,Davidson..(pesanan utk diri sendiri jugak!)

masjid wilayah persekutuan labuan.cam kapal soyus!


~JOM JADI BAIK~


diRikU haNya uNtuK Mu..

0 comments: