Bismillah..
Mr M
Di awal usia 20-an, ketika kawan2 seperjuangan masih gersang ketagih mencari ilmu, dia terlantar di wad. Penyakit yang di hidapinya memerlukan rawatan segera. Penyakit yang sangat agresif,jika tidak dirawat boleh meragut nyawa dalam masa 2bulan sahaja. Dia ditempatkan di bilik isolate,risau akan risiko jangkitan yang tinggi disebabkan antibody yang sangat lemah. Tika aku melangkah melewati biliknya, dia berdiri mengadap dinding kaca bilik itu, tikar sejadah dibentang mengadap kiblat yang satu. Subhanallah..tika sakit yang amat masih ada hamba Mu yang mengingati Mu,menunaikan kewajiban sebagai hamba pada Penciptanya. Amatlah jarang aku melihat pesakit menunaikan solat di wad. Rasa bangga menyelinap di hati. ‘insyaAllah..kamu akan sembuh segera.’
Suatu hari,aku berkesempatan melihat satu procedure yang dijalankan ke atas Mr M. central line insertion. Satu tube panjang dari lengan terus ke jantung. Sakitnya mata yang memandang. Namun dia hanya tersenyum. Kata doktor, ‘kamu ni senyum je taw.sakit pun senyum.’ Kalaulah kita di tempatnya,masih boleh tersenyum lagikah?? Masihkah ada sisa-sisa kekuatan untuk senyum??
Kali kedua daku melawatnya di bilik isolate,kepalanya sudah botak. Banyak sangat rambut gugur kesan kemoterapi. Lagi baik di botakkan terus. Namun,dia masih tersenyum manis.
Berita pemergiannya begitu memeranjatkan aku. Juga sahabatnya yang sama2 menghuni wad tersebut. Juga kakitangan dalam wad itu.Khabarnya,dia muntah teruk mungkin akibat badan terlalu lemah menerima reaksi kemoterapi. Dia koma di icu dan pergi buat selamanya. Masih terbayang-bayang senyuman tanda kekuatan di mataku.
Semoga kamu ditempatkan ditempat yang mulia bersama para solihin..amin.
Al-fatihah..
==================================
Madam J
Sekitar usia 40-an, badannya semakin bertambah lesu. 2bulan terlantar di rumah,tak mampu untuk berjalan. Kononya,terkena buatan orang. Suatu hari,dia pergi ke hospital. Terus di tahan di wad berminggu-minggu lamanya. Pelbagai pemeriksaan dilakukan. Akhirnya, disahkan mengidap barah. Dia tabah. Sangat tabah. Dia dapat menerima segala ketentuan Ilahi walaupun si suami yang mengalirkan air mata. Dia masih boleh tersenyum. Dia masih berbicara riang melayan kehadiraan ku setiap hari. Andai aku tidak menjenguknya di pagi hari,pasti kiriman salam akan sampai pada ku melalui kawan2ku. Bukan satu bahkan dia akan berpesan kepada sesiapa saja yang kenal aku. Lantas aku mencari masa setiap hari untuk melawatinya. Suatu hari,dia dalam kesakitan.namun masih berusaha keras untuk berbicara dengan ku. Cepat-cepat aku menahanya dari berbicara.’rehatlah dulu. Nanti saya datang lagi.’
Aku pernah menemaninya di bilik procedure. Kata doctor,‘Bone marrow aspirate is the most cruel thing in the world.’ Aku juga pernah menemaninya ke ground floor untuk mammogram. Sakitnya ya Allah, hanya Kau yang mengetahui. Dan apa yang membuatkan aku tersentuh adalah bilamana dia memperkenalkan aku pada anak dan suaminya…‘kakak,ni anak angkat mama. Abang,dialah yang tolong saya..bla bla..’.syahdu sungguh bila diperlakukan sedemikian.
Ujian yang dilalui mendekatkan dirinya pada Ilahi. Selama terlantar di wad, dia minta dibelikan cd2 bacaan Al-Quran.dia mula membaca buku2 agama. Indah sungguh aturan Mu ya Ilahi. Sudah hampir 2bulan aku tidak mendengar khabar berita darinya. Kali terakhir bersembang di telefon,dia semakin pulih.dia dapat berjalan kembali walaupun masih lemah. Cerianya dia di hujung talian sana. ‘semoga terus diberi kekuatan.semoga cepat sembuh.’
Hari ini,panggilanku tidak bersambut. Mesej ku tidak berbalas. Apa yang terjadi sebenarnya?? Jauhkan dia dari segala perkara yang tak diingini ya Rab. Aku akan tetap menunggu balasan darinya.
===========================
“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedang mereka tidak diuji lagi?”(al-ankabut:2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “jagalah Allah(dengan sentiasa ingat kepadaNya),pasti engkau mendapatkan-Nya di hadapan mu. Kenalilah akan Alah diwaktu lapang,pasti Allah akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang (ditaqdirkan) luput dari dirimu, pasti tidak akan menimpamu, dan apa yang (ditaqdirkan ) menimpamu pasti tidak akan luput dari dirimu. Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan itu bersama kesusahan dan bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan.” (HR At-Tirmizi).
p/s:
Adakah kita sekuat mereka tika ditimpa musibah/mehnah/ujian??
Jangan cepat mengeluh dengan aturan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik segala ketentuan.
Seringkali persoalan ‘layakkah aku’ bermain di fikiran,namun Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu ujian yang kita tidak mampu. Boleh jadi apa yang kamu benci itu yang terbaik untuk kamu sedang kamu tidak mengetahui.

diRikU haNya uNtuK Mu..