February 16, 2013

Muhammad,Rasulullah

bismillah..

aku mendongak ke langit biru.
jelas kelihatan tulisan jawi dibentuk kumpulan awan 
'Muhammad,Rasulullah'
besar..
lama sekali sebelum ia pudar dan hilang dari pandangan


ini kali pertama
sebelum ini hanya mendengar cerita pengalaman mereka yang terpilih


aku meneruskan langkah
ramai yang mendongak ke langit biru
seperti tercengang dengan keajaiban yang berlaku
termasuklah aku

bagai sebuah skrin besar ditayang di ruang angkasa

'bahasa apa ni?'
israel?rusia?thailand?

perlahan-lahan pergerakan awan membentuk tulisan jawi 
terawang-awang..penuh
bagaikan slideshow 
yang lama-kelamaan makin laju dan laju
menyampaikan pesanan dari manusia agung itu

'dekatkan diri dengan Allah'

hanya ini yang aku sempat.

Allahuakbar!

mimpi.


#mungkin ada sesuatu.
kononnya dalam mimpi itu, Rasulullah s.a.w menyampaikan pesanan kpd umat yg disayangi sebagai persedian kiamat yg sudah dekat!

#post-10hours of journey..to be continue to HTI tomorrow morning.

#23jan13:NSI!hopefully everything will be fine.insyaAllah.

January 21, 2013

my cute sweetheart

bismillah..

'solihin sembahyang apa tadi?'
'sembahyang sunat dua rakaat, maghrib, pastu sunat dua rakaat'

ter'aspirate' aku mendengar jawapan dia..

pada telahan aku..dia hanya buat solat sunat baa'diah sahaja
selesai salam terus keluar saf  solat sunat dibelakang
abi pun kalah dengan dia

'sebelum 7 dah keluar pergi sekolah,4.20pm baru sampai rumah. petang pergi padang.maghrib pergi surau. kalau abi dia ada mesyuarat/usrah ke..dengan dia sekali balik kul10'.

regurgitate aku! 

.........

kali pertama melalui lebuhraya pantai timur semata-mata elak jam musim raya
singgah di R&R Lancang untuk jama' takhir zohor-asar
kononnya nak jadi imam,dia bentang sejadah ditengah-tengah kami, terkehadapan sedikit
usai solat asar empat rakaat,terus sambung lagi dua rakaat

'solihin solat apa tadi lepas asar?'
'solihin solat sunaatt..'
'ooohh..bagusnya...tapi kan..lepas asar orang xsolat sunat taw..'
senyum saja dia...



'adik,tadi abang tolong tok abah'.
........sebab abang nak bodek tok abah beli aiskrim matkool........ *(^_^)*




he really teach me a lot
such a  brilliant-7-years-old kid





let your kindness come like rain
that cares not whom it falls upon

let your kindness flow like rivers
quench the thirst of all who come


always missing him~

December 24, 2012

ceritera

bismillah..
suatu petang di yellow zone, accident & emergency PPUKM..

A:aku belum solat lagi ni
B:eh dah nak pukul 7 ni..pegi2 biar aku pasang monitor ni
tapi A still xberganjak
tiba-tiba..
C:pakcik pun belum solat lagi ni. maghrib pukul berapa?
B:emm..belum masuk lagi ni.kalau x, mereka akan annouce bila masuk waktu.
C:pakcik nak pergi tandas la.
B:pakcik masuk sebab sakit dada kan. kalau ikutkan pakcik tak boleh pergi mana2. takut nanti berlaku apa2. nanti saya ambilkan kotak solat pesakit. pakcik amik wuduk dengan spray je.
C:pakcik bukan nak lari.nak pegi buang air je. takkan pakcik nak lari.kalau x pakcik xdatang la sini

B pergi bertanyakan seorang staff nurse.
dengan muka terkejut..
SN:err..kalau sakit xpe kan. bukan ke niat je dah cukup 
ohhh..terkedu tak terkata..sambil senyum tawar yang dipaksa
B:sakit macam mana pun masih kena solat..

akhirnya C berkeras untuk ke tandas juga. balik dari tandas...relax-relax di atas katil.
B:pakcik..dah solat ke?
C: oh pakcik ingat dah lepas waktu asar..
B:belum azan lagi pakcik..
C:xpela..nanti pakcik solat waktu maghrib
terkedu lagi..


*almost 80% university student do not perform prayer. now i do  believe of this statement.
 nauzubillahi min zalik..
-----------------------
F: kalau aku jadi kau, aku pegi je cari masjid, letak duit tu kat tabung.xpayah susah-susah nak pikir pulangkan duit tu.
ini gara-gara jurutol yang bagi baki duit lebih. rm30..banyak tu.
call hotline plus-->kena pulangkan balik kat jurutol tu-->tol yang sama,xboleh tol plus yang lain
A: mesti dia dalam kesempitan jugak. kalau x mesti dia cakap amik je la duit tu.
agak-agak...berapa la gaji jurutol kan..
rm 30..bagi setengah orang kecik je..
bagi orang lain pulak..itulah duit makan anak isteri.duit beras bulanan..
mungkin.

-let your kindness flow like rivers quench the thirst of all who come                                                                                                      -let your kindness come like rain that cares not whom it falls upon


A&E: perhatian kepada semua pelanggan, sekarang telah masuk waktu solat asar. waktu solat maghrib pula  pada pukul 7.05pm. surau ada disediakan di tingkat 1. 
department lain: 'perhatian kepada semua pelawat,masa melawat sudah tamat. masa melawat seterusnya adalah pada pukul 4.30pm'


xsusah kan kalau nak buat pengumuman tu *_*

November 27, 2012

i'm in ED!

bismillah..

"02 dari 03..02 dari 03.panggilan. over"
"03 dari 02..03 dari 02.teruskan. over"

"base to sierra.base to sierra. over"
"sierra to base. go ahead.over"
"base to sierra. a 48 years old man having a stab wound at the abdomen....need your help.over"

............................

polis-polis.
kejar penjahat.
kena tembak
call ambulans
inspektor mazlan-inspektor aliza

itu permainan kami..dulu.

sekarang..realiti.

kali pertama menggunakan walkie-talkie so-called radio communication..
eager..very interesting---walaupun entah pape yang dimerapukan itu~

first day of emergency medicine
the shortest posting in medicine-2weeks
yet the most interesting to me
after oNg~

di pertengahan tahun lima..
lambaian  pro-exam makin laju
tolak makan-minum-tido-keluar-facebooking-blogging-tonton-
baki brapa minit?
eerrkkk~

..............................

'sebelum masuk wad,pakcik dah niat.pakcik akan tolong kamu semua selagi mampu. nanti jadi doktor yang baik,pakcik pun dapat pahala jugak.'

[pesakit adalah guru kamu yang sebenar]

terharu~

dikelilingi Doctor2 yang baik..sanggup bagi teaching saban minggu..xcukup,siap mesej xkira waktu..inform kes2 menarik di wad..

baiknya mereka kan~

ma abah setiap hari mendoakan aku..solat hajat..bangun malam..

......

masih...aku ini sama..xberubah..

xde progression..

wake up,aishah! open your eyes!

*malam ni semangat baca thyroid examination-dari dulu xreti-reti.
*oNg & family medicine xsempat update.
*ya Allah..jadikanlah ilmu yang kami belajar ini bermanfaat untuk kami,pesakit,dan ummah seluruhnya.amin.

aku takut ombak!

November 8, 2012

aisyah humaira'

bismillah..

'aku ingin supaya wanita-wanita dari  keluarga aku berkahwin pada bulan syawal.'
'mengapa engkau suka yang demikian wahai Ummul mukminin?'
'Rasulullah s.a.w menikahi aku pada bulan syawal. dan berbulan madu pada bulan syawal. tidak ada di antara isteri-isteri Rasulullah yang paling  beruntung daripadaku.'

kemerah-merahan..gelaran di beri.

mereka begitu cemburu terhadapnya. lalu diutuskan Fatimah r.a puteri baginda untuk menyampaikannya.
'hai bapaku, sesungguhnya isteri-isterimu mengutusku kepadamu untuk menuntut keadilan terhaadap anak Abu Bakar.'
'hai anakku, tidakkah engkau mencintai apa yang aku cintai?'
'aku mencintainya.'
'kalau begitu cintailah dia (aisyah)'.

'demi Allah, aku tidak akan membicarakannya selama-lamanya.' ujar Fatimah r.a kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
nanti nak kawen bulan syawal jugak <@_@>

'jika dibandingkan ilmu Aisyah dengan ilmu isteri-isteri Nabi yang lain atau dengan semua wanita tentu ilmu Aisyah lebih baik.'


*3consecutive weekends..URTI secondary to driving.errrkk?
turun je dari kereta-->occpital headache progress to generalised,throbbing in nature,unsteadiness,lethargy,xstudy-->next day high grade fever,sorethroat,lymph node enlarge,greenish yellowishh sputum,no cough-->strep score of 3-->,tepid sponging+PCM +self medication antibiotic
sampai bila macam ni?
alah bisa tegal biasa!

October 22, 2012

idola


must read!

TERISTIMEWA
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”

CEMBURU
Dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya pada suatu malam. Aisyah menuturkan, “Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.
“Apakah engkau sedang cemburu?” tanya baginda.
“Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?”
“Rupanya syaitan telah datang kepadamu”, sabda baginda.
“Apakah ada syaitan besertaku?’ tanyaku
“Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan” jawab baginda.
“Besertamu pula?” tanyaku.
“Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat”, jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa’i)

*idola bukan semata idola. jom jadi lebih baik.(aku lebih-lebih lagi)
*walau dosa setinggi langit,Allah xkan pandang jika kita bertaubat.

Fear Allah wherever you are, and follow a bad deed with a good deed to erase it, and treat people with a good attitude.

October 18, 2012

('___')

benci bila cakap suara slow
benci bila nak cakap ja datang dekat-dekat

if you are a girl, it is fine.

i don't mind if you want to discuss something about academic, but please watch it out~

mind your step please!