bismillah..
2 Mei 2013, Auditorium Fakulti Perubatan,Pusat Perubatan UKM.
'azhana,tolonglah kuat. untuk orang lain.'
untuk aku sebenarnya. bila tengok muka dia,aku jadi lemah. x kuat. x berani nak dengar pengumuman keputusan peperiksaan ikhtisas. ya..memang dari awal lagi dia xnak datang, tiba-tiba datang duduk tepi aku. gembira sebenarnya. tapi muka dia xboleh tahan. xpernah tengok muka dia macam tu. di kanan aku kak mah. hanya aku dan kak mah saja yang tekad nak datang dari awal dulu. yang lain sume nak tunggu kat bilik. tak bermakna kami ni kuat sebenarnya..
'A122162..'terus aku pegang tangan kakmah. tanda itu no matrik aku.
Alhamdulillah. syukur!
rasa nak sujud tang tu jugak.
setahun aku tunggu untuk gambar button bacth ni masuk blog ni. ada dua lagi yang aku beli utk Dr Azhana dan Dr Afniar.
'abah,orang lulus!'
'hah?lulus sume dah ke?sume-sume?'
'ya bah. orang dah pass sume.'
abah gelak gembira.suara pun dah berubah.terharu.menangis.mungkin. macam aku.
'kakda,orang lulus!'
'alhamdulillah,tahniah.jangan lupe sujud syukur.'
kakda tengah mengajar masa tu. tiba-tiba dia tunduk..
'cikgu,kenapa cikgu menangis?ada masalah ke?'
kantoi!
'kakmi,orang lulus!'
'waahh..terror mu cah.tahniah tahniah. doh bakpo jeritnyo (menangis)?'
'xtaw..xpercaya..'
..pah kt ku sero nok jerit... (dengan aku sekali pun rasa nak menangis)
ini kejayaan yang paling bermakna buat diri ini. UPSR,PMR,SPM,matrix,sume xde perasaan pun.dan ini kali pertama aku menangis utk sebuah kejayaan.
kejayaan ini utk special utk ma dan abah tersayang. abewe,kakda,kakmi,abe,adik,azra,shafiq. anak-anak buah tersayang.ipar duai.keluarga besar ku. dan seluruh orang kampung bator. dan jugak semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku. kalian semua adalah cikgu dalam hidupku.
***
'eh betul ke tadi nama saya, akak?'masih tak percaya. sebab aku terus xdengar apa-apa selepas no matrik diumumkan.
'betul,akk dengar nama hanaffi. kamu sorang je kan nama ayah hanaffi?'
'betul ecah,orang dengar nama ecah clearly. orang ada duk kat pintu'. hampeh nia..kata xnak datang.
sms farah. ko ada dengar nama aku x?-ada tadi nama ko..
teruknya aku,sampai aku xdengar nama orang lain,dan nama farah yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang. the only one Malay student. bangga dengan ko!
dengan itu,aku meletak jawatan sebagai pelajar perubatan dengan rasminya.
secara tak rasminya,aku masih pelajar perubatan. once masuk medical school, kita dah daftar no matrik as a
life long learner. never stop learning!
![]() |
| our last dating at masjid besi |

-the end-















