December 24, 2012

ceritera

bismillah..
suatu petang di yellow zone, accident & emergency PPUKM..

A:aku belum solat lagi ni
B:eh dah nak pukul 7 ni..pegi2 biar aku pasang monitor ni
tapi A still xberganjak
tiba-tiba..
C:pakcik pun belum solat lagi ni. maghrib pukul berapa?
B:emm..belum masuk lagi ni.kalau x, mereka akan annouce bila masuk waktu.
C:pakcik nak pergi tandas la.
B:pakcik masuk sebab sakit dada kan. kalau ikutkan pakcik tak boleh pergi mana2. takut nanti berlaku apa2. nanti saya ambilkan kotak solat pesakit. pakcik amik wuduk dengan spray je.
C:pakcik bukan nak lari.nak pegi buang air je. takkan pakcik nak lari.kalau x pakcik xdatang la sini

B pergi bertanyakan seorang staff nurse.
dengan muka terkejut..
SN:err..kalau sakit xpe kan. bukan ke niat je dah cukup 
ohhh..terkedu tak terkata..sambil senyum tawar yang dipaksa
B:sakit macam mana pun masih kena solat..

akhirnya C berkeras untuk ke tandas juga. balik dari tandas...relax-relax di atas katil.
B:pakcik..dah solat ke?
C: oh pakcik ingat dah lepas waktu asar..
B:belum azan lagi pakcik..
C:xpela..nanti pakcik solat waktu maghrib
terkedu lagi..


*almost 80% university student do not perform prayer. now i do  believe of this statement.
 nauzubillahi min zalik..
-----------------------
F: kalau aku jadi kau, aku pegi je cari masjid, letak duit tu kat tabung.xpayah susah-susah nak pikir pulangkan duit tu.
ini gara-gara jurutol yang bagi baki duit lebih. rm30..banyak tu.
call hotline plus-->kena pulangkan balik kat jurutol tu-->tol yang sama,xboleh tol plus yang lain
A: mesti dia dalam kesempitan jugak. kalau x mesti dia cakap amik je la duit tu.
agak-agak...berapa la gaji jurutol kan..
rm 30..bagi setengah orang kecik je..
bagi orang lain pulak..itulah duit makan anak isteri.duit beras bulanan..
mungkin.

-let your kindness flow like rivers quench the thirst of all who come                                                                                                      -let your kindness come like rain that cares not whom it falls upon


A&E: perhatian kepada semua pelanggan, sekarang telah masuk waktu solat asar. waktu solat maghrib pula  pada pukul 7.05pm. surau ada disediakan di tingkat 1. 
department lain: 'perhatian kepada semua pelawat,masa melawat sudah tamat. masa melawat seterusnya adalah pada pukul 4.30pm'


xsusah kan kalau nak buat pengumuman tu *_*

November 27, 2012

i'm in ED!

bismillah..

"02 dari 03..02 dari 03.panggilan. over"
"03 dari 02..03 dari 02.teruskan. over"

"base to sierra.base to sierra. over"
"sierra to base. go ahead.over"
"base to sierra. a 48 years old man having a stab wound at the abdomen....need your help.over"

............................

polis-polis.
kejar penjahat.
kena tembak
call ambulans
inspektor mazlan-inspektor aliza

itu permainan kami..dulu.

sekarang..realiti.

kali pertama menggunakan walkie-talkie so-called radio communication..
eager..very interesting---walaupun entah pape yang dimerapukan itu~

first day of emergency medicine
the shortest posting in medicine-2weeks
yet the most interesting to me
after oNg~

di pertengahan tahun lima..
lambaian  pro-exam makin laju
tolak makan-minum-tido-keluar-facebooking-blogging-tonton-
baki brapa minit?
eerrkkk~

..............................

'sebelum masuk wad,pakcik dah niat.pakcik akan tolong kamu semua selagi mampu. nanti jadi doktor yang baik,pakcik pun dapat pahala jugak.'

[pesakit adalah guru kamu yang sebenar]

terharu~

dikelilingi Doctor2 yang baik..sanggup bagi teaching saban minggu..xcukup,siap mesej xkira waktu..inform kes2 menarik di wad..

baiknya mereka kan~

ma abah setiap hari mendoakan aku..solat hajat..bangun malam..

......

masih...aku ini sama..xberubah..

xde progression..

wake up,aishah! open your eyes!

*malam ni semangat baca thyroid examination-dari dulu xreti-reti.
*oNg & family medicine xsempat update.
*ya Allah..jadikanlah ilmu yang kami belajar ini bermanfaat untuk kami,pesakit,dan ummah seluruhnya.amin.

aku takut ombak!

November 8, 2012

aisyah humaira'

bismillah..

'aku ingin supaya wanita-wanita dari  keluarga aku berkahwin pada bulan syawal.'
'mengapa engkau suka yang demikian wahai Ummul mukminin?'
'Rasulullah s.a.w menikahi aku pada bulan syawal. dan berbulan madu pada bulan syawal. tidak ada di antara isteri-isteri Rasulullah yang paling  beruntung daripadaku.'

kemerah-merahan..gelaran di beri.

mereka begitu cemburu terhadapnya. lalu diutuskan Fatimah r.a puteri baginda untuk menyampaikannya.
'hai bapaku, sesungguhnya isteri-isterimu mengutusku kepadamu untuk menuntut keadilan terhaadap anak Abu Bakar.'
'hai anakku, tidakkah engkau mencintai apa yang aku cintai?'
'aku mencintainya.'
'kalau begitu cintailah dia (aisyah)'.

'demi Allah, aku tidak akan membicarakannya selama-lamanya.' ujar Fatimah r.a kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
nanti nak kawen bulan syawal jugak <@_@>

'jika dibandingkan ilmu Aisyah dengan ilmu isteri-isteri Nabi yang lain atau dengan semua wanita tentu ilmu Aisyah lebih baik.'


*3consecutive weekends..URTI secondary to driving.errrkk?
turun je dari kereta-->occpital headache progress to generalised,throbbing in nature,unsteadiness,lethargy,xstudy-->next day high grade fever,sorethroat,lymph node enlarge,greenish yellowishh sputum,no cough-->strep score of 3-->,tepid sponging+PCM +self medication antibiotic
sampai bila macam ni?
alah bisa tegal biasa!

October 22, 2012

idola


must read!

TERISTIMEWA
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda,
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya” [HR Bukhari dan Muslim].
“Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”

CEMBURU
Dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya pada suatu malam. Aisyah menuturkan, “Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.
“Apakah engkau sedang cemburu?” tanya baginda.
“Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?”
“Rupanya syaitan telah datang kepadamu”, sabda baginda.
“Apakah ada syaitan besertaku?’ tanyaku
“Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan” jawab baginda.
“Besertamu pula?” tanyaku.
“Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat”, jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa’i)

*idola bukan semata idola. jom jadi lebih baik.(aku lebih-lebih lagi)
*walau dosa setinggi langit,Allah xkan pandang jika kita bertaubat.

Fear Allah wherever you are, and follow a bad deed with a good deed to erase it, and treat people with a good attitude.

October 18, 2012

('___')

benci bila cakap suara slow
benci bila nak cakap ja datang dekat-dekat

if you are a girl, it is fine.

i don't mind if you want to discuss something about academic, but please watch it out~

mind your step please!

September 29, 2012

Oh Eng Gie

bismillah..

Allah..lama sungguh x update blog.
busy..atau buat-buat busy..

second posting 
my favorite and worst posting
itulah dia OBSTETRICS & GYNAECOLOGY

lusa dah masuk minggu ke-5
tapi baru satu yang dapat conduct
tu pun just tahan perineum dari terkoyak selepas midwife buat episiotomy

sungguh
buat aku tersedar..dan insaf..
betapa tak ternilai pengorbanan ibu melahirkan anak
nyawa dihujung tanduk..bersesak nafas meneran si anak keluar

tangan kanan menahan perineum dari terkoyak
tangan kiri menolak kepala bayi ke bawah
tersedar betapa kuatnya si ibu perlu meneran
sehingga badan aku pun tertolak ke belakang
itu belum lagi ketika kepala dah hampir keluar sepenuhnya

tatkala si ibu menangis hiba
syukur si anak menangis sebaik lahir ke dunia
dengan aku sekali hiba hampir menangis sama

'.terima kasih Allah.syukur.' mengalir air mata kesyukuran.

buat aku meremang. terharu..

kasih seorang ibu

'sabar aishah...tahan.tahan.'

itu jihad seorang ibu

*ahad..selasa..jumaat..24hour oncall..3times/week.
semangat!semangat!

paediatrics


bismillah..

trained as a pre-registered house officer (PRHO)
tugas PRHO:update patient and clerk new admission,tolong Dr.

formula SOAP
cara tulis dalam BHT.

Subjective:patient is well. sleep well last night. tolerating orally. no acute complain.
Objective:vital signs, input/output chart
Assesment: alert conscious not in pain. per abdomen. cvs. resp.cns.
Plan:continue primary plan. etc.

2kali bermalam di wad.

peluk bear yang tersangatlah besar
di atas sofa sponsored by ikea
tambah dengan demam panas
tidur dengan lenanya

nasib baik xde new admission 
nasib xbaik supervisor call kat wad
'aishah buat apa?'
'ada..tidur kat sofa.'
bertuah punye kawan!


first time dapat supervisor yang sangat-sangatlah sporting
dapat duet raya lagi..biskut mahal lagi..
tabik spring tuk Dr Juriza


'i love kids. but not paediatrics.'

*jangan lupa untuk usap kepala anak-anak dari tengku budriah*