bismillah..
sebaik sahaja selesai proses pendaftaran, dorm 11 ini menjadi rumah kedua pada usia ku 13 tahun..betapa x ternilai kenangan manis pahit bersama penghuni 'rumah bahagia' ini. memang bahagia. terdiri drpd student form1-5. aku batch ke4 (2002-2006). sekolah ni masih baru lagi. perintis masa tu di tingkatan 4. kagum! tengok senior2 bertudung labuh! warak2..keputusan PMR batch perintis hampir 30/40 dapat 9A.(jika xsilap)..dan ramailah yang keluar dapat tawaran SBP,mara dan KISAS. tinggallah beberapa yang setia dengan tok bachok.
ingat lagi masa sorang senior ni nak keluar,sempat gi salam2,mintak autograph lagi! -perangai darjah 6 terbawak2- padahal xkenal pun senior tu.huhu tapi sebab kagum..lembut je orangnya. warak..asal bukan kelantan. rasanya tu je kot bacth yang ada student bukan ore klate. as time goes on..'kewarakan kesolehan' kat asrama tu pun hilang sedikit demi sedikit. masalah disiplin pun makin teruk.hampir setiap hari kena marah/denda ngan cikgu disiplin. dah macam2 perkataan keluar dari mulut cikgu tu. betapa stress dan marahnya dia. patutlah ilmu xberkat. ponteng prep,ponteng jemaah di surau, tudung makin singkat, couple dan macam2...sehinggakan -aku rasa- xde beza sangat dengan sekolah biasa. cumanya wajib amik PSI,PQS,ARAB,pakai tudung yang xberapa nak labuh tu dan wajib duduk asrama.
tapi bila bacth ku dah grad dari sekolah tu..ke'islami'kan tu datang balik.bila usha2 keadaan aspuri,masalah disiplin dah jarang. warden xperlu dah kejar2 student dengan rotan bila masuk azan. xperlu guna speaker menjerit2 anak2 ni pergi prep! tahniah junior2! prestasi sekolah pun makin meloncat. 2bacth selepas kami berjaya mengharumkan nama sekolah bilamana mendapat ranking pertama dalam kelantan!catat rekod mengalahkan sume SBP, SMS machang dan MRSM PC!
dan motifnya di sini ..bukanlah nak cerita pasal sekolah sebenarnya..
tapi teringatkan kata2 seorang senior di dorm11 ni..
'x baik puji orang'
'kenapa plak?'
'nanti boleh menjerumuskan ke dalam neraka'
????aku blur...
dan blur sampai sekarang mencari jawapan kepada persoalan puji-memuji..
and start from that moment, i rarely puji orang...
padahal jawapan kepada persoalan tu masih belum terungkai..
sehinggalah pada malam isnin, 26dis 2011,majlis ilmu talaqqi di surau ArRazi,kitab penawar bagi hati.
adapun memuji, maka ada padanya enam kebinasaan, 4kebinasaan atas yang memuji(pemuji) dan 2kebinasaan atas yang dipuji(orang yang dipuji):
1. memuji itu terkaddang berlebih-lebihan sehingga seseorang itu berdusta.
2. terkadang, daripada pujian itu, pemuji itu menzahirkan rasa kasih kepada yang dipuji tikamana tiada kasih kepada yang di puji..maka jatuh dalam riya' (ustaz:x ikhlas)
3. terkadang, berkata ia pada barang yang tiada diyakini. maka adalah ia berkata-kata dengan ketiadaan aturan. (berbelit sikit..paham2lah ye) cnth: 'si polan tu warak,baik segala bagai' sedangkan kamu tidak yakin pun pada kewarakan dia..
4.puji2an menyebabkan seorang itu gembira,sukacita. namun bila yang dipuji itu adalah orang yang zalim, maka ia berdosa dgn sebab memasukkan sukacita ke dlm hatinya.
'bahawasanya Allah ta'ala sesungguhnya marah Ia apabila dipuji akan orang yang fasiq'(HR Ibnu Abi Ad-Dunya dan Al-baihaqi, dari Anas r.a.)
2kebinasaan atas orang yang dipuji:
1. timbul rasa takjub (rasa diri bagus & memperlekehkan org lain) dan ujub(rasa diri bagus).
2. bila di puji timbul rasa gembira, maka lemah ia drp mengerjakan ibadah dan redha ia pada dirinya.
namun, jika orang yang memuji dan yang dipuji terselamat dari kebinasaan ini,maka tidak salah memuji, bahkan terkadang ia adalah sunat.
pujian Rasulullah terhadap sahabat.
'jika ditimbang iman Abu Bakar r.a dengan iman sekalian alim, nescaya ia lebih berat.'
'jika tidak dibangkitkan aku jadi pesuruh,nescaya dibangkitkan akan dikau hai Umar.'(HR at-tirmizi)
jadi pujian itu tidak salah..namun berpada2lah dalam memuji dan tengok keadaan..
wa'allahualam..
| ~tunjuki kami jalan yang lurus~ |
*1st time dikurniakan perasaan itu! thank you Allah~
*x mengaku orang kampung!huahuahua
0 comments:
Post a Comment