Bismillah..
Semalam..terpaksa mengikut kakak ke sekolahnya.. Tengahari pergi ke sekolah memandu.sekolah jugak kan. Lepas tu pegi SMKBTHO2 semula utk ko-ku petang.kul6 baru sampai rumah..sangat letih.
Semasa menunggu driver datang amik kat bus stand depan pagar sekolah.. tiba2 datang seorang cikgu lelaki. Cikgu disiplin. Dia panggil sepasang couple yang berada di bus stand itu. Sungguh ku tidak sedar ada pelajar di belakang. Pompuan nya pakai t-shirt skolah. Lelaki berkemeja. Bukan student di situ. Tiba2 saya pun kena marah jugak.Eeekk…
'tu..buat apa kat citu??!!'
'er..tunggu orang amik.' Gugup gak la..
'kau sekolah mana?'
'eh saya x skolah da..'heeeeeee…sukaaa..
Tapi xpasal2 saya kena marah free je..terasa cam kena marah kat cikgu disiplin skolah dulu lak.
---------------------
Sebenarnya saya suka memerhatikan orang..opssss jaga2.huu..people watching. Tapi bukan saya tengok dari segi lawa ke xlawa..putih ke gelap..kening lebat ke..muka comel ke....tu bukan saya..saya benci orang yang suka komen dari segi benda2 ni. Apa yang saya perhatikan adalah..cara pemakaian seseorang, cara bersosial..personaliti ke orang panggil? entah.. tapi laki saya xkisah sangat. Sebab diorang bukan ada batas aurat yang banyak yang kena tutup. Kaum hawa ni yang saya risau.
Sedih bila tengok kaum sejenis hari ini..tengah tunggu bas,ktm,dalam ktm..saya tengok masyarakat ari ni macam mana…kadang2 benci nak kluar sebab benci tengok fesyen yang macam2 menyakitkan mata dan hati.
Dan paling sedih..sebab saya tak dapat nak tegur.tak dapat buat pape. Xde kekuatan..xtaw cne nak tegur..tegur berhemah..lau main serang je boleh la kot..huu rasa cam menangis lam hati je..tengok remaja zaman sekarang. Saya pun bukanlah seorang yang baik..tapi betul xsanggup nak tengok sume tu..
Masa ngah tunggu bas kat ktm serdang, ada 3orang datang sebelah saya. 2P1L. mula2 saya xpandang pun.betul2 ingat bukan malay. Sebab tu buat dekk je. Sekali dengar dia cakap,..eh melayu.. sorang lagi berdiri kt depan. Lepas dengar suara baru saya angkat muka..eh malay..ISLAM.. astaghfirullah..da xboleh nak beza MUSLIM n non-muslim.
Sedih xtaw nak kata cne..nak tegur nak tegur..tapi xtertegur..dalam kepala duk piki ayat sesuai. Tapi sumenya kluar ayat yang xsesuai. Doa je dalamm hati supaya Allah bagi hidayah kat mereka bertiga. Pastu tiba2 teringat hadis ni.. Rasa bersalah dalam hati.
Dari Ali r.a,telah bersabda Rasulullah saw.'sepeninggalanku akan terjadi banyak fitnah di mana orang yang beriman tidak berkuasa mengubah dengan tangannya dan tidak pula dengan lisannya.' Aku bertanya: 'wahai Rasulullah,bagaiman yang demikian itu?' baginda menjawab: 'mereka menentang (mengubahnya) dengan hatinya.' Aku bertanya lagi: 'wahai Rasulullah,apakah yang demikian itu mengurangi iman mereka?' jawab baginda: 'tidak,kecuali seperti titisan air mengikis batu karang.'
Betul..dakwah itu susah…sangat susah..bukan hanya menggunakan mulut.bukan hanya perlu menyusun kata2 hikmah.hati itu yang paling penting. Hati perlu dilapangkan sebelum nak approach seseorang. Teringat pengalaman dakwah di KLCC new year 2011. Saya pergi approach sorang adik ni..bila tanya umur berapa, dia jawab form 2 or 3 cmtu..terus saya terdiam..kelu..xboleh nak cakap da..
Bila tengok pelajar2 SMKBTHO2 ni..sedih..ada yang free hair datang sekolah. Pastu t-shirt skolah..majoriti lengan pendek.heran saya. Boleh kira dengan jari berapa orang yang berlengan panjang.
'bukan ke sume wajib bertudung ke sekolah?' saya Tanya akak.
'ni bukan sekolah kat kg. sini orang xkesah.'
'kenapa sekolah xwajibkan?boleh je nak buat. Kawasan sekolah wajib tudung.'
'xboleh. Nanti jadi isu pulak. Ibu bapa xpuas hati.' Heran..
'dah mak sendiri xpakai tudung,xkan sekolah nak paksa.' Huh?? Begitukah reality hari ini??
Sebelum ini,mati2 saya ingat sume pelajar wajib bertudung. Ingatkan apa yang dilihat dalam TV itu hanya lakonan semata. Rupa2nya..sebaliknya. memang reality yang ditunjuk.MasyaAllah..
Bila muhasabah balik..salah siapakah ini semua terjadi???
Boleh x saya katakan salah DAI'E!!
Dai'e seperti saya! Dai'e yang xmenjalankan tugas untuk ummah! astaghfirullah..ampuni daku ya Allah..
Siapa lagi dai'e?? kamulah. kamu yang mengaku LA ILAHA ILA ALLAH..
'man qola lailaha ila Allah,fahua dai'e.' hadis ke ayat quran..lupa..
Maksud..Siapa yang mengucapkan laila ha ila Allah,maka dialah dai'e(pendakwah).
Jadi kita sume adalah pendakwah.
Tapi kita kadang2 lupa tanggungjawab yang satu ini.
Kadang2 kita tinggalkan tugas ini.
Benar..sume orang berpiki sapelah aku ni..xlayaklah aku nak tengur. Aku pun bukan baik. saya pun piki cni jugak..tapi sampai bila? Xkan nak tunggu diri perfect dulu baru boleh tegur orang? Bila tu? Kalau qiamat datang dulu? Kalau ajal datang dulu? Dan bolehkah kita jadi perfect?
Teringat ayat ni..kalau hanya orang perfect yang boleh tegur, memang xkan ada pendakwah di dunia ini. Sebabnya xde manusia yang perfect selepas Rasulullah s.a.w.
*rasa bersyukur sebab saya perempuan. sebab saya boleh tengok aurat kaum sejenis yang di free show kan di sana sini. kesian lelaki2 yang terpaksa tahan pandangan. lau tengok jugak berdosa! kebalkan iman mu wahai muslimin!
*tiba2 rasa takut utk mempunyai anak perempuan. Takut anak jadi macam apa yang saya tengok..takut saya xberjaya didik anak perempuan. nak anak laki je. tapi nanti anak laki pun akan dikelilingi perempuan2 yang seperti itu..kesian pulak anak lelaki saya..emmm..
Ya Allah..kurniakan daku suami dan zuriat yang soleh-solehah,penyejuk hatiku.
diRikU haNya untuK Mu..
0 comments:
Post a Comment