June 17, 2013

exam week


bismillah..

Senarai nama yang panjang berjela-jela dah ditampal di board depan ofis akademik. Habis je exam teori paper, berpusu-pusu la kami menjejak nama masing-masing.

sedar tak sedar, aku dah berjaya melalui minggu pertama pro-exam. susah jangan cakap. balik je kitorang housemate bertiga akan bincang balik dan congak-congak cikit berapa yang betul. meremang jugak aku. masa bincang x fikir panjang. kalau ada yang salah, 'relax la..baru satu.yang lain kan banyak lagi'. itu namanya  DENIAL. petang mulalah aku xboleh study. teringat-ingat apa yang dibincang tengah hari tu. cari penyakit  tu namanya. paper medical-based contohnya. susah tahap petala kelapan!scenario punye la panjang berjela-jela. dan soalannya pulak mengguris hati sungguh.

what is the MOST NEXT APPROPRIATE management?
what is the MOST APPROPRIATE investigation?
what is the NEXT APPROPRIATE management?

huwaaaaaaa! SAKIT HATI tak dengan soalan dia? satu lagi...waktu tengah baca scenario die yang panjang tu,hati dan minda memang kena fokus betul-betul.kena digest terus.dan formulate utk dapatkan diagnosis. dan yes!aku dapat diagnosis dah. sekali....statement last dia 'she was diagnosed with blablabla.what is the next step to do?' haruuuuuu. bukan main susah aku buat diagnosis dengan harapan soalan 'what is the diagnosis?'. hampeh. bila dah frust gini,next soalan tu dah malas fokus. malas fikir diagnosis dah. sekali...'what is the diagnosis?' heh. ulang la baca scenario dia sekali lagi. wasting. medical ni betul buat aku xsenang duduk. takut. sungguh. 50-50 ja mengikut apa yang aku congak. belum tolak yang xsure jawapan lagi tu. takut andai aku diumumkan sebagai pemegang rekod pelajar extend sebab teori paper! 

ops!patah balik. lets bygone be bygone.  Mata pantas mencari nama ‘hanaffi’. Yup. Ini cara aku mencari nama. Sebab mana-mana pun aku pergi bersepah nama aishah.  Femes betul. 

Alhamdulillah! Bukan isnin. Alhamdulillah sekali lagi. Jumaat. Round kedua.sesungguhnya aku benar-benar x bersedia physically,emotionally, dan clinically (ilmu) andai giliran aku hari isnin. Dia Maha Mengetahui. walaupun  nama aku satu-satunya pelajar melayu perempuan dalam kumpulan 24orang tuh. Dan sorang lelaki melayu yang aku xberapa nak kenal. Moga dengan barakah penghulu segala hari,ni yang terbaik untuk aku. Kadang terlintas jugak, x bestnya macam ni.kenapa aku sorang tercampak kt situ kn. Tapi aku cepat-cepat yakin ada hikmahnya. Mungkin bila examiner tengok,eh awak sorang je? Haa xpe, jangan risau. Lembut sikit hati mereka. Heh. Perasan. Eh. Bukan. Positive thinking.

Sorang semi sorang geng teman rapat aku dah habis clinical exam diorang.

Maka tinggallah aku keseorangan. Rabu-dah start x tentu arah. Nak study rasa xbetul. Nak tidur,lagi la salah! Nak mandi,dah berapa kali. Mesej farahin...tolong aku..maka berkaranglah mesej dia aku baca. Alhamdulillah.lega. telefon rumah. Cakap dengan sume yang ada..tenang. gembira. Boleh sambung study. Bila perut kecut balik, telefon raihan yang suka gelak menceriakn hari yang suram.huhu

Setiap petang tunggu berita mereka yang dah habis, dapat kes apa. Dan tiap kali tu, hydrochloric acid bertambah-tambah. Macam mana mereka boleh jawab. Aku macam xtaw satu benda pun kes-kes nih.

‘ya Allah.berilah apa yang terbaik utk ku dan sahabat-sahabat ku. Lembutkan hati examiner, pesakit. Dan berikan kes yang kami dapat score dengan cemerlang.’
doa yang aku xtinggal tiap hari.


F=paediatrics.
Aku xboleh amik kad F. Aku lemah paeds.
O&G pun x nak. Takut. 
Surgery..boleh la sikit. Sebab itu last posting aku.
Medical..kalau chestpain,asthma ok. COPD xnak! Stroke xnak!

As if I can choose everything!

Bila dah nama tu no 24,maka dibelakang sekali la aku beratur. Dan nasib badan,aku orang terakhir ambil kad dalam sampul tu. no choice.rasa nak nangis.

Allahuakbar! 
aku bertawakkal ya Allah.
Aku serahkan segalanya pada Mu ya Allah. Sungguh-sungguh.
kuat Aishah!

Bronchial asthma..pneumonia..itu je yang aku sempat rewind dalam kepala.
Yakin. Ini yang terbaik.

Langkah kanan. Selawat. Senyum. Al-fatihah. Ayat kursi.


Allah!

Prof Wu!
i do love kids,not paediatric!











-to be continue-

0 comments: