Bismillah..
Cuba sedaya upaya utk bertenang, utk yakin
ini taqdir yang ditentukan. Allah tahu apa yang aku mampu. Dia akan uji hamba
Nya mengikut apa yang dia mampu. Baru saat ini aku merasai nikmat itu. Walau
dari kecik lagi aku diajar mengenali perkataan itu, namun saat ini aku
benar-benar merasainya. ‘jangan lupa
baca bismillahi tawakkaltu a’la Allah.’ Hanya ini pesan ma setiap kali nak
exam.
Manisnya terasa. Bahagia. Tenang. Terasa
begitu hampir denganNya. Redha. Berserah apa pun padaNya. Tiada kata yang mampu
mengungkapkannya. Hanya mereka yang pernah merasai nikmat itu faham apa yang
aku rasa. Dr Zai selalu cakap perkataan ni waktu teaching dengan dia. Dan ramai
orang sebut perkataan ni. Dah usaha,tawakkal. Usaha+doa+tawakkal=Berjaya. Semua orang tahu,tapi x semua yang betul-betul
faham.
Aku tahu banyak lagi yang aku xtaw.
Awalnya, perasaan takut itu ada. Tapi ia bertukar, menyerah segalaNya. Allah.
Nikmatnya.
Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At Talaq:3)
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Surah Al-imran : ayat 159)
"Hasbunallah wa ni’mal Wakil (cukuplah Allah yang mencukupi kami dan cukuplah Allah sebagai tempat kami bertawakal.”
Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
‘An 8th years old Malay girl,
came for exam purposes. 3weeks ago she was admitted to the ward for one day
duration for dengue fever.’
Not so ‘paeds’ la.Alhamdulillah.
Dengue fever. Alhamdulillah.
Dr
saharuddin, Prof Tan (paeds HDW?,tersangatlah baik.senyum memanjang).
Alhamdulillah.
Allah tolong. Sangat-sangat.
‘kalau boleh aku xnak examiner yang aku
kenal’
‘aku xnak paeds.’
Kata orang tua-tua,kalau xsuka jangan duk
sebut-sebut. Kan dah dapat...
Patient tu sangat simple. Xde masalah
langsung. Just dengue fever. Not dengue hemorrhagic or shock syndrome pun. Yang
peliknya for Q&A, examiners create situation yang stable dan normal, dan aku
yang pening..kenapa xtanya situation yang xstable,nak kena bagi fluid therapy
ke..
‘let’s say if you see this patient for the
first day she came, appear alert,hydration status ok. BP 110/80,PR 90, RR ok,o2
ok.’ panjang sungguh ayat dia...but everything is ok.. aku yang confuse. Takut
aku yang salah...
‘could you please counsel this patient
regarding dengue fever?’ bonus question pun xdapat score. T__T
Aiyoooo! Soalan JKM 3rd year.
Merapu la jawabnya. General sungguh soalannya. Tapi Dr sahar tolong. J
Sebelum loceng berbunyi, aku dah selesai.
Boleh keluar dari bilik exam.
Kata cikgu sekolah dulu, kalau siap awal
atau xcukup masa tu,ada something wrong.

Rehat dalam lebih kurang dua jam sebelum
exam shortcase. Lepak di surau tingkat dua. Another half to go.
Cuba bertahan
dengan sakit kepala yang menggila. Wrong time wrong place. Dah la xbawa minyak
angin ke apa ke..
‘kalau patient sakit kepala,jumpa dr aishah
senang je ubatnya. Minyak kapak!’
‘dr kapak!’
Ni la gelaran dari kakak2ku yang sengal!
Cuba utk tidur,xboleh. Mesej dari kakak2ku
yang sengal sangat membantu. Aku tahu,aku sedang tension walaupun aku
menidakkannya.
![]() |
| pengalaman on-call O&G 24hours over weekend. tiap kali on-call,mesti relax je.. no new case.boring pulak. |
Short case ada empat station. Bermakna ada
empat patient yang aku perlu examine dalam masa 7-10min, 3min rest in between.
-ENT-
lower motor neuron lesion of facial nerve
secondary to parotid gland tumor. Siap awal.alhamdulillah.
-CVS-
‘pulse rate is 60bpm,regular rhythm..’ ‘are you sure?’ aku salah la tu maksudnya. ‘yes!
Its regular.’ Confidentnya. Buat-buat je. Tempah maut sungguh. Mesti ada murmur, xkan patient ok kan. So murmur
aku hentam PSM. Q&A hentam jugak.
-Knee examination-
‘what about your theory paper?’
alamak!teruk aku camni.tolong la luluskan saya Dr.
-Gynae exam-
Very huge fibroid. But wrong technique. So sad.
‘what are you doing?’ ‘percussion,looking
for the margin.’ Although I already comment on its margin earlier! Prof, I also don’t know what am I doing. Apsal cara aku percuss cam pelik je @_@
Sungguh.aku takut. ¼ je dapat
buat.sedangkan short case carry a huge mark in pro-exam. Not enough practice,I
admit.
*a whole day stress followed by driving-putrajaya-flyers-18+18+14floors*
-To be continue-



0 comments:
Post a Comment