September 22, 2011

Doa dhuha

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُك
 وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...


Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlahJika di bumi keluarkanlah...
jika minyak, gas di laut itu milik klate, buktikanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada

hamba-hamba-Mu yang soleh

*doa TGNA dan seluruh rakyat kelantan setiap jumaat, kuliah dhuha di tengah bandar KB.
TGNA mahu laksana hudud di kelantan..insyaAllah..

 

diRikU haNya uNtuK Mu..

September 20, 2011

open ur eyes

bismillah..


which one is yours??





cataract


diabetic retinopathy (floaters?)


glaucoma (tunnel vision)


age-related macular degeneration

xde satu pun kat atas??
jadi bersyukurlah..
mata anugerah yang xternilai
 nikmat iman dan islam lebih2 lagi la
xde mata still boleh masuk syurga insyaAllah..
kalau buta mata,still boleh nampak
guna mata hati
tapi bila mata hati yang buta
nak buat cmna?
istighfar,syahadah balik
astagfirullah al azim..


*jom gi 'open hospital'..hehe
*jap agi nak kena present..blh plak bt entry..hua3


diRiKu haNya uNtuK Mu..





September 16, 2011

raya2

bismillah..
1st time dengar lagu ni waktu otw blik kg raya 1st..
pecah perut kami adik beradik
ulang dengar ntah berapa kali xjemu2
suara,lirik dan muzik sangat lawak
siap salin lirik lagi..hafal tuh =p

>>>>>><<<<<<<<<<<<
Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

( korus 1 )
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya


( korus 2 )
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya


Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya


http://youtu.be/mocoaKNDnzM


*2ari penuh dengan open house..ukhwah itu indah bila sumenya kerana Allah..
*perut ari2 dapat makan..rohani pun lapar jugak..
*enjoy2 jugak..assignment bila nk buat niii..

selamat hari malaysia!


dirikU haNya uNtuK Mu..




September 12, 2011

mata=ophtalmology

bismillah..

(jange baco..bazir maso tenago demo jah)

bakpo la mu ni brehi wak kijo las minute?
esok nok ata male ni bru buat
esok pbl,banyok agi tok ciap
pah mata ngatuk doh..
pah bulih terjah2 blog ore
hok teruk nyo bulih wak entry plop!!
bilo nok bruboh nih??

dari mata turun ke hati
dari mata turun ke buah pinggang

time seput2 ni la tange gatal nok post..tebe'akk
berubahlah sebelum kamu diubah. erkk?
tjuk xdok kaite lasung~


diRikU haNya uNtuK Mu..

September 9, 2011

hati sakit/mati?

bismillah..

hati ku sakit..
terasa kosong..
terasa canggung..
hatiku matikah??

3syawal..5.30ptg dapat panggilan pemergian tok..
bukan tok saya..tapi tok kepada sepupu yang belah sana..
tok saya sumenya da meninggal..kecuali tok tiri ke-3 belah abah je
jenazah akan disimpan myb lepas maghrib/isya'
saya,adik abang dan ma bertolak ke KK(kubang kerian) lepas maghrib
nak kata sedih..x..sb xrapat pn..

sekadar 'jom la pergi.tengok jenazah. biar ingat mati sikit'

setibanya kami di kaw perumahan itu, beberapa buah kereta baru nk gerak menuju ke tanah perkuburan. kami pun terus lah sekali..
waktu nak melangkah masuk ke kaw kubur..ish takut gak..kami berpengangan tangan..adikku dah tarik2 baju ku..
xpernah nya malam2 pegi kubur ni..

tapi inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah dikebumikan..
kali pertama tengok jenazah waktu sekolah dlu2..tok sepupu yang lain..
masa tu mmang sangat takut. tengok jenazah kat rumah je pun. xikut pergi kubur,mandikan sume..
balik umah dah seram panas je badan..
malam tu kebetulan kena tido sorang..xle tido..teringat muka arwah..
penuh bantal keliling badan..kaku langsung xgerak..berpeluh2....
ditambah dengan binatang apa ntah yang melompat atas bumbung bilik..
pastu nampak mata bersinar di balik langsir..
ushhh sangat menakutkan pengalaman malam tu..

kali kedua..arwah mak (tok sendiri) yang meninggal..
yang ni paling kesal..
sebab xtengok..xjumpa pun..
xyah cite la..

raya ari tu mak cik cakap..'dalam ramai2 cucu, aishah jugak yg dapat..'
dapat apa..?rupanya..ada iras2 arwah mak..
Allah..aku rindukan mak..

dan ini kali ke3 ahli keluarga yang terdekat meninggal...
tapi xde feeling..xrasa apa..
kali pertama lihat kedalaman,bentuk dan keadaan
kediaman yang akan ku diami satu hari nanti..

berdiri di tepi liang lahad,bahagian kepala jenazah
xnak miss satu detik pun
waktu jenazah dimasukkan ke liang lahad..
apa perasaan??
no feeling..


ke sebab dah tengok banyak mayat kt forensik bedah siasat??
jadi dah xtakut tgok mayat?
owh jangan salahkan forensik!

sedih...
duhai hati..
kenapakah kamu sangat keras?
sedih sebab xsedih..

something wrong with my qalbu..

pernah  bayangkan x..
kegelapan di dalam tanah
kesejukan didalam tanah
beratnya tanah yang menhempap tubuh..
Allahuakbar!
saat saudara mara meninggalkan kita 7langkah..
datanglah mungkar n nakir..

harta banyak mana sekalipun..
rumah besar mana sekalipun
tilam empuk mana sekalipun
yang tinggal hanyalah kapan buat selimut
sejuk tanah pengganti aircond..
keras xempuk dibuat tilam..
penemannya hanyalah mungkar n nakir..

p/s: izinkan ku buat sedekah amal jariah..buat bekalan di negeri abadi..

10 syawal 1409..bayi perempuan yang cumil lote lahir ke dunia fana..


diRikU haNya uNtuK Mu..

August 30, 2011

Malam syahdu

Bismillah..

‘tok bah, esok raya ke?’
‘ye..’

‘yeyeye esok raya! Esok raya!’ sambil melompat2 keriangan.

‘orang kata, kalau esok raya malam ni malam syahdu.’ Dia datang duduk di sebelah ku.

‘hah apa dia?malam syahdu??’

‘aah la..’ dengan konfiden nya..

‘malam syawal la..’hahaha geli perut kami dengan telatah ‘imam muda’ keluarga kami.

‘eh..malam syawal..lupe…’ muka dipekup dengan bantal.maluu..
Bila sepupu2 dia berkejaran bermain bunga api, dia hanya melompat bersorak ‘bunga api!’
Gara2 insiden tahun lepas, tanganya terkena bunga api, sampai jadi vesicles kat tangan. Nangis2. Dah serik nak main…bersorak je lebih..penakut~

Alhamdulillah..ma abah, 8 adik beradik, 5 menantu,8 cucu..sume dapat berkumpul bersama untuk berbuka puasa malam kedua terakhir.

Dialah yang membaca doa berbuka puasa.

Tapi betul kata ‘imam muda’..malam syahdu..

Syahdu bila ramadhan pergi meninggalkan kita..
‘kak,jom doa bia esok xraya.’
‘xsempat dah la,dah buka puasa’.

Doa orang berpuasa sehingga ia berbuka insyaAllah termakbul.


Syahdu bila tahun ini hanya tinggal kami berlima beraya di rumah..
Yang tiga lagi kat umah mertua..
Xde dah riuh rendah hero2 kami..
Yang tinggal Cuma tangisan dua heroin yang baru pandai berjalan..

Malam raya senyap je..

Syahdu~adik beradik 8 pun rasa cam sikit je..kena tambah lagi ni =p


Cari suami yang adik beradik ramai~



'solihin nak jadi ustaz doktor,macam cikyah'


perkara2 sunnah ketika menyambut adidilfitri dan di sepanjang syawal:


1)bertakbir.
2)lafaz ucapan raya:(Taqobbalallahu minna wa minkum).
3)mandi sunat di pagi raya.
4)makan sebelum solat sunat aidilfitri.
5)memakai pakaian yang indah...
6)berjalan kaki menuju ke tempat solat..
7)menggunakan jalan yg berbeza pergi dan pulang ke tempat solat..
8)laksanakan solat di tempat yg lapang dan terbuka..
9)mengerjakan solat sunat aidilfitri.
10)bergembira pada hari raya..
11)meneruskan qiamulail...
12)berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal..


moga kita tetap  istiqamah walau di luar ramadhan~

salam aidilfitri dari alam maya
maaf andai post2 di alam ni ada yang mengguris hati anda sekalian..

1syawal,1:48 am

diRikU haNya uNtuK Mu..

August 22, 2011

23 ramadhan 1432H

bismillah..


apalah sangat kesibukan ku jika nak dibandingkan dengan kesibukan Rasulullah..


Rasulullah s.a.w pemimpin negara,keluarga,pembawa misi dakwah dan byk lagi jawatan baginda
tapi ibadah baginda sangat2 la jauh bezanya dari kita
baginda sibuk teramat sangat
walaupun dijamin syurga,tapi still beribadah sampai bengkak2 kaki..
kita solat terawih 20rakaat da komplain sakit tumi, lutut
solat 8rakaat bila seharian letih di wad,dah tersengguk2 solat terawih..


renung2kan bersama~


start from now,do not complain aishah!


ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia & suka mengampunkan, maka ampunilah aku dan ma abah ku..amin.


hai org beriman! jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan mu. (47:7)


*Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan mini cx ku pagi tadi..
my TM (tympanic membrane) is not prof's TM..we were talking a different TM but it seem similar finding..
Allah itu dekat, pertolongan Allah x disangka2.
i'll not forget 'my yellowish color TM' which is actually the mastoid cavity!
subhanAllah..walhamdulillah wa laa ila ha ila ALlah Allahuakbar.

'dan nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan..'

diRikU haNya uNtuK Mu..