June 17, 2013

exam week


bismillah..

Senarai nama yang panjang berjela-jela dah ditampal di board depan ofis akademik. Habis je exam teori paper, berpusu-pusu la kami menjejak nama masing-masing.

sedar tak sedar, aku dah berjaya melalui minggu pertama pro-exam. susah jangan cakap. balik je kitorang housemate bertiga akan bincang balik dan congak-congak cikit berapa yang betul. meremang jugak aku. masa bincang x fikir panjang. kalau ada yang salah, 'relax la..baru satu.yang lain kan banyak lagi'. itu namanya  DENIAL. petang mulalah aku xboleh study. teringat-ingat apa yang dibincang tengah hari tu. cari penyakit  tu namanya. paper medical-based contohnya. susah tahap petala kelapan!scenario punye la panjang berjela-jela. dan soalannya pulak mengguris hati sungguh.

what is the MOST NEXT APPROPRIATE management?
what is the MOST APPROPRIATE investigation?
what is the NEXT APPROPRIATE management?

huwaaaaaaa! SAKIT HATI tak dengan soalan dia? satu lagi...waktu tengah baca scenario die yang panjang tu,hati dan minda memang kena fokus betul-betul.kena digest terus.dan formulate utk dapatkan diagnosis. dan yes!aku dapat diagnosis dah. sekali....statement last dia 'she was diagnosed with blablabla.what is the next step to do?' haruuuuuu. bukan main susah aku buat diagnosis dengan harapan soalan 'what is the diagnosis?'. hampeh. bila dah frust gini,next soalan tu dah malas fokus. malas fikir diagnosis dah. sekali...'what is the diagnosis?' heh. ulang la baca scenario dia sekali lagi. wasting. medical ni betul buat aku xsenang duduk. takut. sungguh. 50-50 ja mengikut apa yang aku congak. belum tolak yang xsure jawapan lagi tu. takut andai aku diumumkan sebagai pemegang rekod pelajar extend sebab teori paper! 

ops!patah balik. lets bygone be bygone.  Mata pantas mencari nama ‘hanaffi’. Yup. Ini cara aku mencari nama. Sebab mana-mana pun aku pergi bersepah nama aishah.  Femes betul. 

Alhamdulillah! Bukan isnin. Alhamdulillah sekali lagi. Jumaat. Round kedua.sesungguhnya aku benar-benar x bersedia physically,emotionally, dan clinically (ilmu) andai giliran aku hari isnin. Dia Maha Mengetahui. walaupun  nama aku satu-satunya pelajar melayu perempuan dalam kumpulan 24orang tuh. Dan sorang lelaki melayu yang aku xberapa nak kenal. Moga dengan barakah penghulu segala hari,ni yang terbaik untuk aku. Kadang terlintas jugak, x bestnya macam ni.kenapa aku sorang tercampak kt situ kn. Tapi aku cepat-cepat yakin ada hikmahnya. Mungkin bila examiner tengok,eh awak sorang je? Haa xpe, jangan risau. Lembut sikit hati mereka. Heh. Perasan. Eh. Bukan. Positive thinking.

Sorang semi sorang geng teman rapat aku dah habis clinical exam diorang.

Maka tinggallah aku keseorangan. Rabu-dah start x tentu arah. Nak study rasa xbetul. Nak tidur,lagi la salah! Nak mandi,dah berapa kali. Mesej farahin...tolong aku..maka berkaranglah mesej dia aku baca. Alhamdulillah.lega. telefon rumah. Cakap dengan sume yang ada..tenang. gembira. Boleh sambung study. Bila perut kecut balik, telefon raihan yang suka gelak menceriakn hari yang suram.huhu

Setiap petang tunggu berita mereka yang dah habis, dapat kes apa. Dan tiap kali tu, hydrochloric acid bertambah-tambah. Macam mana mereka boleh jawab. Aku macam xtaw satu benda pun kes-kes nih.

‘ya Allah.berilah apa yang terbaik utk ku dan sahabat-sahabat ku. Lembutkan hati examiner, pesakit. Dan berikan kes yang kami dapat score dengan cemerlang.’
doa yang aku xtinggal tiap hari.


F=paediatrics.
Aku xboleh amik kad F. Aku lemah paeds.
O&G pun x nak. Takut. 
Surgery..boleh la sikit. Sebab itu last posting aku.
Medical..kalau chestpain,asthma ok. COPD xnak! Stroke xnak!

As if I can choose everything!

Bila dah nama tu no 24,maka dibelakang sekali la aku beratur. Dan nasib badan,aku orang terakhir ambil kad dalam sampul tu. no choice.rasa nak nangis.

Allahuakbar! 
aku bertawakkal ya Allah.
Aku serahkan segalanya pada Mu ya Allah. Sungguh-sungguh.
kuat Aishah!

Bronchial asthma..pneumonia..itu je yang aku sempat rewind dalam kepala.
Yakin. Ini yang terbaik.

Langkah kanan. Selawat. Senyum. Al-fatihah. Ayat kursi.


Allah!

Prof Wu!
i do love kids,not paediatric!











-to be continue-

STUDY WEEK

bismillah..
*ini hanyalah untuk tatapan aku di hari tua. agar aku tak lupa saat itu.*

PRO-EXAM a.k.a professional exam or peperiksaan ikhtisas. Di mana segala apa yang dipelajari selama lima tahun di fakulti perubatan ini akan diuji. Dan exam ini la yang paling panjang study week nya-3 minggu ja pun-.  Berbanding dengan study week yang lain-1 minggu- yang macam xboleh nak bernafas tu..yang ni macam relax cikit. Heh. Sebab masa banyak jadi kelajuan ram ni pun slow cikit lah. Masih ada masa bergelak sakan, outing sana sini, plan ‘minggu melancong sedunia’ –yang xjadi tu-, dan macam-macam lagi. 

Dan study week ni pun lain dari yg lain,di mana aku dah x boleh sistematik macam yang lepas-lepas. Dulu, mesti habiskan revision-note-hafal-create mneumonic bagai-yang semestinya akan dilupakan bila habis exam- mengikut posting/department. Selagi x khatam satu posting aku x akan move on tuk posting seterusnya. Maka,mulalah kepala aku create bermacam-macam folder::OnG,surgery,medical, orthopaedic, ophthalmology, ENT-OHS,Anaes :: sama macam dalam lappy ku. Compartmentation di situ ya.  

Semestinya benda tu xboleh nak di apply masa pro-exam ni. Serius... segala apa yang dibaca aku selit-selit aja di celah-celah sulci and gyri otak aku ni. Asal melekat dan boleh dikorek kembali sudah. Bila baca diabetes, keluar dyslipidemia, cancer of head of pancrease, ray amputation bagai. Dan yang sadisnya, kena korek balik pathophysiology of pancreatic secretion. Anatomy siap. Bila tersedar, alamak! Detail sangat nih. Takut xsempat cover yang lain. Apa yang best waktu study week adalah ‘wah!bestnya..banyak benda kite taw kan.’ Dulu asyik senyuman sumbing sebagai jawapan kepada prof-prof.

Ada orang suka buat study group. Ada orang xboleh. Terpulang. Dan aku..both. dua-dua. Tapi kena tengok la apa dan bagaimana. Kalau benda tu boleh baca sendiri xperlu la kan. Tapi kalau benda2 praktikal,nak kena counselling,buat CPR tu kena geng la. The most important thing is stress kit. Before study week, aku dan housemates dah plan dah. Petang-petang kite gi tasik ya. Dan berjaya ditunaikan la walau sekali ja pun. Pergi ikut team senamrobik kat tasik permaisuri! Waktu kecederaan macam ni, housemate sangat la membantu. Kitorang x akan tutup pintu bilik selagi x tidur. So, in between duk baca sorang xpaham, mereka akan jadi mangsa utk diganggu. Tolong selak-selak otak-otak ni.

stress x? of course! stress yang menggunung. sungguh. dalam 5tahun belajar ini yang paling stress. planning dari semua segi kena start dari awal lagi. sebelum start study week dah list down nak study camana, topik apa kena, nota dah susun siap-siap,kemas bilik, barang keperluan sume kena cukup,duit poket cukup. lebih xpe. walau benda2 ni nampak kecil,namun ia akan menjadi besaaar bila saat-saat cmni. jangan tambah masalah lain waktu kritikal ni. satu lagi, kredit mesti ada. supaya bila-bila masa boleh call sape saja. dan jugak buku-buku non-medic tuk release tensen.



~triffle from my cool &sweet junior~
                             

baring atas katil,tenung dinding ni. bilik kan tempat privacy.so ikut sukalah nak tampal apa pun kan. tapi aku terlupa yang kawan-kawan suka lepak bilik aku.hiii...ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk ke apa..tapi sekadar sumber inspirasi utk diri sendiri.
time stress..aku akan tenung benda ni..berfikir..muhabasah..reflection.
negatively thinking..

'ya Allah..cukuplah aku kejar yang kat bawah tu sekali. yang atas tu rasanya x kot. lepas ni cukuplah jadi chronic MO dan surirumah berjaya.bertahan la.sikit je lagi'.pujuk hati sendiri.

sekarang ni pun dah tak tertanggung rasanya. macam nak pecah segala-galanya. betul..exam tu xsusah. senang ja pun soalan-soalannya. management.diagnosis.investigation.diagnosis. itu je. dan sume tu ada di tulis dalam kitab-kitab medic. yang susahnya adalah jawapan. berpuluh-puluh penyakit punye management yang kita baca.yang ditanya cuma satu. yang kita ingat management endometrial cancer.tapi dia tanya management cervical cancer. hentam la jawabnya.

ikutlah course apa pun.exam sume senang.jawapan je yang susah. 


-to be continue-

April 19, 2013

yes!



..she..
..does.. 
..love.. 
..me..



only when she miss me


March 5, 2013

@.@







kenapa malas sangat ni










need someone to push me up up up!

*admire me secretly.

February 16, 2013

Muhammad,Rasulullah

bismillah..

aku mendongak ke langit biru.
jelas kelihatan tulisan jawi dibentuk kumpulan awan 
'Muhammad,Rasulullah'
besar..
lama sekali sebelum ia pudar dan hilang dari pandangan


ini kali pertama
sebelum ini hanya mendengar cerita pengalaman mereka yang terpilih


aku meneruskan langkah
ramai yang mendongak ke langit biru
seperti tercengang dengan keajaiban yang berlaku
termasuklah aku

bagai sebuah skrin besar ditayang di ruang angkasa

'bahasa apa ni?'
israel?rusia?thailand?

perlahan-lahan pergerakan awan membentuk tulisan jawi 
terawang-awang..penuh
bagaikan slideshow 
yang lama-kelamaan makin laju dan laju
menyampaikan pesanan dari manusia agung itu

'dekatkan diri dengan Allah'

hanya ini yang aku sempat.

Allahuakbar!

mimpi.


#mungkin ada sesuatu.
kononnya dalam mimpi itu, Rasulullah s.a.w menyampaikan pesanan kpd umat yg disayangi sebagai persedian kiamat yg sudah dekat!

#post-10hours of journey..to be continue to HTI tomorrow morning.

#23jan13:NSI!hopefully everything will be fine.insyaAllah.

January 21, 2013

my cute sweetheart

bismillah..

'solihin sembahyang apa tadi?'
'sembahyang sunat dua rakaat, maghrib, pastu sunat dua rakaat'

ter'aspirate' aku mendengar jawapan dia..

pada telahan aku..dia hanya buat solat sunat baa'diah sahaja
selesai salam terus keluar saf  solat sunat dibelakang
abi pun kalah dengan dia

'sebelum 7 dah keluar pergi sekolah,4.20pm baru sampai rumah. petang pergi padang.maghrib pergi surau. kalau abi dia ada mesyuarat/usrah ke..dengan dia sekali balik kul10'.

regurgitate aku! 

.........

kali pertama melalui lebuhraya pantai timur semata-mata elak jam musim raya
singgah di R&R Lancang untuk jama' takhir zohor-asar
kononnya nak jadi imam,dia bentang sejadah ditengah-tengah kami, terkehadapan sedikit
usai solat asar empat rakaat,terus sambung lagi dua rakaat

'solihin solat apa tadi lepas asar?'
'solihin solat sunaatt..'
'ooohh..bagusnya...tapi kan..lepas asar orang xsolat sunat taw..'
senyum saja dia...



'adik,tadi abang tolong tok abah'.
........sebab abang nak bodek tok abah beli aiskrim matkool........ *(^_^)*




he really teach me a lot
such a  brilliant-7-years-old kid





let your kindness come like rain
that cares not whom it falls upon

let your kindness flow like rivers
quench the thirst of all who come


always missing him~

December 24, 2012

ceritera

bismillah..
suatu petang di yellow zone, accident & emergency PPUKM..

A:aku belum solat lagi ni
B:eh dah nak pukul 7 ni..pegi2 biar aku pasang monitor ni
tapi A still xberganjak
tiba-tiba..
C:pakcik pun belum solat lagi ni. maghrib pukul berapa?
B:emm..belum masuk lagi ni.kalau x, mereka akan annouce bila masuk waktu.
C:pakcik nak pergi tandas la.
B:pakcik masuk sebab sakit dada kan. kalau ikutkan pakcik tak boleh pergi mana2. takut nanti berlaku apa2. nanti saya ambilkan kotak solat pesakit. pakcik amik wuduk dengan spray je.
C:pakcik bukan nak lari.nak pegi buang air je. takkan pakcik nak lari.kalau x pakcik xdatang la sini

B pergi bertanyakan seorang staff nurse.
dengan muka terkejut..
SN:err..kalau sakit xpe kan. bukan ke niat je dah cukup 
ohhh..terkedu tak terkata..sambil senyum tawar yang dipaksa
B:sakit macam mana pun masih kena solat..

akhirnya C berkeras untuk ke tandas juga. balik dari tandas...relax-relax di atas katil.
B:pakcik..dah solat ke?
C: oh pakcik ingat dah lepas waktu asar..
B:belum azan lagi pakcik..
C:xpela..nanti pakcik solat waktu maghrib
terkedu lagi..


*almost 80% university student do not perform prayer. now i do  believe of this statement.
 nauzubillahi min zalik..
-----------------------
F: kalau aku jadi kau, aku pegi je cari masjid, letak duit tu kat tabung.xpayah susah-susah nak pikir pulangkan duit tu.
ini gara-gara jurutol yang bagi baki duit lebih. rm30..banyak tu.
call hotline plus-->kena pulangkan balik kat jurutol tu-->tol yang sama,xboleh tol plus yang lain
A: mesti dia dalam kesempitan jugak. kalau x mesti dia cakap amik je la duit tu.
agak-agak...berapa la gaji jurutol kan..
rm 30..bagi setengah orang kecik je..
bagi orang lain pulak..itulah duit makan anak isteri.duit beras bulanan..
mungkin.

-let your kindness flow like rivers quench the thirst of all who come                                                                                                      -let your kindness come like rain that cares not whom it falls upon


A&E: perhatian kepada semua pelanggan, sekarang telah masuk waktu solat asar. waktu solat maghrib pula  pada pukul 7.05pm. surau ada disediakan di tingkat 1. 
department lain: 'perhatian kepada semua pelawat,masa melawat sudah tamat. masa melawat seterusnya adalah pada pukul 4.30pm'


xsusah kan kalau nak buat pengumuman tu *_*