bismillah..
murid: apa gunanya kalau saya membaca al-Quran tapi x memahaminya?
tok: bacalah dulu, perlahan-lahan nati tok ajarkan maknanya.
murid itu terus membaca..hari demi hari. bulan demi bulan..dia berasa jemu dan menemui gurunya semula.
murid: tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami ini sesuatu yang tidak berfaedah.
tok: baiklah..tok akan menyuruh kamu malakukan sesuatu yang lebih bermakna.
wajah murid itu kembali ceria.tok menyediakan sebuah raga.
tok:kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita.
si murid kehairanan. mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku,detik hatinya.dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari utk menuangkan air ke kolah. namun,sebaik sampai air telah habis. begitulah dia lakukan berulang kali.masih x dapa memenuhi kolah itu.
murid: tok,perbuatan ini lebih tidak bermakna. kalau tok gantikan raga dengan timba barulah boleh menampung air dan memenuhi kolah!
tersenyum lalu berkata: setiap yang tok suruh pasti ada maknanya. menimba dengan raga samalah dengan membaca quran walaupun tidak memhaminya.
murid:sama-sama tidak ada faedahnya.
tok:tidak,sama2 ada faedahnya.
murid itu kehairanan.
tok: cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi. mulanya ia kotor, tetapi sekarang bukankah ia sudah bersih? walaupun air kolah tidak penuh, tapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. betul x?
murid: betul tok.
tok: ha, begitu jugalah hati kamu ketika baca quran berulang kali. walaupun belum memahami maknanya tetapi plaing tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan ganguan syaitan.
murid itu mengangguk. hebat rupanya tok gurunya mendidik, bukan sekadar mengajar!
pengajaran: jangan memandang remeh sesuatu amalan baik, walaupun sekiranya kita belum nampak manfaat dan hikmahnya . dan jangan gopoh utk 'meningkat' dalam perjalanan menjadi hamba yang baik dengan tindakan2 yang melanggar ketertiban dan kahalusan adab.ingat..setiap yang baik pasti ada kebaikannya..
*wednesday comes with great stress!
rabbi yassir wala tuassir.
diRikU haNya uNtuK Mu..
December 4, 2011
tiada kebaikan yang sia-sia
Posted by sHaziaN at 22:25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment