Bismillahirrahmanirrahim.. Sekarang saya bercuti.yahuuuu tapi seminggu je.huk2..bersyukurlah Aishah. Alhamdulillah. Walaupun 1mggu je,saya nak hayati dengan puas hati(bersama spupu saya ,hayati.kua3..). Esok da nak puasa. Xsabar nak gi terawih,bazar..nak gi hospital jugak. Nak tengok operation yang pakcik saya lakukan.yeeeaaaaa hepinya!! dah lama saya teringin nak gi hospital ikut dia.dari kecik agi. Oh rupa2nya saya bercita2 nk jdi doktor dari kecik lagi ye. Cita2 yang xpernah padam.alhamdulillah berjaya jugak belajar medicine. Doakan saya dapat grad pada 2013 nanti.amin.. Walaupun masa sekolah dulu banyak gak cite2 lain,tpi doktor ni selalu di hati. Bila tengok gerak khas(peminat setia ni dulu2 haha),saya nak jadi polis. Siap main tembak2 lagi.tapi yang anehnya… saya main ngan kawan karib saya (lama xguna karib.ni ayat msa skull rendah.) selepas UPSR di sekolah. Sebab xtaw nak main apa. Heronya adalah pemadam. Ya. Pemadam. Pemadam ini polis. Dalam satu aksi kejar mengejar tembak menembak ni, tiba2 polis ditembak di bahu. Boleh bayangkan x?cuba2.best cte ni.hehe ok. Nak taw peluru dia apa?? Carbon lead, ubat pencil mechanical tu haa.pastu polis dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. Penuh darah di bahu polis. Darahnya mestilah warna merah. Guna pen merah. Pastu doktornya kami lah. Tapi saya yang banyak melakukan pembedahan untuk mengeluarkan peluru.alat2 op terdiri daripada: gunting,pembaris,eh apalagi..lupa.tu je kot. Menggunakan kepakaran yang saya ada,lalu di belah sedikit pada bahagian bahu itu. Saya korek2 pemadam itu sehingga saya nampak pelurunya. tapi xboleh korek banyak sangat.kesian patient.ada skill yang tersendiri.saya mesti meminimakan proses pengorekan itu.Kawan saya tolong color kan kononnya darah banyak mengalir.Saya akan pastikan peluru itu tidak patah.jika patah,maknaya xdapt dikuarkan lah. matilah patient tu.mencabar jugak ye. xcaye cubalah main.sorang2 pun xpe lau malu.huuu .saya juga xboleh sentuh pemadam tu dgn tangan saya. Kena guna gunting@pensel satu lagi. Saya tarik menggunakan gunting. Selesai mengeluarkan peluru, saya akan sumbat balik habuk2 pemadam yang saya korek keluar tadi. habuk tu pun mesti yang halus2.xnak terus potong besar2.xmencabar lak.Pastu saya tekan2 kuat2 bagi terlekat balik jangan bagi tercabut. Kerja menyumbat itu mestilah cermat.supaya surfacenya rata sama seperti sebelum di korek.Then..finish! kanak2 ribena sunguh saya ni.kalau peluru xberjaya dikuarkan,lau saya xpuas hati,saya akan main tembak2 balik.stat skli lagi.bezzz sgt time tu..Tapi yang anehnya…walaupun saya jadi polis..saya jugak jadi doktor.surgeon agi tu!! Betapa minatnya saya untuk menjadi doktor. Pastu, belajar akaun masa F3,nk jadi akauntan. Tengok cikgu2 praktikal skull rendah dulu,tiba2 nak jdi cikgu sebabnya, masa nk abih praktikal tu dpat hadiah banyak. Saya nak jadi cikgu praktikal selam2nya masa tu.tukar2skull,pastu dpt hadiah banyak.Hari guru dapat hadiah lagi.bez la cikgu.kerja lain mana dapat. Materialistik sungguh! Walaupun hari lahir saya pada hari guru,nasib baik saya xjadi guru.lau x hancur anak bangsa.knpa??sebab saya xreti mengajar. Sebenarnya cikgu la yang sangat penting. Sebab tu kerja guru y paling mulia. Tapi..entah la..masa isi upu satu pun xtersenarai 'kursus pendidikan'.biarlah..bagi peluang pada yang lebih layak. Bila diingat balik,masa F2 la hati saya kuat mengatakan saya nak jadi doktor. Sebabnya…masa tu akak saya baru je posting jadi cikgu.dia ajar sains. So,masa cuti saya mintak dia ajar saya. Saya ingat lagi dia ajar sistem peredaran darah(barulah saya reti lukis jntung),.pencernaan(siap lukis GI tract tanpa angkat pen dri mulut smpai anal. Sape reti??),sistem pernafasan.. lepas tu baru saya taw,sedar yang sistem dalam badan kite bersangkut-paut rupanya.xterputus dari hujung rambut sampai hujung kaki. Indahnya ciptaan Allah. Dan bermula dari situ jugaklah saya amat meminati BIO!! Terima kasih cikgu nor haida. Hehe Dan esok..insya Allah..jika tiada halangan aral melintang.sama ada HUSM or Hospital Pakar Perdana. Dulu,setiap kali lalu depan HUSM, hatiku berkata 'bilalah aku akan berada di sini.bukan sebagai pesakit tetapi sebagai doktor'. Kenapa saya sangat cintakan DOKTOR ye??? Mungkin inspirasi dari pakcik saya. Saya rapat jugak ngan dia. Masa kecik2,saya lah yang disuruh mencabut ubannya.padahal xde la banyak pun. Tapi xpe.dapat upah. 1 uban 10sen.hehe kaya jap. Sejak masuk medic ni,pakcik saya panggil saya 'DR AISHAH'. Heee suka..=p. Nama saya pun sebenarnya dia yang berikan. Ma saya nak bagi nama nor farahin. Jauhnya beza ngn nama saya sekarang. Hehe cam menarik je nama farahin bagi saya. Yang berjaya. Ingat kat farah kecik.farahhhh misss u! Kalau x kita jadi kembar. Tapi nama saya pun saya sayang. Mestilah. Nor aishah. Cahaya hidup bahagia. Sama cam nama Siti Aisyah r.a. ummul mukmin. Kenapa xde humaira' kt belakang?? saya nak humaira kt belakang..Akak saya pernah bagi gelaran humaira untuk saya.Saya berimpian untuk menjadi seperti Siti Aisyah r.a dari segala aspek. Jadi anak,wanita,sahabat,isteri,ibu,pemimpin seperti beliau. Tapi..lihatlah diriku ini.penuh dosa.Ya Allah…Astaghfirullah. Cakap sal hidup bahagia ni..teringat kat makcik kt ward 2.hehe menakutkan jugak makcik tu. Cam boleh tilik lak. Dia ckp sal long case,short case saya.tapi xnk cte la. Tak baik.BERDOSA percaya benda cam tu. Pastu dia nk tengok tangan saya.dia pegang. Dia pun kata 'bahagia hidup kamu!'. Hehe bez gak clinical ni. Macam2 orang saya jumpe. kitorang panggil 'mkcik tilik nasib'. Selepas saya jumpe sorang pesakit ni..barulah saya sedar..memang jiwa saya sukakan kerja sebegini. Profesion ini sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah membantu orang yang memerlukan. Sape kate gaji doctor mahal?? Xcukup mahal sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan beban kerja. Baru saya sedar bahawa saya sukakan kerja social. Kerja2 cam sukarelawan. insyaAllah. *Humaira ..telah dianugerahkan kepada anak buah ku yang ke-7. Nur humaira husna yang dilahirkan pada 24/7/2010 3:30 ptg. Sesuai dengan namanya..memang dia kemerah-merahan. Si kecil ini sangat bagus.kurang nangis.senyap je.tido je banyak.hehe..sayu hati ini menatap wajahnya saat dia terlena di ribaanku ketika ayat suci Ar-Rahman dibacakan ditelinganya. Semoga humaira menjadi anak yang solehah. Amin.. *kata akak ku..kelopak matanya sama cam saya.hehe suka2! Saya sangat suka kalau anak2 buah saya serupa dgn saya. Dan saya suka manjakan budak2 tu sume. Rindu kamu-kamu! *1 lagi benda saya suka..org cakap saya muda! Mesti orang ingat saya budak sekolah lagi.pergi la mana2 pun. dan yang pastinya saya akan tersenyum lebar beberapa hari lamanya. diRikU haNya uNtuK Mu..
August 11, 2010
SELALU DI HATI
Posted by sHaziaN at 00:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment