bismillah..
*ini hanyalah untuk tatapan aku di hari tua. agar aku tak lupa saat itu.*
PRO-EXAM a.k.a professional exam or
peperiksaan ikhtisas. Di mana segala apa yang dipelajari selama lima tahun di
fakulti perubatan ini akan diuji. Dan exam ini la yang paling panjang study
week nya-3 minggu ja pun-. Berbanding
dengan study week yang lain-1 minggu- yang macam xboleh nak bernafas tu..yang
ni macam relax cikit. Heh. Sebab masa banyak jadi kelajuan ram ni pun slow
cikit lah. Masih ada masa bergelak sakan, outing sana sini, plan ‘minggu
melancong sedunia’ –yang xjadi tu-, dan macam-macam lagi.
Dan study week ni pun
lain dari yg lain,di mana aku dah x boleh sistematik macam yang lepas-lepas.
Dulu, mesti habiskan revision-note-hafal-create mneumonic bagai-yang semestinya
akan dilupakan bila habis exam- mengikut posting/department. Selagi x khatam
satu posting aku x akan move on tuk posting seterusnya. Maka,mulalah kepala aku
create bermacam-macam folder::OnG,surgery,medical, orthopaedic, ophthalmology, ENT-OHS,Anaes
:: sama macam dalam lappy ku. Compartmentation di situ ya.
Semestinya benda tu xboleh nak di apply
masa pro-exam ni. Serius... segala apa yang dibaca aku selit-selit aja di
celah-celah sulci and gyri otak aku ni. Asal melekat dan boleh dikorek kembali
sudah. Bila baca diabetes, keluar dyslipidemia, cancer of head of pancrease,
ray amputation bagai. Dan yang sadisnya, kena korek balik pathophysiology of
pancreatic secretion. Anatomy siap. Bila tersedar, alamak! Detail sangat nih.
Takut xsempat cover yang lain. Apa yang best waktu study week adalah
‘wah!bestnya..banyak benda kite taw kan.’ Dulu asyik senyuman sumbing sebagai
jawapan kepada prof-prof.
Ada orang suka buat study group. Ada orang
xboleh. Terpulang. Dan aku..both. dua-dua. Tapi kena tengok la apa dan
bagaimana. Kalau benda tu boleh baca sendiri xperlu la kan. Tapi kalau benda2
praktikal,nak kena counselling,buat CPR tu kena geng la. The most important
thing is stress kit. Before study week, aku dan housemates dah plan dah.
Petang-petang kite gi tasik ya. Dan berjaya ditunaikan la walau sekali ja pun.
Pergi ikut team senamrobik kat tasik permaisuri! Waktu kecederaan macam ni,
housemate sangat la membantu. Kitorang x akan tutup pintu bilik selagi x tidur.
So, in between duk baca sorang xpaham, mereka akan jadi mangsa utk diganggu.
Tolong selak-selak otak-otak ni.
stress x? of course! stress yang menggunung. sungguh. dalam 5tahun belajar ini yang paling stress. planning dari semua segi kena start dari awal lagi. sebelum start study week dah list down nak study camana, topik apa kena, nota dah susun siap-siap,kemas bilik, barang keperluan sume kena cukup,duit poket cukup. lebih xpe. walau benda2 ni nampak kecil,namun ia akan menjadi besaaar bila saat-saat cmni. jangan tambah masalah lain waktu kritikal ni. satu lagi, kredit mesti ada. supaya bila-bila masa boleh call sape saja. dan jugak buku-buku non-medic tuk release tensen.
![]() |
| ~triffle from my cool &sweet junior~ |
baring atas katil,tenung dinding ni. bilik kan tempat privacy.so ikut sukalah nak tampal apa pun kan. tapi aku terlupa yang kawan-kawan suka lepak bilik aku.hiii...ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk ke apa..tapi sekadar sumber inspirasi utk diri sendiri.
time stress..aku akan tenung benda ni..berfikir..muhabasah..reflection.
negatively thinking..
'ya Allah..cukuplah aku kejar yang kat bawah tu sekali. yang atas tu rasanya x kot. lepas ni cukuplah jadi chronic MO dan surirumah berjaya.bertahan la.sikit je lagi'.pujuk hati sendiri.
sekarang ni pun dah tak tertanggung rasanya. macam nak pecah segala-galanya. betul..exam tu xsusah. senang ja pun soalan-soalannya. management.diagnosis.investigation.diagnosis. itu je. dan sume tu ada di tulis dalam kitab-kitab medic. yang susahnya adalah jawapan. berpuluh-puluh penyakit punye management yang kita baca.yang ditanya cuma satu. yang kita ingat management endometrial cancer.tapi dia tanya management cervical cancer. hentam la jawabnya.
ikutlah course apa pun.exam sume senang.jawapan je yang susah.
-to be continue-


0 comments:
Post a Comment