August 9, 2010
UNTUK MU HAWA
"Awas kaki mu itu. Aurat !" "labuhkan jilbab mu sehingga menutupi dada mu!" Wahai Hawa..pernahkah kamu terfikir bahawa kakimu itu aurat? Jika ya,kenapa tidak kamu tutupinya dengan sempurna? Jika tidak,ingin daku khabarkan suruhan Pencipta mu,Pencipta ku,Pencipta seluruh alam. Daku terfikir,kenapakah ramai yang memakai tudung tetapi kakinya dibiarkan begitu sahaja. Menjadi ratapan umum. Sebagaimana yang kamu tahu rambutmu itu aurat,wajib ditutup,begitulah juga hak yang dituntut ke atas kaki mu.pakailah sarung kaki@stokin. Jika kamu tidak rela rambutmu yang lawa itu ditatap oleh lelaki yang halal kamu nikahi,fikirkan juga nasib kakimu yang putih melepak itu. Wahai Hawa..labuhkan jilbab mu,labuhkan tudung mu menutupi dadamu mu. Untuk apa dikau angkat tudung sehingga menunjukkan bentuk badan mu? Apa tujuan mu,Hawa? Khabarkan pada ku agar daku mengerti. Adakah dikau bertujuan menggoda lelaki2 agar tertarik pada mu? Adakah kerna dikau bangga akan mahkota mu itu lalu dikau sudi menjadikannya bahan pameran,ratapan umum seluruh dunia???yang mana satu jawapan mu Hawa? Khabarkan pada ku! Wahai Hawa..Nabi pernah bersabda yang mafhumnya menyebut tentang dua golongan yang mendapat laknat dari Allah, tidak akan berjaya memasuki syurga malah tidak berhak langsung mencium bau syurga iaitu golongan pemimpin yang zalim dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(kasiatin `ariatin). Daku ingin bertanya pada mu,adakah kamu sedar bahawa baju lawa yang dikau pakai itu terlalu nipis? Nampak segala yang tidak patut nampak! Sedar @ buat xsedar? Tidak malukah dikau? Banggakah dikau? Tidak takutkah dikau? Tidakkah dikau sedar bahawa dikau sedang telanjang?? Maaf ,tetapi ini bukan kata2ku,ini hadith Nabi. Fikir2kanlah Hawa yang daku sayangi. Insaflah! *Ke mana hilangnya sifat malu mu Hawa? Gapailah kembali sebelum KIAMAT menjelma!! *BERTINDAKLAH SEBELUM DIRIMU DIJEMPUT ILAHI. *Bittaufiq wal hidayah..amin.. diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 19:04 0 comments
August 8, 2010
SALAM RAMADHAN
Assalamualaikum. Salam Ramadhan buat semua tetamu yang sudi melawat blog saya. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri kite.semoga amalan dapat di lipatgandakan. Semoga kita dilimpahkan kurniaNya.semoga Ramadhan yang akan kite lalui selama sebulan ini cukup untuk mendidik kita,mengajar kita,dan yang paling penting,hikmah Ramadhan,iaitu untuk menjadikan kita HAMBANYA yang BERTAQWA dengan sebenar-benar TAQWA. Diri ini bukanlah seorang yang layak untuk berbicara. Tapi cukuplah sekadar pesanan yang ringkas2 untuk kalian. Penuhilah Ramadhan dengan Qiamullail. Solat terawih harap2 dapat penuh. Janganlah kite bermalas2an kerna kite tidak tahu sama ada ini adalah Ramadhan yang terakhir. Marilah kite bersama2 mengejar malam LAILATULQADR. *jom kita berusaha khatamkan QURAN 30JUZUK dalam bulan ini. *p/s: janganlah kalian menghabiskan masa melawat blog ini andai kalian belum-solat,baca Quran,belajar. Kerna saya juga mempunyai saham ke atas anda. Jangan kelian melewatkan solat dengan membaca tulisan ini kerna saya tidak punye jawapan untuk KEKASIH ABADI saya kelak. *semoga tuan punye tangan ini melaksanakan apa yang di catatkan di sini. Firman Allah, "wahai orang beriman, janganlah kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan. Sangat besar kemurkaan Allah terhadap orang yang berkata tapi tidak melakukan." As-soff:2-3. *cakap xserupa bikin.kemurkaan Allah di atas kamu. Maafkan segala salah silap saya.halalkan makan minum saya. diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 15:59 0 comments
BAGI BALIK
Sedih.. saya nak laptop cumil saya.
Hilang…huk3.. :(
Tapi bukan saya yang menghilangkannya.
Orang lain. aaaaaaa
Ganti balikkkk..
Sebijik cmtu jugak!
Xkiraaa!!!
Tapi konpem2 xkan dapat yang tu
Dah la abang saya yang hadiahkan
Bukan beli kt Malaysia.
Uwaaaaaa
Cne ni.. sedih..
nk marah pun ada.
kesian pun ada
Patutlah lama saya tunggu baiki xciap2
Lebih kurang 1tahun da tunggu
Rupa2nya da hilangรจgeram!!
Apa yang saya perlu buat??
Tolong saya.
Saya kesian jugak kt dia
sebab bisnes dia baru nak stat.
Xtaw dah berkembang ke tidak.
Tapi sape nak kesian kat saya.
Saya sayang laptop tu
Kalau saya yang beli sendiri xpe jugak
Tapi ini abang saya yang kasi
Walaupun xblh baiki biarlah.
bagi la yang rosak pun.
Saya nak simpan buat kenangan.
Tapi benda ini xkan berlaku.
Sampai kiamat pun.
Sob3..nak laptop tu.
Tolong la paham jiwa saya.
Nak jugak nak jugak nak jugak!!!!!
*Xsuka orang hilang/rosakkan/ xjaga/xhormat barang saya.
*X SUKA!!!!
\(^_^)/
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 15:19 0 comments
August 7, 2010
SEDARLAH
Adakah saya tension?
Adakah saya stress?
Adakah saya tertekan?
Adakah saya depress?
Rasa2 nya xde pn.say a xde masalah berat pn(kecuali ngan ofis ktdi ja).
Masalah keluarga xde,kewangan xde,kawan2 xde,akademik pn xlah sangat.
So ape yang saya duk tension?
pelik bin ajaib cucu hairan lagi tu.
Stress short case ke?xde pn.
So??
Ntah la.xyah piki la.
yang xtension tiba2 jadi tension.huh
bia la dia.
Dah tu knpa jadi macam tu ey?
Eh2 pening2.
Dah2 jangan tensen ok.
Kawan cakap,dia rasa saya tension
???????
Macam mana dia boleh rasa saya tension sedangkan saya xrasa tension?
Adehhh parah2..
Ke saya yang xsedar diri sedang tension.
Boleh ke cmtu?
Maybe badan saya stress ngan saya kot. Tapi saya xstress ngn badan saya.
Hehe..cumil ja
Saya xjaga pemakanan kot.banyak sangat benda mengarut masuk lam perut ni.
Masa makan pun xjaga sedangkan setiap hari saya perlukan tenaga yang banyak untuk ber'shopping' dalam 6buah ward tu.hihihi
Btul kot naa..emmm
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 11:55 2 comments
Sukasuki \(^0^)/
Yes! Da abih da.ari yang ku tunggu2. Lepas jgk akhir nya.tpi xtaw la cne resultnya. Xkisahlah.yang penting da lepas. Skangm ni..saya nak kepala saya bali ke keadaan normal. Tu je harapan saya.seksa sakit kepala ni taw dok.huhu..ujian2. tapi sedih gk minggu ni. Satu sebab pemergian dia, n satu agi makcik(merangkap mak angkat) da pindah ke hospital penang. Tadi pergi wad Onco, dia da xde. Xsempat nak mengiringi kebarangkatannya itu.ayat apa nih..lantaklah. xle piki ayat da skang ni.tapi nak jugak post something.1minggu da xpost pape. Syukur sangat2 short case tadi.betui salah xkira.asal saya puas ati.tu ja.k la nak tido lah.rehatkan kepala ku ini. diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 00:48 0 comments
August 1, 2010
THINK & MAKE UR MOVE
10 Sifat Calon Suami Yang Baik Copyrightpastefrom..??.. Tapi betul la tu kan.. =p untuk mendapatkan sesuatu yang baik,anda perlu menjadi baik terlebih dahulu. untuk mendapatkan suami yang soleh,anda perlu menjadi solehah terlebih dahulu. untuk mendapatkan suami yang hafaz Quran, anda perlu menjadi hafizah terlebih dahulu. then, barulah anda boleh buat pilihan yang anda suka. ingat tu kaum hawa. eh2 jap..kenapa buat post sal benda ni ek??alamak!! \(^0^)/ ~GUD LUCK~
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 17:32 0 comments

