bismillah...
[1]
sekali-sekala suami balik lewat malam,mungkin baru pulang dari function atau outstation....
isteri pula terlambat membuka pintu....
'ingatkan abang balik esok.'
tapi takkan tak dengar, abang bagi salam berkali-kali tadi.'
'maaf, maaf, maaf ya bang..'
'itulah,lain kali peka sikit. bukan apa, abang letih, mengantuk, kaki lenguh, badan sakit-sakit. tak kan itu pun awak tak boleh nak faham?'
'maaf bang, maaf ya bang..'
beginilah dialog yang kita biasa dengar..
ini dikira baik..tiada herdikan marah2...
.....VS....
pada ketikanya, dia balik lewat malam. dia hamparkan kain ridaknya di hadapan pintu. lalu dia tidur di situ semalaman.justeru tidak mahu mengejutkan si isteri yang telah lena. dia, sentiasa aman, dan memberi keamanan. esoknya, ketika isterinya memohon kemaafan dan menyatakan kekesalan, dia hanya tersenyum tanpa tercalar oleh sedebu pun rasa terkilan apa lagi kemarahan....
dia...ya Rasulullah...
[2]
'aaaaiiii, tak hidang lagi?'
'maaf bang. nasi belum masak lagi. sekejap je lagi.'
'dah tahu saya balik waktu macam ni, itu pun tak reti nak bajet masa?' sambil tarik muka masam T__T.
'maaf bang..'
.....VS.....
'apakah ada apa-apa makanan pada hari ini?'
ketika si isteri menjawab tiada apa yang boleh di masak..
'hari ini kita berpuasa..'
dia tega seadanya..
bersabar dalam berpuasa..
bersyukur ketika berbuka..
dia...ya Rasulullah...
*masihkah ada lelaki bernama suami seperti ini..?
*Rasulullah..contoh teladan terbaik..qudwah hasanah..

2 comments:
insyaALLAH ada lg. walau x persis spt Rasulullah saw
cepat2 la isi borang..huhu
testing2
Post a Comment