August 9, 2010

UNTUK MU HAWA

"Awas kaki mu itu. Aurat !"


"labuhkan jilbab mu sehingga menutupi dada mu!"


Wahai Hawa..pernahkah kamu terfikir bahawa kakimu itu aurat? Jika ya,kenapa tidak kamu tutupinya dengan sempurna? Jika tidak,ingin daku khabarkan suruhan Pencipta mu,Pencipta ku,Pencipta seluruh alam. Daku terfikir,kenapakah ramai yang memakai tudung tetapi kakinya dibiarkan begitu sahaja. Menjadi ratapan umum. Sebagaimana yang kamu tahu rambutmu itu aurat,wajib ditutup,begitulah juga hak yang dituntut ke atas kaki mu.pakailah sarung kaki@stokin. Jika kamu tidak rela rambutmu yang lawa itu ditatap oleh lelaki yang halal kamu nikahi,fikirkan juga nasib kakimu yang putih melepak itu.


Wahai Hawa..labuhkan jilbab mu,labuhkan tudung mu menutupi dadamu mu. Untuk apa dikau angkat tudung sehingga menunjukkan bentuk badan mu? Apa tujuan mu,Hawa? Khabarkan pada ku agar daku mengerti. Adakah dikau bertujuan menggoda lelaki2 agar tertarik pada mu? Adakah kerna dikau bangga akan mahkota mu itu lalu dikau sudi menjadikannya bahan pameran,ratapan umum seluruh dunia???yang mana satu jawapan mu Hawa? Khabarkan pada ku!


Wahai Hawa..Nabi pernah bersabda yang mafhumnya menyebut tentang dua golongan yang mendapat laknat dari Allah, tidak akan berjaya memasuki syurga malah tidak berhak langsung mencium bau syurga iaitu golongan pemimpin yang zalim dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(kasiatin `ariatin). Daku ingin bertanya pada mu,adakah kamu sedar bahawa baju lawa yang dikau pakai itu terlalu nipis? Nampak segala yang tidak patut nampak! Sedar @ buat xsedar? Tidak malukah dikau? Banggakah dikau? Tidak takutkah dikau? Tidakkah dikau sedar bahawa dikau sedang telanjang?? Maaf ,tetapi ini bukan kata2ku,ini hadith Nabi. Fikir2kanlah Hawa yang daku sayangi. Insaflah!




*Ke mana hilangnya sifat malu mu Hawa? Gapailah kembali sebelum KIAMAT menjelma!!


*BERTINDAKLAH SEBELUM DIRIMU DIJEMPUT ILAHI.


*Bittaufiq wal hidayah..amin..


diRikU haNya uNtuK Mu..

0 comments: