July 16, 2011

DILEMA..DALAM PASTI

bismillah...

8 jul..community project telah di adakan di PJ Caring Home..xpasti ini rumah utk pesakit mental atau sape2 je yang homeless boleh menetap di sini.. xkesah la..penghuninya adalah Chinese and Indian..no Malay @ muslim yang pastinya..yang kesah nya..masa kitorang sampai, ada sorang laki ni ala-ala penyambut kitorang la..then masa tu kitorang cam beratur budak2 kecik zaman sekolah..2 line plak tu..masa tu aku di belakang AE, no 4 dr depan..for the warm welcome, that guy come and shake hand and introduce his name la.. the 1st two are my chinese frenz if i'm not mistaken. diorang mmg la xde problem nk shake hand ngan sape2 pn. 

'abis la...cne ni..'
aku pusing belakang..ingat nak lari gi duk beratur belakang sekali.at least ada byk masa nk piki..kumpul kekuatan.
pupp!adushh!sume laki je belakang ni..xjadik.

tiba turn AE..muka cuak gile..sempat toleh aku..mintak jawapan kot..(jawapan xsempat nak proses!) ..serba salah.nak sambut ke xsambut ke sambut ke..eh tersambut!huuuhh walaupun tangan yang xikhlas,dan pendek aje yang dihulur tu..aku paham..next..owhhh wat to do?gano ni?otokajoo??

saat tu...cam masa pause kejap..bumi berhenti berputar di paksinya. bulan berhenti mengelilingi bumi.namun matahari tetap menghangatkan kami dengan cuaca suam2 kuku...aku kaku xtaw nak buat apa..sume mata pandang aku..perasan!
ingat lagi muka blur laki tu..aku lagi blur! mulut xtaw sengih ke senyum ke pahit  ke..
bila masa kembali berdetak,bumi kembali berpusing,bulan kembali mengelilingi..laki itu sudah pun menarik balik tangannya..

Alhamdulillah! syukur..
tapi,aku xpasti apa dalam fikiran kawan2 yang lain..
itu aku xkesah..
yang pasti tenang..sudah terselamat..dan harapnya kawan2 yang lain beroleh kekuatan dari penolakan aku tadi..tapi sadis..hanya aku yang menolak..

dah banyak kali benda macam ni berlaku..dan tiap kali itu jugak aku kaget. dan kebanyakan masa jugak xde orang yang boleh support dalam benda ni..
pernah dengar..lau orang bukan mahram nk salam..kite xboleh malukan dia..tapi sampai bila nak jaga malu orang lain..sedangkan malu diri sendiri xterjaga? aurat sendiri x terjaga.
lau nak kena sambut tiap masa,sampai bila nak educate orang yang xpaham agama islam ni..kn?

tapi mungkin cara aku x appropriate sangat. maybe kena cakap 'maaf,saya xboleh sambut'..daripada just diam teragak-agak kn?

am i wrong??

sape2 ada idea..script ke..

rumah orang asli..pekan,pahang.
diRikU haNya uNtuK Mu..




  

July 4, 2011

zZZzzzZZ...ZzzZZZzz

bismillah..

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah 'Times' juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang."


Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
diRikU haNya uNtuK Mu..

July 3, 2011

kiamat..

bismillah..

Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memper- kenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

 



point nya disini...ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini.Setelah air tasik ini kering ketika itulah Dajal akan muncul dan berlakukan kecelakaan besar kepada umat Islam.
Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.


Tasik Galilee ini juga dipanggil "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).


Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.
Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses pengontangannya berlaku sejak dari tahun 2000 lagi. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini.


Natijahnya bangsa Yahudi sebenarnya amat takut dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw.hakikatnya mereka amat meyakini kebenaran hadis Nabi akhir zaman cumanya hati mereka amat degil dan keras untuk menerima kebenaran tersebut.


..................................
 
kiamat sudah dekat..
2001-tasik tu da bawah paras bahaya
sekarang 2011 da..agak2 nya??
2012-dijangka matahari makin bergelora..
gempa bumi pun banyak,dimana2 saja..
bumi sudah tua
tapi penghuninya masih 'bermuda-mudi'
nyawa pun macam xbernilai..dimana2 pembunuhan dah macam benda biasa
anak2 ramai yang derhaka
penyanyi/artis disanjung2 terutama wanita
 
2013/2014..houseman pun xtentu dapat kerja lagi..
jadi..rasanya boleh tukar plan la ni..
xyah study medik da..
gi tuntuk ilmu agama
habiskan masa beribadat
kawin cepat2..jadi houseman kat umah
doktor utk anak2 & suami..=p
isteri kalau taat kat suami boleh masuk syurga melalui mana2 pintu yang dia suka..
matlamat hidup adalah tuk mencapai keredhaan Allah..
insyaAllah..
 
 
*duhai hati..kuatlah!
*aku sayang dia.. 3julai2011..
 
 
diRikU haNya uNtuK Mu..

June 28, 2011

weekend yang full

bismillah..

minggu ni sangat buzy..eh hujung minggu lepas..
start jumaat malam sampai ahad petang..full..
memang xlekat kt bilik..
hari2 kuar..
tapi sangat seronok..
walaupun sangat letih tapi hujung minggu ini sangat bermakna.

salah satunya-->diberi peluang untuk berada dalam surau dimana imam sedang mengajar kalimah syahadah..
saya dapat sorang saudara baru..revert..bukan convert.
sebab fitrah sume manusia adalah islam..

walaupun xdapat tengok 100% proses tu macamana..tapi saya berpeluang la jugak..
sebelum ni tengok lam tv je kan..
saya berpeluang mengajar dia cara berwuduk..'ikut macam saya.sume kena buat 3x'
ajar dia pakai kain sembahyang..'ikat kain ni macam saya'
alamak..imam dah rakaat akhir solat zuhur..
'da belaja solat belum?'
'belum..'
cne nak ajar ni..?
'ok..ikut je macam saya'
siap sembahyang..baru teringat..saya xajar dia niat solat..huhu..
cne nk aja lau duk ckap ikt cam saya je..dia mana taw saya baca niat dalam hati...
hehehe..
xpelah..dia pun baru je blaja lagi..
nanti pergi kelas fardhu ain ye..
gabra sebenarnya nak ajar dia ni..
tapi buat je la apa yang termampu..

ya Allah..betapa besarnya keagunganMu..hati2 ini hanyalah milikMu..
rasa nak peluk je dia kuat2..terharu..terasa kerdil dan hinanya diri ini berbanding dia.
dia masih bersih dari segala dosa.ibarat bayi yang putih suci..
Alhamdulillah..Allah kembalikan dia ke jalan yang benar..
allahuakbar!


'yaAllah..Kau bimbinglah sahabat ku ini,S dalam mencari redha Mu..berikan kami hidayah Mu..'

'moga Allah rahmati mu..saudaraku.'

----------



stress..tensen..depress..loss of interest..poor [ ]..

ya Allah..bantulah hamba Mu ini.
bukakan pintu hatiku supaya bersemangat untuk menuntut ilmu Mu..
berikan kefahaman yang tinggi supaya aku mudah faham apa yang dipelajari..
kuatkan ingantan ku supaya mudah ingat apa yang dibaca n hafal..
kurniakn kejayaan di dunia dan akhirat..amin..


diRiku haNya uNtuK Mu..

June 21, 2011

pencuri

bismillah..

Curilah masa untuk baca buku..
Curilah masa untuk buat nota study group..
Curilah masa untuk siapkan case-write up..
Curilah masa untuk isi log book..
Curilah masa untuk curi masa patient,clerking..
Curilah masa untuk community project,ppd..
Curilah masa untuk aktiviti komuniti pesakit psikiatri..
Curilah masa untuk psychotherapy session..

Curilah masa untuk observed 10 case autopsy (bedah siasat)
Curilah masa untuk SSM (special study module)
Curilah masa untuk elective posting-reflective  writing

Curilah masa untuk makan
Curilah masa untuk rehatkan badan
Curilah masa untuk solat berjemaah di surau
Curilah masa untuk baca quran,makthurat,solusi
Curilah masa untuk sunat hajat,dhuha,rawatib
Curilah masa untuk pengisian rohani
Curilah masa untuk rapatkan silaturrahim..
Curilah masa untuk ummah..
Curilah masa untuk amanah yang tergalas di bahu..

‘demi masa. sesungguhnya,manusia itu benar-benar  dalam kerugian.kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran.'

‘The man who decided to change on 12th hour die on the 11th’.
Jadilah pencuri masa…pasti kita beruntung.

don't goooo!
masa adalah nyawa..pergi tanpa ganti..

--------

Jangan jadi pencuri seperti di luar sana..
Mencuri dengan kejam, rompak ,tetak dan bunuh..
Jangan jadi pencuri nyawa anak kecil xberdosa
Didera dibuang tanpa sekelumit kasih dan belas..
Jangan jadi pencuri yang balasannya neraka..
Jangan ingat kita akan terlepas..
Di dunia atau akhirat..
------
Di akhirat..bilamana kita dihadapkan di mahkamah agung berhakimkan Allah s.w.t, semua anggota badan akan menjadi saksi kecuali mulut.
Begitu juga tika di dunia. Walau si kecil itu tak mampu menyatakan kebenaran, namun anggota/organ badan mereka akan bersuara. Walau  di luar tiada luka atau lebam, autopsy (bedah siasat) akan membuktikan siapa benar dan siapa salah. Setiap perbuatan itu akan diadili di dunia lebih2 lagi di akhirat sana.
Untuk ibu2 yang xlayak langsung memegang title ini, I warn u. don’t  u dare to throw away or kill or abuse them. U will never be escape.
---------
Posting psikiatri + SSM + posting forensic= mesti jadi pencuri yang pro. (^o^)

diRikU haNya uNtuK Mu..

June 17, 2011

gerhana bulan penuh

bismillah..


16jun..seperti yang dijangka berlakunya gerhana.
sapa yang berminat utk tgok foto bulan boleh tgok kt blog ni..
search la dr rowi blogspot.

i cant put the link here, otherwise sum1 will click and my uncle & the whole family will find out my blog. oh NO!!

'thun 2012 makin menghampiri dan dijangka permukaan Matahari kian bergelora'

what r u thinking about..scary??


diRikU haNya uNtuK Mu..

June 7, 2011

i'm hallucinating(@.@)

bismillah..

hari kedua di posting psychiatry.
nama glamour nye 'psiki'
'tok blago lut' klate kato 
dengar lecture..xle focus..
baca buku cikit..da ngantuk..
i'm hallucinating in psiki!
ada voice cakap suh tido tido tido!!!
haha.. cne nk blaja psiki nih??

buku psiki Kaplan ni sangat la  tebal
hampir 1500pages (termasuk index ok..huuu)
dan tersangatlah boring sebab buku tebal ni hanya penuh dengan tulisan hitam putih!
ada gambar pun,muka psychiatrist zaman dulu2
gambar pun hitam putih!
buat lahh buku yang  menarik sikit..
boleh psiki org yang baca nih.
topik schizophrenia xabih2 lagi dari tadi..
adehhh...

macam mana nak paham psiki nih??
saka paham lah..huh
istilah2 baru yang nak kena taw..berlambak
depressed,mania,delirium,melancholia,compulsion,agitation,elatipn,psychosis,neurosis..
disorder yang berlambak jugak..
help me~

macamana sekali pun..
i've to fall in love with psiki.
juz 4 this 2month..
bertahan! bertahan! bertahan!

'Psychiatry is a science of inexhaustible complexity. It is as infinite as  the range of human emotion and behaviour. One cannot possibly learn it all'.  (John Nemiah)
i like ayat last tu..=p
cuti seminggu sempat pergi pesta pantai di pantai irama ,bachok.
BACHOK,BANDAR PERLANCONGAN ISLAM.
insyaAllah..




*esok..9:15pg  kumpul kt daycare psiki.nk gi home visit.salah satu benda kena buat tuk isi log book.
*psiki ni..banyak community program gk..next week ada program outdoor ngan patient psiki.main2 gitu..
*tak sabar nak gi HBUK.hospital bahagia tanjung rambutan,ulu kinta~


*15-16jun 2011..gerhana bulan penuh.

diRikU haNya uNtuK Mu..