Bismillah..
LOW PROFILE
Hari ini hari jumaat..penghulu segala hari. Dan hari ini juga saya sangat gembira. Seksaan selama 2minggu 1hari akhirnya telah berakhir. Sungguh melegakan bila foreign body itu telah dikeluarkan. Alhamdulillah. 100% clear. Tiada lagi sumbatan kali ketiga. Harapnya inilah kali terakhir sampai bila2. Dan harapnya di sinilah berakhirnya hubungan kami sebagai 'DPR'. Lama dah tunggu problem ni untuk selesai. Syukur ya Allah. Terima kasih daun keladi. Harapnya tiada lagi (DPR). Tapi insyaAllah next year mesti akan jumpa lagi dengan dia. Itu memang tak boleh nak elak.sebab dunia ini sangat kecil. Sebab kami berada di satu2nya bumi Allah.jadi memang akan jumpa..xpe.bukan itu masalahnya.
Dan peristiwa tadi juga telah merubah persepsi ku terhadapnya. PEMUDA LOW PROFILE.Memang sangat2 betul bahawa dia seorang yang sangat2 berjaya dan punya segalanya tapi tersangatlah low profile. Walaupun ada satu aspek yang ku xsuka pasal dia. Tapi..bak kata kakYder masa kat Jelajah Persiap dulu..jangan pandang satu titik hitam pada sekeping kad putih bersih. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Tapi aspek ini xboleh dibiarkan kurang sampai bila2. (xpaham kn?xpe xyah paham..)Sungguh ku xsangka..dia bukan pura2 low profile. Kagum sungguh. Xtaw nak cakap cne..Moga2 kita jugak akan jadi low profile bila kita berada di atas. Jangan sesekali lupa @ pandang rendah orang bawahan. Jangan sesekali!
Saya dapat taw satu perkara tentang PEMUDA LOW PROFILE ini…wahhhhh…xsangka..menguatkan lagi evidence yang dia memang seorang low profile! I like it. Dia jugak suka bantu orang yang 'semacam' saya ini.huhu semoga kelebihan pemuda ini dapat dimanfaatkan pada jalan yang benar.amin..
PEMURAH
Petang lepas asar..keluar dengan kawan ke Jusco Maluri. Niat hati untuk mencari sandel baru. Sandel ku yang hampir hancus mintak di beli yang baru.huhu pilih sana pilih sini..akhirnya berkenan la yang satu ni. Tapi xde JCARD so xdapatlah diskaun 15%. Banyak gak tu. RM 10 lebih. Tapi xpela..terlintas gak dalam hati nak gi buat JCARD dulu la. Tapi mesti ada syarat2 jugak nak buat JCARD. Xpela give up la 15% tu..tiba2..
"ada diskaun ke ni?" sorang auntie cina bertanya kepada staff di situ.
"ye,tapi untuk JCARD je."staff menjawab. Dia sedang menulis resitku. "ada JCARD?"
"xde."
"oo rugi la 15% banyak tuuuu.."
"guna kad auntie la!" eh2 selamber jerk aku??oppsss terrrrr...
"haa boleh2.nanti kita bayar sama." Tiba2 uncle datang..alamak malunyerrrr…
"eh xpela auntie.saya pegi bayar dulu la."
Auntie cite kat uncle.
"tunggulah bayar sekali. Banyak tu 15%. Bayar guna kad nanti kamu bayar cash kat uncle." Uncle pulak yang 'offer'. Adeh..merah muka ku..maluuuu
"time kasih banyak2 uncle,auntie.."
Huhu..begitulah..rezeki ku di hari Jumaat yang penuh barakah ini. Rezeki yang xdisangka2 dari Ilahi. Semoga Uncle dan Auntie diberi hidayah dari Allah..amin.
Jadi..saya sangat gembira hari ini..yahuuu!
*kawan saya pernah cite.ada sorang hamba Allah ni.ke mana saje dia pergi,pasti ada pakaian/kain/apa2 yang boleh disedekahkan kpd sesiapa saja dimana jua. Nak buat sedekah amal jariah xsemstinya kepada orang fakir miskin saja..insyaAllah..
*kalau saya kaya,saya nak jadi macam PEMUDA LOW PROFILE dan PEMURAH macam hamba Allah itu..insyaAllah..
diRikU haNya uNtuK Mu..
0 comments:
Post a Comment