March 20, 2012

kisah satu malam

bismillah..

[I]
hentian bas putra,KL. suasana yang bingit dengan bunyi enjin bas yang masuk ke terminal. aku menunggu betul2 di hadapan pintu masuk. menuggu darulnaim ekspress trip 9.30pm.masih awal lagi. lemas dengan asap rokok berkepul-kepul. benci betul! namun tepaksa aku menyedutnya.

'tolong jaga beg sekejap.nak pergi tandas.' seorang perempuan menyapa ku.

pelik aku...senang2 je dia boleh mempercayai aku yang tidak dikenali. kalaulah aku ini jahat, dah lama aku bawa lari beg dia. dua pulak tu! teringat kisah di satu blog aku aku baca. panjang ceritanya di mana dia ditipu oleh seorang perempuan bersama anak kecil. kisah benar itu berlaku disini.kononnya perempuan itu baik,akhir sekali dia ditipu bulat-bulat, tinggal sehelai sepinggang! macam mana jika aku bawa lari?mahunya dia menyesal seumur hidup. kena bagi pengajaran jugak ni. silap haribulan dia silap pilih orang lain, xpasal2.

9.10pm..bas yang ditunggu masuk ke terminal. namun perempuan itu belum juga muncul-muncul. lama benar dia ke tandas. sakit perut barangkali. aku mula gelisah. takut ditinggal bas. macamana jika dia tak muncul-muncul?entah2 ada dadah ke dalam beg ni,pastu tiba2 datang polis buat serbuan dan aku yang kena tangkap! alamak! xpasal2 aku yang diperangkap. terbalik!

aku memandang di balik cermin,mengintai kelibat dia. adehh..dah la mukanya aku lupa! tadi tak tengok betul2. aku mula memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil jika dia xmuncul juga. lantaklah..tinggal je,pesan orang lain tolong  jaga. tapi kesian..kalau orang lain itu jahat,dan bawa lari beg, aku pulak yang bersalah.

akhirnya,nampak juga batang hidung dia. aku cepat2 berjalan menuju bas yang diparkir jauh didepan sana. masyaAllah...habislah aku!jangan muntah sudah!  tak gerak lagi kepala dah pusing. dua biji dimenhydrinate aku telan. namun langsung tak berkesan!

[II]
bumi kota bharu bandaraya islam disimbahi hujan lebat usai solat subuh berjemaah di surau yang amat sempit itu. hanya memuatkan 5orang jemaah muslimat pada satu-satu masa. udara dingin dinihari menyapa. aku menarik beg roda yang agak berat,berisi buah-buahan , buah tangan untuk keluarga. hujan masih lagi lebat. ramai penumpang yang baru menjejak bumi KB pagi itu terpaksa menumpang teduh di kaki lima stesen bas SKMK di tengah2 bandar. terdetik di hati 'dah solat subuh ke mereka?mungkin rumah mereka dekat,dan masih sempat menunaikan kewajipan itu di rumah.barangkali.' aku mencari ruang, berjalan menuju ke arah kaunter bas.

'bas ke gunung-jelawat pukul berapo pokcik?'
dia memandang ke board. 'meta lagih'.(sekejap lagi)

benar sungguh janji Allah..antara waktu yang dimakbulkan doa adalah waktu hujan turun. usai solat tadi, aku sempat berdoa moga2 bas trip pertama masih belum bertolak.selama ini aku terpaksa menunggu lama. 7.45pagi, bas trip kedua. aku melihat jam. lebih kurang 6.25pagi. sepatutnya bas trip pertama akan bertolak pada pukul 6.15am. rahmat hujan...

badan terasa amat letih dan pening, bahana duduk seat paling hujung yang sangatlah tidak selesa. sudahlah kerusinya tidak boleh di adjust ke belakang,kusyen yang support kaki pun tiada. pertama kali naik bas darulnaim ekspress. moga2 itu kali terakhir.

aku mencari sedikit ruang untuk menunggu. kaki lima yang sempit itu penuh. Alhamdulillah..masih ada ruang untuk ku.  langit masih gelap. lopak-lopak air kelihatan. beberapa buah kereta berhenti,menjemput anak/adik beradik barangkali.

lupa...aku belum menelefon abah memaklumkan akan ketibaan ku. lantas nombornya aku dail. suara abah menyapa di talian. aku memberitahu aku akan pulang sendiri,menaiki bas cityliner. itulah kebiasaannya. tak sanggup untuk menyusahkan abah memandu di pagi hari untuk menjemputku. dari rumah ke KB memakan masa hampir setengah jam. mana mungkin aku sanggup mengejutkan ma abah dan menyuruh mereka menunggu ku sebelum subuh lagi. aku sudah besar. sudah boleh berdikari. masakan kuala lumpur ini aku berani redah ke mana jua,inikan pula KB.tempat tumpah darahku.

Allah kan ada.Allah akan menjaga aku walau di mana. pesan kakakku, 'amalkan baca ayat Kursi.buat pelindung diri'. hingga ke hari ini,alhamdulillah aku merasa selamat berjalan di mana2. walaupun beberapa kali ditegur lelaki tidak dikenali,kononnya minta pinjam wang.bermacam2 alasan yang direka. kali pertama, aku percayakan dia. mungkin dia benar2 dalam kesempitan. masih terbayang mukanya merah padam tatkala bibir menutur kata,mohon dihulur sesen dua. namun pada kali kedua, muka dia juga merah padam. tapi aku ini tidak buta. merah mukanya bukan kerana malu atau segan, tetapi disebabkan menahan marah kerana aku cakap tiada duit! inilah ibukota yang telah mendewasakan aku dengan pengalaman.

bukan sekali dua ma berleter. jangan berani sangat pergi situ pergi sini. jawabku 'kalau tak, nak bergantung dengan sape?hidup ini perlu berdikari. kena berani.' ma berleter kerana risaukan aku..aku tahu itu. dan aku ingat pesan-pesannya. dalam berani,perlu berhati-hati.

bas 639 akhirnya tiba di terminal. hujan sudah pun mulai reda. aku naik dan duduk di seat paling depan, belah kiri driver. senang nak turun nanti. beberapa orang penumpang beratur membayar tambang. nak dijadikan cerita, ada sepasang couple omputih.

'gi mano?' tanya driver bas. si minah saleh naik mancari seat. dia diam. tak faham.
'besut?' driver bertanya. memang selalunya foreigner akan pergi ke besut kerana disitu ada jeti yang akan ke pulau perhentian dan sekitarnya.
'ya ya besut,' dengan sedikit pelatnya.  si lelaki menghulurkan not RM50.
'12ya..Allah besar duit! xdok duit aluh ko?'  (tiada duit kecil ke?)
lagi la terpinar-pinar mat saleh ni. diam tak terkata-kata.
'gi tuka gi tuka'. ujar driver. sambil tangan ingin menunjuk ke arah kedai kopi di depan. driver pun dah xtaw nak cakap macamana. akhirnya dua-dua senyap. sorang xpaham,sorang xreti cakap.
aku toleh orang sebelah. lebih kurang baya aku. dia xnak tolong ke?ke aku yang kena tolong? should or shouldnt? aihhhh!
sume senyap.sume tengok je..masing2 xtaw nak buat apa. ada 2 3 orang beratur di tangga. menunggu giliran untuk naik.  driver suruh orang dibelakang matsaleh tu, tolong cakap. dia pun buat dunno je.sume xreti cakap. adeeehhh! bau budu la pulak kalau aku bukak mulut.
aku pun diam jugak!hahaha teruk2 ni.
'do you have smaller amount?'eh betul ke english aku nih??? xpe2..orang lain pun xreti jugak.pujuk hati sendiri.
'no no.' huhu nasib baik matsaleh faham. aku pun suruh la dia pergi kedai,tukar duit kecil.
'thank you'. aku angguk je..tak boleh cakap lebih-lebih. kocok boto budu umoh!

rasa macam pelik je...xpernah2 aku speaking dalam klate! nak tergelak pun ada.

[III]
'pakcik,lalu kubang kerian x?' seorang gadis manis berbaju kurung bertudung labuh berdiri di pintu bas. itu penumpang terakhir sebelum bas bergerak. sopan je aku tengok budak ni. tudung labuh pulak tu. belum sempat dia membayar tambang,bas sudah pun bergerak meninggalkan terminal. aku memberikan seat kosong disebelah untuk dia.
'excuse me! I..eeerr' mak aii!speaking dengan aku nih! nak kena speaking kali ke-2 ke?
'errr maaf...ada duit lebih x?' dia bertanya. ditanganya hanya ada beberapa keping duit syiling. sambil menggeledah dompetnya. xperasan pulak aku samada dia tiada duit kecil atau memang hanya syiling itu sahaja. aku pun menghulurkan RM1 kepadanya.
'terima kasih.' emm..senyum je...

hajat dihati ingin melayan mata yang minta ditutup..hairan aku...macam-macam jenis manusia ada..bukan aku kisahkan RM1 tu,langsung tidak. apa salahnya membantu saudara sesama islam. aku termenung,memikirkan andai aku berada di tempat dia. agaknya dah hampir nak turun baru aku minta duit orang kot. bila dah betul2 tebalkan muka dan hati. tapi dia senang je. ayat pertama dah xsegan2 minta duit. xpun, aku minta ma tunggu ditepi jalan sebelum aku tiba,ma yang bayarkan!hehe... bagus la jugak dia. xmalu xsegan untuk minta tolong. nak survive ni,jangan malu2.

rupanya2 dia student medik USM.orang melaka.kalau orang klate xkan nya speaking dengan aku! sama2 tahun 4. biasalah..bila medik bertemu medik,tiada perkara lain yang akan dibualkan melainkan medik juga!

[IV]
moral of the story....
1)saje2..dah lama xberkarya..cita2 dulu nak jadi penulis! naseb baik,kalau x rosak anak bangsa!
2)xtaw la kalau ada pengajaran yang boleh diambil..harap2nya..
3)tajuk tu..tajuk novel ahadiat akashah yang sangat3 lah best!
    mekna:cari novel tu sampai dapat taw!
4)aku suka hujan!

March 10, 2012

kelantan..seindah namamu


Negeri KELANTAN..Seindah NAMAmu,
Tanah Serendah Sekebun Bunga,
Negeri Tadahan Wahyu..

Cik Siti Wan Kembang,
Cukup Indah Namamu,
Seindah Negerimu..

Duhai WAJAHmu Yang Indah,
Persis Jeddah yang Pernah Ku lewati..

TAAT Menjunjung AL-QURAN,
Teguh Menggalas SYARIAT,
Yang Tidak Pernah Goyah..

Tersentuh HATI KUDUSku,
Lantaran Aku Disini,
Biar Tidak Pernah Kuduga,
Bertemu Dengan Seorang ULAMA',
Yang Dicintai RAKYAT..

Lalu KUNTUM RINDU Yang Lama Tersimpan,
Terubat Jua Akhirnya,
Biar SeKELUMIT CINTA


Beruntung RAKYATnya,
Menumpang Teduh Seorang ULAMA',
Yang LEMBUT Tapi Tegas BerIBADAT,
Yang PENGASIH Namun tak goyah
Pada Percikan keALPAAN DUNIA..

Pasti aku Merinduimu lagi,
Entah kapan bisa Diubati,
Cuma seTIPIS DOA bisa kutitip Buatmu,
Memacu MEMBANGUN ISLAM BERSAMA..

.
[ Oki Setiana Dewi,Bicara Selebriti 9 March 2012]




AMBO SAYE KLATE!

~tudung biru kegilaan abangku~

February 26, 2012

great teacher inspires!

bismillah..

'go to a&e..see how they manage trauma case..80% of your time should be in ward. be proactive. just call me if you need teaching next year'...Mr. Jamari, ortho)

'read around your patient.' ...Prof Wu,paeds)

'glad to help.cumanya kenapa tak mau bagi pahala kat saya?kenapa bagi duit?'..Dr A ziz Marwan,med)

'come and see me anytime.' ...Mr. Yazid B, ortho)

'doctor of tomorrow? jiwang la kau ni. patutlah patient x nak masuk. lain kali tulis 'i am a doctor today'. baru confident!'...Dr Rudy Reza, ortho)

'dah nak naik tahun 5 dah pun. boleh panggil registra dah'...Prof  Syed,ortho)

'see you next year. bukan budak kecil lagi da korang ni.' ...Prof Har)

'bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.' (13:11)

my art of photography.
cantik jugak :)



February 20, 2012

gurauan

Satu hari baginda Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat sambil makan buah tamar. Sambil berborak-borak Saidina Ali mahu bergurau dengan Rasulullah. Di antara sahabat-sahabat baginda, sebenarnya Ali yang paling banyak makan buah tamar tersebut. Tetapi secara senyap-senyap Ali meletakkan biji tamar yang beliau makan di tempat Rasulullah letakkan biji-biji tersebut. Seolah-oleh Rasulullah yang makan tamar tersebut.


Kemudian Ali pura-pura berkata kepada Rasulullah di hadapan sahabat-sahabat lain. “Wahai Rasulullah, banyaknya tuan makan buah tamar ini” sambil menunjukkan kepada biji tamar yang Rasulullah makan. Rasulullah tersenyum kerana tahu Ali telah cuba mengenakan baginda. Tetapi baginda spontan membalas “Tak mengapalah Ali, aku makan buah tamar banyak, tetapi aku keluarkan bijinya. Tetapi engkau Ali memakan terus semua bijinya“. Sahabat-sahabat semua tertawa.

Sebenarnya menjadi orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah tidak semestinya menjadikan seorang muslim itu bengis, perengus dan masam muka sepanjang masa. Buktinya Rasulullah juga selalu bergurau dengan sahabat dan isteri baginda. Tanggungjawab yang sangat besar untuk menyebarkan agama Islam di muka bumi masih terus dijalankan dan dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Namun begitu gurauan perlulah bertempat. Ia mestilah tidak boleh mempermainkan ayat-ayat Allah mahupun sunnah Rasulullah. Ia juga seharusnya tidak menjadikan hukum yang diperintahkan Allah sebagai satu bahan gurauan kerana ia mungkin menyebabkan seseorang itu gelincir aqidah tanpa disedari. Selain itu mempersenda dan mengejek manusia lain dengan niat gurauan juga perlu dielakkan supaya hubungan persaudaraan muslim itu berkekalan baik atas ketaqwaan kepada Allah.

copyrightpaste

February 18, 2012

:(

bismillah...
sangat xsuka bila mesej, orang x reply
bila nak survey, orang x respons
pastu bila dah selesai sume, baru nak respons


tension bila menunggu dan di tunggu
stress bila rasa bersalah menggunung dalam diri


wahai manusia..
janganlah kamu membazir masa manusia lain dengan terpaksa menunggu kamu


'demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian'


sangat stress bila menunggu..tapi yang peliknya
bila dah datang..terus hilang perasaan tu.. :)
rasa macam nak duk kat jepun je..semua orang tepati masa
sebab orang yang lambat akan dipandang serong kerana memungkiri janji 


jangan hanya fikir untuk kepentingan diri sendiri..
bila nak,reply
bila xnak..buat dunno
fikirkan juga perasaan orang yang terpaksa menunggu :(
jangan hanya fikirkan masa kamu..


jangan ingat orang lain x de perasaan


everyone has their own threshold level


case write up x siap pun x stress 
kerja yang berlambak pun x stress 
or am i a denial? or effective coping mechanism?


can't bear it anymore

February 15, 2012

you know..

you're a medical student when... 


every sentence you say begins with "I think",                                                                               


with a lot of "may be" in the middle,


and ends with "I am not sure".


until proven otherwise.

wakakaaa  .:D

j.i.w.a.n.g

Day after day
Time pass away
And I just can't get you out my mind
Nobody knows
I hide it inside
I keep on searching
But I can't find

The courage to show
To letting you know
I never felt so much love before
And once again
I'm thinking about
Taking the easy way out


But if I let you go
I will never know
What's my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know
If I let you go

Night after night
I hear myself say
What can't this feeling just fade away
There's no one like you
Can speak to my heart
It's just a shame we worlds apart
I'm too shy to ask
I'm too proud to lose
But sooner or later
I've got to choose
And once again
I'm thinking about 
taking the easy way out


 ^0^ waiting for someone to dedicate this song specially for me


*masih ada masa utk cemerlang! 
'umat islam harus cemerlang.'