Bismillahirrahmanirrahim.. Hatiku benar2 tersentuh..rupa2nya ramai orang risaukan diri ini. Terutama ma. Mula2 xnak bagitaw kat ma,takut ma risau. Gitaw kat kakak ja. Sekali ma tefon. Maaf ma. Bukan saje2 xnak bagitaw. Terasa macam budak2 kanak2 kecik pulak. Ma risau saya kena migraine. Sangat2 risau walaupun dia xcakap. Saya boleh baca air mukanya. Mesti ma cite kat kawan2 dia sebab bila saya balik,dia cakap, 'migraine ni bahaya. Jangan main2.Tu haa ada orang tu sakit kepala camni la,sampai senget2 mulut haa.nak cakap pun xboleh,xjelas.' Saya tergelak. Saya cakap mana ada sampai senget2 mulut. Tu bell's palsy kot.hehe..betapa risaunya ma. Cari info dengan kawan2 dia. Masa minggu last posting medicine ari tu,saya sakit kepala. Makan ubat sume xde kesan. Rasa nak telan banyak2 tapi takut mabuk pulak.Da la nk exam shortcase. Nak study memang xde mood. Memang saya betul2 berserah,redha.Tido ja yang terdaya daku lakukan. Nak tido pun punya la seksa. Betul2 buntu apa yang tidak kena dengan diri ini. Kadang2 terasa lemas dengan perasaan. Terseksa. Xgi ward lagi. Xsedar da nak exm. Hari last b4 exam,daku gagahkan diri. Cuba lupakan sakit pening. Cuba bertahan. 2kali jupe doctor. 2 diagnosis yang berbeza. Tapi ubat yang sama. Malam b4 exam,saya kol ma lagi. Ma tya, 'exam kul bpe,nanti ma nak solat hajat'. Terharu… inilah ayat yang terkeluar tiap kali saya gitaw nak exam. Sejak amik medic ni, ma akan solat hajat pada waktu saya menduduki exam. Kul8..kul2..ma ikut jadual saya. Mungkin ma faham susahnya exam medic ni. Dulu masa skull, lau nak exam ma mesti cakap, 'jangan lupa baca bismillahi tawakkaltu a'la Allah.' Walaupun ada orang kata sepatutnya kena usaha,jawab exam dulu, baru tawakkal. Tapi bagi saye.. nak jawab exam tu pun kena tawakkal jugak. Sebab kadang2 apa yang kita taw, xsemestinya ilmu tu datang di saat kite perlukannya. So, saya akan baca b4 and after jawab. Tapi skarang, ma akan cakap, 'bc bismilahi tawakkaltu … nanti ma solat hajat.' Solat ni specel untuk saya. Ketika saya berjuang di medan ilmu, ibu tersayang mengiringiku dengan doanya. Dan semestinya doa seorang ibu itu sangat mustajab. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya,dari dulu lagi,saya berfikir,saya inginkan bukti bahawa pepatah itu benar. Bukan sekadar manis bicara,penyedap kalbu. Saya nak bukti bahawa doa ibu itu akan dimakbulkan. Saya suka berfikir sebenarnya. Bila berlaku sesuatu pada saya,sama ada benda itu menggembirakan mahupun menyedihkan,saya akan muhasabah,fikir dan perhatikan apakah hikmah yang Allah sediakan untuk saya. Alhamdulillah.. Allah Maha Pemurah. Di bukakan pintu hati,mata dan akal saya sehingga saya nampak hikmah itu. Dan setiap janji Allah itu memang benar. Banyak kali berlaku dalam exam..saya xdapat jawab soklan tu. Ingat lagi exam masa 2nd yer. Terkejut jugak saya lulus sume paper walaupun esei saya tinggal camtu je. Paper CNS. Dan untuk shortcase ari tu.. walaupun saya kurang sihat,saya redha. Samada boleh jawab atau tidak. Kawan2 sibuk duk bincang2 sementara menunggu no giliran,tapi saya..diam membisu.. Ya Allah..berilah apa yang terbaik untuk ku,agamaku, dunia dan akhiratku.. Dan sesungguhnya,daku amat menyanyangi seorang insan yang bernama MA dalam hidupku. Rahmatilah ma & abah, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi ku sejak dari kecil. Ampuni dosa2 mereka ya Allah.. diRikU haNya uNtuK Mu..
August 22, 2010
SAYANGKAN MU
Posted by sHaziaN at 00:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment