bismillah..
Imam Syafie.."kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan 6 perkara iaitu KECERDASAN,SEMANGAT WAJA,RAJIN,TEKUN,PERBELANJAAN YANG CUKUP dan BERSAHABAT DENGAN GURU."
TAQWA ialah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
IMAN mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. oleh itu,bagi menguatkan benteng iman,keimanan perlu dibajai dengan 5 perkara: yakin,ikhlas,mengerjakan amalan sunat,istiqamah,bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
Pilihlah makanan halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut manusia. perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Akhirat di depan mata, dunia di bawah dagu.
Sabar mengahadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
--------------
Pagi itu, Ummu Habibah al-Uzdiyyah (ibu Imam Syafie) mengemaskan rumah. Dia masuk ke dalam bilik Imam Syafie dan di dapatinya bilik itu penuh dengan timbunan tulang,kulit kayu,pelepah tamar dan kertas lusuh. Dia berasa tidak senang hati melihatnya."sesungguhnya kebersihan itu sebahagian dari iman. Kenapa bilikmu bersepah dengan sampah sarap? Lebih elok kamu bersihkan bilik itu dan bakar saja semua timbunan tulang,kulit dan kertas lusuh itu."
"ini bukan sampah sarap, tetapi ilmu yang saya pelajari. Saya tuliskan pada tulang,kulit kayu, pelepah tamar dan kertas lusuh kerana tidak mampu membeli buku catatan."
"ilmu yang kamu pelajari itu sepatutnya di simpan dalam ingatan, bukannya didalam bilik tidur."
---------------
"betul ke…nak jadi doctor ni…??tengok dr L ni,semalam balik kul 12 mlm..pagi2 lagi da ada kt hospital balik.."
I wonder..how doctors esp women, manage their family..??
houseMAN or houseWIFE..
houseMAN and houseWIFE..
Apapun..perbetulkan niat kamu..refresh it every day k!
diRikU haNya uNtuK Mu..
March 18, 2011
::::::
Posted by sHaziaN at 11:31
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment