April 7, 2011

SELUSUH


bismillah..

Selusuh ialah jampi atau ubat yang memudahkan anak keluar ketika bersalin. (Kamus dewan edisi ke4)
Tujuan =meringankan penderitaan ketika melahirkan.

Pemakanan ibu hamil:

  1. Buah2an dan sayur2an-5 hidangan sehari
  2. Karbohidrat dan bijirin
  3. Protein tinggi- danging ayam ikan soya. Ikan at least 2x seminggu
  4. Kalsium tinggi-susu,yoghurt,keju
  5. Serat tinggi- sayur buah kekacang.
Penjagaan menurut islam:
Amalan fardhu diperkukuhkan disamping amalan2 berikut:
  1. Banyakkan baca quran.sekurang2nya khatam sekali sepnjang mengandung. Jika xmampu,baca surah2 tertentu eg Maryam,Yusuf,Luqman etc.
  2. Banyakkan solat sunat esp sunat hajat.
  3. Sentiasa berfikiran positif. Tidak terlalu mengikut perasaan n emosi.jangan fikir bukan2 eg anak cacat.

 
Ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin,antaranya:
  1. Minyak selusuh

    Diperbuat drpd sebiji kelapa yang dikupas sabut dan tempurungnya.
    Isinya diparut atau dimesin dan diperah santannya.
    Santan itu seelok-eloknya dimasak menggunakan sabut dan tempurung tadi.
    Minyak hendaklah diminum seminggu sebelum tarikh jangkaan dgn kadar 1sudu besar sehari.
  2. Air selusuh
    Sebaik2nya air zam-zam.
    Jika tiada,air hujan malam jumaat.
    Jika tiada,air suci dan bersih seperti air mineral boleh digunakan.
    Air ini di bacakan doa selusuh.
    Seelok2nya didahulukan dengan surah Yassin oleh 40orang atau lebih sebelum didoakan.
    Air diminum pada waktu pagi dan malam seminggu sebelum due date.
    Air juga boleh dibuat mandi. 1gelas air selusuh + 1baldi air biasa disiram sebagai bilasan terakhir setelah mandi seperti biasa.
    Biarkan ia kering ,jangan di lap.dilakukan setiap petang sebelum maghrib,sekurang2nya 3hari berturut2.

     
  3. Selusuh menggunakan kurma
    Sebaik2nya kurma rutob(separuh masak).jika tiada,guna kurma ajwa(nabi) atau jika tiada kurma biasa. Makan 5 atau 7 biji yang boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur air selusuh. Boleh juga dibuat jus dan diminum setiap pagi dan petang beberapa hari sebelum bersalin.
     
Doa selusuh:
Kombinasi doa yang dibaca pada wanita hamil dan minyak,air,kurma.
  1. Surah al-Fatihah
  2. Ayat pemecah (surah al-Hasyr:21-24)
  3. Selaawat syifa'
  4. Ayat dan doa selusuh:
    1. Surah al-insyiqaq:4-5
    2. Surah al-Nazi' :46
    3. Doa selusuh
      Laptop xde tulisan jawi.sape pandai arab tu,translate sendiri la ye. Xpun ppi beli buku darussyifa'
      Ya Allah,dengan hak Maryam,juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam,ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan ibunya) penderitaan bersalin,dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat Mengasihani dari segala yang mengasihani.

       
  5. Doa pemudah
    Tuhanku,permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana sesnungguhnya memudahkan segala sesuatu yang susah itu adalah mudah bagiMu,ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatMu wahai yang Maha Mengasihani drpd yang mengasihani.

 
Berdasarkan pengalaman pengamal, terdapat kes yang tidak sempat bersalin di hospital. Jadi,segera pergi ke hospital dan jangan bertangguh jika ada tanda2.

Doctor ada cakap..xboleh guna selusuh ni. Tapi xsure mana satu. Mungkin minyak kot. Xsempat nak Tanya doctor kenapa. Ke takut BBA(birth before arrival)?? Takut terlebih contraction dan menyebabkan perineal tear yang teruk. Boleh jadi..?
Tapi bagi pendapat saya..xsalah selusuh ni.ni ikhtiar menggunakan ayat2 Allah.

Wallahu'alam..

Sumber: buku rawatan penyakit2 jasmani,Tuan Guru Dato' Harun Din, pengasas Darussyifa'.

 
diRikU haNya uNtuK Mu..

0 comments: