diRiku haNya uNtuK Mu..
Sedarkah dikau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi,hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum Adam. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam,bila sinar Islam berkembang,darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia& mendapat tempat disisi Allah s.w.t sehingga tiada sebaik hiasan dunia melainkan wanita solehah.Wahai TEMAN,
Kenapa kau tidak menghargai nikmat iman cara Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajarannya,engkau masih segan mengamalkan isi kandungannya,kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahnya & kenapa masih tak mahu menutup aurat wahai TEMAN?
TEMAN,Andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapa mu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkaku masih ibi didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah s.w.t.
TEMAN,Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu, ingatlah TEMAN janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata kerana seorang lelaki,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian@ bertujuan memikat seorang lelaki ,kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati. Maka lahirnya senyuman tercetusnya salam & sekaligus disusuli dengan pertemuan…dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
TEMAN,Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,kemanjaan serta kemampuan menggongcang iman mereka. Tetapi TEMAN,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya,& yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki&pertemuan,yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu TEMAN,Jagalah pandangan mu,awasilah auratmu,peliharakanlah akhlakmu,kuatkan pendirianmu,andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah s.w.t memenuhi & menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta dari kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagian buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan mu.
TEMAN,Cintailah Allah dikala susah&senang kerana kau akan perolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah s.w.t. cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
TEMAN,Ingatanku yang terakhir,biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa menggongcang dunia dalam mencapai keredhaan Allah s.w.t. Jangan sesekali tangan yang menggongcang dunia ini juga yang menggongcang iman lelaki,kerana daku sukar menerimanya&benci setiap kali mendengarnya..
Untuk mu TEMAN..Jadikan dirimu semulia Siti Khadijah.. Hiasi dirimu sebaik Siti Aisyah.. Taati ibu bapamu setaat Siti Fatimah.. Teguhkan iman mu seteguh Sumaiyah..
Sesungguhnya kitalah yang akan merealisasikan tangan yang disangka lembut menghayun buaian menggongcang dunia mencipta sejarah..insyaAllah..
Marilah kita hayati bersama teman…
