October 16, 2010

THE END

Officially..i end this posting! <-dr fazilah

Yeaaa!

Tapi sedih gak..hukhukhuk

Sedih tengok k.nani lap air mata semalam..

Dah xde dah posting yang boleh 'main2 relax2'

Xde dah satay huts

Xde dah aroma ikan bakar

Xde dah pantimor

Xde dah kerepek gulang-gulang.

Let's by gone be by gone..

Yang ada sekarang nih..

Exam final! <-- wake up aishah!

Internal medicine ..Da lupa da apa yang study dulu

JKM..xtaw apa..

Aduiyaaa..

FOKUS FOKUS FOKUS!!!

Tapi cne nak study nih?

Nak start cne?

Nak baca apa?

Oh tidakkkk!

*dengar lagu ur beautiful..sedih..teringat kat k.mah,kt JKM pulak.

diRiKu haNya uNtuK Mu..

October 10, 2010

QURRATU A'YUN

Bismillahirrahmanirrahim..

MOHAMMAD ANIQ IRFAN B.MOHAMAD RIZUAN
27 MEI 2002

MOHAMMAD LUQMAN HAKIM B.MOHAMAD RIZUAN
24 FEB 2004


MOHAMMAD HARITH IMRAN B. MOHAMAD RIZUAN
26 MEI 2005


MOHAMMAD SOLIHIN AMZAR B. ZABIDI
14 APRIL 2006

NURUL IMAN AZ-ZAHRA BT. MOHAMAD RIZUAN
11 MEI 2009

WAFA NUR ISLAM BT. MOHAMAD ADLI
20 MAC 2010

NUR HUMAIRA HUSNA BT. NOR ADUNI
24 JULAI 2010

SYIFA' AR-RAUDHAH BT MOHAMAD AFFAN
8 OKT 2010




qurratu 'aini..
penyejuk mataku..
penyejuk hatiku..
penawar hatiku..

kasih dan sayang untuk mereka..
tidak sama dengan kasih dan sayang untuk ma&abah..
tidak sama dengan kasih dan sayang untuk adik beradik..
tidak sama dengan sesiapa pun..
unik..

walaupun hero2 ini tersangatlah nakal..
geram..lucu..marah..ketawa..
heroin2 pula baru mula bertatih..
memekarkan senyum dan kasih di hatiku..
tetap di hati ku selamanya..

kenapa ada rasa sayu di hati ini
setiap kali menatap wajah suci anak2 kecil ini???

\(^O^)/
~LOVE THEM SO MUCH~


*pejam celik pejam celik..sume kak + abg ku dah jadi abi wa umi..
oppsss!!
*hobi baru..mengumpul qurratu 'aini!


diRikU haNya uNtuK Mu..

YE KE??

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.




*copyfacebook.com…..

October 8, 2010

DI MANAKAH



Bismillahirrahmanirrahim..



Sesungguhnya lelaki2 tulen itu amat sukar untuk dicari,sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata.


Umar r.a berkata, ' harapanku adalah agar rumah ini di penuhi dengan lelaki2 seperti Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal, dan Salim budak suruhanAbu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!'


Soalan saya..dimanakah lelaki2 tulen yang menjadi harapan Umar r.a itu???


diRikU haNya uNtuK Mu…

GREEN LIGHT

Bismillahirrahmanirrahim..

Dan Allah telah keluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun. Dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan,dan hati,agar kamu bersyukur.

Maha Suci Allah..tengok ayat tu..mula2 Allah sebut pendengaran dulu sebelum penglihatan dan hati.

Bukan saje2 je Allah nak sebut yang mana dulu. Setiap perkataan itu ada maksud,ada sebab kenapa dan mengapa.

Sebab tu ibu mengandung boleh perdengarkan bacaan Al-Quran masa bayi dalam kandungan lagi.

Kenapa penglihatan dulu baru hati??

Sebab dari mata jatuh ke hati..

Kite tengok dulu baru kita suka,sayang..

Kasih sayang ma dan abah untuk kita bermula semasa kita di alam rahim lagi..tapi kita sayang ma dan abah bila kita sudah ada hati..bila kita sudah bijak.

Alam RAHIM adalah alam KASIH SAYANG.

'kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak,tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir'.


* 4/10/10: ma da bagi GREEN LIGHT!! Yahuuuuu!


diRikU haNya uNtuK Mu…

MATURITY

Bismillahirrahmanirrahim..

MATURITY…apa tu??

Sape taw?

Boleh jadi sifu saya tak?

Doctor kata…nak jadi doctor ni kena MATURED.

Sebab nanti kena buat banyak keputusan..

Bermain dengan nyawa

Either u treat or u kill people.

U have the license to do so..

Saya dah la xreti buat keputusan sendiri ni..

Cne ek..

Tapi bukan doctor je yang kena MATURED

Kehidupan seharian pun memerlukan MATURITY

Saya kena berubah dari sekarang..

Berubah untuk jadi MATURED!

Saya perlukan SIFU!!

******

Salah satu amalan para sahabat membawa anak2 ke majlis orang dewasa dapat membantu mendedahkan anak2 kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka.

Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah SAW apabila duduk bersama para sahabat,setiap seorang mereka akan membawa anak masing2 yang mana anak2 itu akan berdiri di belakang bapa mereka,lalu si bapa akan mendudukkan si anak dihadapannya.(riwayat al-Nasa'i)

àbergaullah dengan orang dewasa untuk menjadi MATURED!


diRikU haNya uNtuK Mu…

September 27, 2010

NO TENSEN!!

Bismillahirrahmanirrahim..



Ya Allah..tensen betul.

Semalam berjaga buat slide presentation family case study

4:49am baru siap.

Naik katil xboleh tido..

Kena paksa..pun susah..

Bangun lambat..kelas kul8 saya datang kul9.

Seb bek doctor xdatang lagi.

Duduk kejap..ada announcement

KELAS CANCEL!!!

Postpone next week..

Adussshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kepala bukan main sakit

Right temporal lobe ku..

Muka da pucat..kawan kata..

Cepat selamatkan diaaa!

Tambah ngan nak kol En Socso lagi..aihhh..

Jangan banyak mengeluh..

Kita merancang hanya Allah yang menentukan..

Ya Allah..permudahkan urusan ku..amin..



~masa kecik cute~~bila besar chubby~


diRikU haNya uNtuK Mu..


*sape kata JKM xtensen????
*sape kata JKM xboring??? heehhe