bismillah..
saya belajar sebab exam
exam sebab saya nak jadi doktor
nak jadi doktor sebab nak rawat pesakit
nak rawat pesakit sebab ini tanggungjawab saya
tanggungjawab sebab saya dah mengaku sebagai khalifah
khalifah sebab saya hamba Allah..
saya belajar medic kerana Allah.
baru sekarang jumpe jawapan yang tepat lagi accurate kepada soalan
'kenapa awak amik medic?' <------- soklan famos dr lecturer
----->jawapan famos dr student<---------
'nak tolong orang'
'nak selamatkan orang'
'nak bukak klinik/hospital,bagi murah2 kt orang xmampu'
'nak jadi kaya,nanti boleh derma/infak pada yang memerlukan'
'nak beli kereta & rumah idaman mewah,utk manfaatkan di jalan Allah'
'nak ubah keadaan keluarga,bantu mak ayah'
'nak bawa mak ayah gi mekah'
'arwah nenek meninggal sebab leukemia.jadi saya nak cari tahu pasal leukemia n cari treatment utk ni'
'sebab....nak kawin ngan doktor!'
dalam hati...
'doktor ni gah namanya dlm masyarakat'
'doktor gaji mahal'
'doktor comfirm dapat kerja'
'melonjak2 nama keluarga'
'dipandang tinggi orang kampung'
sape xnak kemewahan dunia..kan..
saya pun nak..
setengah orang 'xnak la kaya'. sederhana cukup la.
tapi saya nak kaya..
bila kaya sume boleh buat..
buat jahat boleh,baik pun boleh..
terpulang pada diri dan iman.
tapi bila kaya, bila umat islam kaya,kita xkan ditindas lagi
bila kita kaya, boleh buat bom nuklear,serang israel
buat senjata banyak2 serang musuh islam
infak pada jalan Allah
tolong anak yatim fakir miskin
saya nak kaya ^._.^
kaya dalaman n luaran mesti diseimbangkan..
kaya iman,kaya amal,kaya dunia akhirat
insyaAllah berjaya dunia akhirat.amin..
masih boleh post bila kerja berlambak menanti dan mesti disiapkan dalam minggu ini T___________T
1. case-write up ENT -->anta jumaat,langsung xbuat lagi!
2. postmortem KS-->anta jumaat,baru 10% buat
3.assignment speech clinic--physiology of swallowing,muscle n nerve involve-->anta rabu,langsung xbuat lagi
4.esok exam!! mini-clinical exam ENT-->sedang baca apa yang terdaya
5.PBL esok 8am! -->bila nak fill-in-the-blank??
6. PPD on laryngectomy!-->ohhhohho S.O.B!!
7. nota study group-->5topics to be finish by this last week <----maybe boleh buat during raya holiday??
ENT should be one of major posting,8weeks!
not 3weeks which all 3department to be covered.
ohhh ENT-HNS + speech + audiology + PPD
oppps all 4 dept!
'but then...medical student should know this n this n that..'
'stupid til proven otherwise'..<----exactly.
kenapa kamu komplain byk sangat ni..
kata belajar kerana Allah...
astaghfirullah...perbetulkan niat..ikhlaskan hati
'bila kamu rasa down,tanya pada diri,tanya pada iman. utk apa kamu belajar..ikhlaskah kamu..' prof Har.
menulis tuk mencari diri..motivasi diri sendiri..
menulis tuk membangkitkan semangat~
22 ramadhan 1432H..dikejar dan terkejar~
aim::moga ramdhan tahun ni lebih baik dr tahun lepas..
diRikU haNya uNtuK Mu..
August 21, 2011
pecut..jangan xpecut
Posted by sHaziaN at 22:45 0 comments
July 26, 2011
kringggggggg!
bismillah...
kt tok bachok,kt kmpp,ktsn,laman midah,ktdi dan hukm..sume tempat ni ada satu alat yang memang xde kt umah saya..sape yang ada alat ni kat umah dia,memang power la..umah saya umah kampung yang buruk jeee..
alat ni saya dah cuba test camana teknologi yang digunapakai..xde la canggih mana pun..ada sape2 yang sama spesis saya x?hehe
waktu tengah tunggu kawan yang biliknya terletak ditengah-tengah aras 1 blok A4,kmpp..nak pegi klas waktu kul2 lebih kurang.tunggu dia lambat sangat bersiap.nak masuk bilik dia, malas nak buka sandel.sedang asyik menunggu, ternampak la alat ni..kecik je.xde besar sangat..empat segi warna merah lebih kurang 3inch lebar dan tinggi.kt tengah2 ada cermin warna putih. pastu terbaca arahan,'sila pecahkan cermin kaca ni..'
terlintas kt kepala otak ni..cne dengan pecahkan benda ni,ia boleh berfungsi..apa mechanism mechanical dia nih ek..tilik kiri tilik kanan,dalam dan luar..tiba2 ternampaklah satu butang kat tengah,betul2 dibelakang cermin kaca ni.
eh tapi cermin ni cam bukan kaca je.cam plastik..utk make sure kn kaca or plastik, tangan ni pun cuba la ketuk2 dengan jari kelingking. slow2 je..ok got it! maybe kaca yang mahal sebab rupa cam plastik,ringan je..
otak ni ligat berputar..camana ia berfungsi..konon2 nak jadi engineer.
ketukan jari ditambah kekuatannya. tiga empat kali ketuk..
kringggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!! alamak! nahas!
saat tu jugak banyak kepala terjengul keluar dari deretan bilik sepanjang-panjang blok A4 tu. pelajar yang berada di dalam tandas hujung aras itu pun bergegas keluar.takut barangkali!
kaku,tercengang jap..tapi cepat2 bertindak masuk bilik kawan..huhuhu berdebar xyah cakap.pucat muka! tapi rasanya xde orang syak sape punye angkara nih..heeh..seb bek kawan cover line~ masuk bilik duk gelak2 sepuas hati. T_______________T
keluar berjalan menuju ke dewan kuliah,baru sedar rupa2nya satu kmpp loceng2 sume berbunyi..dahsyat teknologi dia!canggih! maka bergema lah satu kmpp dalam masa yang agak lama.1 2 jam jugak..keluar DK kul4 masih berbunyi lagi kot..intai2 jugak takut ada fire engine datang ke..sebab bunyi lama sangat~ selamat...xde bomba kepala batas..
sepanjang-panjang loceng tu berbunyi..jantung ku xberhenti berdegup..hehe memang xpernah berhenti pun..
moral of the story...jangan jadi genius sangat!
dan bersedialah setiap masa. kebakaran boleh berlaku saat ini jugak jika ditakdirkan..
so,yang perempuan kenalah selalu berpakaian menutup aurat walau di bilik..haaahhh????!!yang laki xbolehlah berseluar pendek je kat bilik???
yelah..kalaulah tiba2 bumi bergoncang,gempa bumi kuat contohnya..xsempat da nk piki cri bju tudung sume..tmbah2 sape yang duk kondo tingkat 24.betul x?pastu hp tu,save no bomba terdekat dengan kawasan anda.buat quick dial lagi.papehal senang. pastu lagi, dalam rumah tu sediakan pili bomba ke,pemadam kebakaran yang serbuk putih tu ke..
cakap pasal pemadam kebakaran ni..anak buah ku yang sangat genius sebab cikyah dia genius gak, pernah mengaplikasikan ilmu kebakaran ni ketika usia 5 tahun kot di tadikanya..dicabut pincu,halakan alat tu dalam kelas je dan picit kuat2. habis berasap satu tadika! penuh dengan debu..sian kt cikgu tadika kena sapu lantai..hehe..memang betul la kan..ilmu ni kena aplikasi.lau nk aplikasi waktu kebakaran je,mungkin kalut nervous xsempat aih nk baca arahan yang tertulis.
tapi..bila loceng yang berbunyi tu,boleh dengar satu dunia..cne??nak buat apa??cari pemadam api?tanah?serbuk?air?? tapi bunyi loceng tu lain macam..bukan macam loceng bomba yang canggih tuh..yang ini lagi canggih.satu dunia dengar..bumi bergoncang,langit bergulung bagaikan tikar.gunung bukit hancur.anak didalam kandungan tercicir. masing2 lari bertempiaran selamatkan diri.tapi nak lari ke mana???
itulah loceng terakhir kita dengar masa hidup ni..sebelum di bangkitkan sekali lagi menuju padang mahsyar,mengadap hakim yang Maha Agung,Maha Adil. tiap satu zarah amal baik atau buruk xkan terlepas.Astaghfirullah..
apabila terjadi hari kiamat. terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan (disangkal).(kejadian itu) merendahkan satu golongan dan meninggikan satu golongan yang lain. apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya. dan gunung2 dihancurluluhkan sehancur-hancurnya. maka jadilah dia debu yang berterbangan. {al-waqiah:1-6}
fikir2kan..apa cara kita utk menghadapi hari esok.apa persediaan supaya xkan dimamah dijilat api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu..nauzubillah..renung2kan..
peringatan utk tuan jari ni..dan jugak saudara ku yang dikasihi..
Posted by sHaziaN at 18:53 0 comments
July 20, 2011
..not me..
bismillah..
1) must have the ability to judge people in detail <------ which i dunt have!
2) must know how to comment on people behaviour or thought <---- not me!
3) must be a good listener <------ yes i am!
4) but the most important thing : have the idea on how & what to do to help them <------ ooppss! wrong person!
5) know how to tackle when ur being scolded by patient <-----i'm fail!
luve to listen to their story..only..
so..dont become a psychiatrist!
schizophrenia = waras ke x?
depend on the phase?
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 21:15 0 comments
July 18, 2011
.^_^.
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati
Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu
Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat
Posted by sHaziaN at 20:54 0 comments
July 16, 2011
DILEMA..DALAM PASTI
bismillah...
8 jul..community project telah di adakan di PJ Caring Home..xpasti ini rumah utk pesakit mental atau sape2 je yang homeless boleh menetap di sini.. xkesah la..penghuninya adalah Chinese and Indian..no Malay @ muslim yang pastinya..yang kesah nya..masa kitorang sampai, ada sorang laki ni ala-ala penyambut kitorang la..then masa tu kitorang cam beratur budak2 kecik zaman sekolah..2 line plak tu..masa tu aku di belakang AE, no 4 dr depan..for the warm welcome, that guy come and shake hand and introduce his name la.. the 1st two are my chinese frenz if i'm not mistaken. diorang mmg la xde problem nk shake hand ngan sape2 pn.
'abis la...cne ni..'
aku pusing belakang..ingat nak lari gi duk beratur belakang sekali.at least ada byk masa nk piki..kumpul kekuatan.
pupp!adushh!sume laki je belakang ni..xjadik.
tiba turn AE..muka cuak gile..sempat toleh aku..mintak jawapan kot..(jawapan xsempat nak proses!) ..serba salah.nak sambut ke xsambut ke sambut ke..eh tersambut!huuuhh walaupun tangan yang xikhlas,dan pendek aje yang dihulur tu..aku paham..next..owhhh wat to do?gano ni?otokajoo??
saat tu...cam masa pause kejap..bumi berhenti berputar di paksinya. bulan berhenti mengelilingi bumi.namun matahari tetap menghangatkan kami dengan cuaca suam2 kuku...aku kaku xtaw nak buat apa..sume mata pandang aku..perasan!
ingat lagi muka blur laki tu..aku lagi blur! mulut xtaw sengih ke senyum ke pahit ke..
bila masa kembali berdetak,bumi kembali berpusing,bulan kembali mengelilingi..laki itu sudah pun menarik balik tangannya..
Alhamdulillah! syukur..
tapi,aku xpasti apa dalam fikiran kawan2 yang lain..
itu aku xkesah..
yang pasti tenang..sudah terselamat..dan harapnya kawan2 yang lain beroleh kekuatan dari penolakan aku tadi..tapi sadis..hanya aku yang menolak..
dah banyak kali benda macam ni berlaku..dan tiap kali itu jugak aku kaget. dan kebanyakan masa jugak xde orang yang boleh support dalam benda ni..
pernah dengar..lau orang bukan mahram nk salam..kite xboleh malukan dia..tapi sampai bila nak jaga malu orang lain..sedangkan malu diri sendiri xterjaga? aurat sendiri x terjaga.
lau nak kena sambut tiap masa,sampai bila nak educate orang yang xpaham agama islam ni..kn?
tapi mungkin cara aku x appropriate sangat. maybe kena cakap 'maaf,saya xboleh sambut'..daripada just diam teragak-agak kn?
am i wrong??
sape2 ada idea..script ke..
| rumah orang asli..pekan,pahang. |
Posted by sHaziaN at 23:59 0 comments
July 4, 2011
zZZzzzZZ...ZzzZZZzz
bismillah..
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah 'Times' juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang."
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 17:38 0 comments
July 3, 2011
kiamat..
bismillah..
Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memper- kenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)
point nya disini...ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini.Setelah air tasik ini kering ketika itulah Dajal akan muncul dan berlakukan kecelakaan besar kepada umat Islam.
Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.
Tasik Galilee ini juga dipanggil "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.
Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses pengontangannya berlaku sejak dari tahun 2000 lagi. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini.
Natijahnya bangsa Yahudi sebenarnya amat takut dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw.hakikatnya mereka amat meyakini kebenaran hadis Nabi akhir zaman cumanya hati mereka amat degil dan keras untuk menerima kebenaran tersebut.
..................................
kiamat sudah dekat..
2001-tasik tu da bawah paras bahaya
sekarang 2011 da..agak2 nya??
2012-dijangka matahari makin bergelora..
gempa bumi pun banyak,dimana2 saja..
bumi sudah tua
tapi penghuninya masih 'bermuda-mudi'
nyawa pun macam xbernilai..dimana2 pembunuhan dah macam benda biasa
anak2 ramai yang derhaka
penyanyi/artis disanjung2 terutama wanita
2013/2014..houseman pun xtentu dapat kerja lagi..
jadi..rasanya boleh tukar plan la ni..
xyah study medik da..
gi tuntuk ilmu agama
habiskan masa beribadat
kawin cepat2..jadi houseman kat umah
doktor utk anak2 & suami..=p
isteri kalau taat kat suami boleh masuk syurga melalui mana2 pintu yang dia suka..
matlamat hidup adalah tuk mencapai keredhaan Allah..
insyaAllah..
*duhai hati..kuatlah!
*aku sayang dia.. 3julai2011..
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 17:59 0 comments


