May 21, 2012

kite-kite

bismillah..

sungguh..ukhwah itu manis bila semuanya kerana Allah..
sama-sama penat-semput-hiro-masak-makan-tido

cuma demam je sengsorang   [^.^]

setiap saat,umur makin bertambah
mati makin menghampiri

'moga panjang umur' 
ayat yang selalu ada bersama 'hepi besday'
sedangkan usia panjang pendek kita telah ditetapkan sejak azali lagi

tak semestinya orang yang naik bas dahulu akan turun terlebih dahulu
dan tak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian

'MASA adalah modal terpenting bagi setiap manusia'
'MASA itu emas'
'MASA itu seperti pedang.jikan kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotong kamu'
'demi MASA. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.'

dan yang penting...MASA tidak akan berpatah balik.

kata hukama, kaki kita tidak boleh memijak air yang sama pada sungai yang mengalir. sekali dipijak,air itu akan terus mengalir ke hilir tanpa dapat dipijak lagi buat kali yang kedua.

'kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari.sebaik sahaja genap empat hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap empat puluh hari,kali ketiga, bertukar menjadi seketul daging. kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk menuipkan roh serta memerintahkan supaya ditulis empat perkara,iaitu:
1.rezekinya
2. tempoh kematiannya
3. amalannya
4. nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagian
 (HR bukhari no.3154) 

kata ungu:

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu
kapan tiba masa ku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

jawab kakak ku...'taubatlah cepat-cepat. buat pahala banyak-banyak'.

roh yang dipinjamkan Allah ini akan ditarik balik bila tiba saat dan ketikanya..

tips untuk 'panjangkan umur':
1. amal jariah

'apabila meninggal anak cucu Adam,maka terputuslah amalnya kecuali  tiga perkara sahaja: sedekah jariah,ilmu bermanfaat,anak soleh yang mendoakannya'.

'sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan,anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai yang dia alirkan (irigasi), dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. semua ini akan menyusul dirinya kettika dia meninggal dunia kelak'.(HR ibn majah dan al-baihaqi)

2. jihad

'Dan janganlah kamu mengatakan bahawa sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa, tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.'(2:154)

3. lailatulqadr

'lailatulqadr lebih baik dari seribu bulan'
1000 bulan=83.3 tahun
walaupun umat Nabi Muhammad s.a.w lebih singkat dari umat nabi-nabi terdahulu, tapi ia nikmat dan rahmat yang begitu besar yang dianugerahkan Allah..jika kita tergolong dalam golongan-golongan ini..sama-sama usahakan..

4. elak maksiat, perbanyak ketaatan

5. silaturrahim

'sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan umurya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim' (HR bukhari dan muslim)

'silaturrahim itu boleh menambah umur'. (HR al-Quda'i)

dan banyak lagi perkara yang boleh diamalkan bagi menghasilkan umur yang berkualiti. apa guna umur panjang jika disia-siakan..


*dengan mengundi mereka yang layak untuk menegakkan syariat Allah dimuka bumi pun,ada pahala kebaikan yang berterusan disitu. selama mana meereka yang kita sokong berbuat kebaikan,selama itulah kita mendapat saham akhirat..fikir sebelum pangkah ^_^
*dah masuk bulan rejab..cepatnya masa..jom perbanyakkan amalan-amalan sunat. 
*menulis untuk ingatan diri sendiri..dan jugak kamu..

0 comments: