January 29, 2011
KENAPA DIA..
Posted by sHaziaN at 13:59 3 comments
January 15, 2011
KENANGAN INI..
Bismillah..
Bacaan tahiyat akhir solat dua rakaat itu, tidak sempat aku habiskan hingga akhir ayat. Cukup sekadar yang wajib tatkala deringan handphope menarik perhatian ku. Selalunya aku akan biarkan deringan itu berhenti dengan sendirinya,namun tidak pada hari ini. Entah kenapa aku ingin segera menjawab panggilan itu. Nama yang tertera di skrin membuatkan aku sedikit takut. Ye..aku takut.sempat aku berfikir kemungkinan-kemungkinan yang ada. Baik @buruk.itu je. Dalam hati aku berharap agar madam,not mister yang kol. Tapi..suara lelaki yang terlebih dahulu menyapa cuping telinga ini.
"Assalamualaikum..ini aishah,student ukm kn?"
"Ye saya. Kenapa ye?" dalam kepala aku,makcik rindu nak cakap dengan aku ke?lantas disuruh suami menelefon ku?harapnya la…
T_____________T
"ni nak bagitaw..makcik da xde."
?????????
"oh…ermm.."senyap…
satu saat..dua..tiga..empat..lima.
"aishah!!aishah!"
"Ye ye..err bila?" aku da xtahu nak cakap apa.hilang kata2.
"minggu lepas.khamis malam jumaat(7jan2011),12:05am kt HPP. Pakcik mintak maaf lupe nak bagitaw. Tadi pegi amik record kt hospital baru teringat."
"oo..xpe2..terima kasih." Perlukah aku ucap takziah? Risau aku akan membuatkannya sedih, lagipun,aku memang xboleh nak ucap perkataan tu saat ini.
________________________________
Beberapa hari selepas mesej & panggilan ku tidak berjawab tempoh hari, aku menerima satu mesej dari pakcik(1jan2011,10:53am). Katanya arwah sakit kuning.da xlarat nak bergerak.mesej ni masih lagi ku simpan.
Dan hari ini(14jan2011,6:48pm)..aku menerima panggilan berita pemergiannya.
Baru je beberapa hari ini aku berangan2 untuk pergi melawat arwah di perak@ penang suatu hari nanti. Namun Allah Maha Mengetahui. Jodoh kami hanya di sini.
Semoga Allah mengampuni segala dosa2nya. Semoga dilapangkan & diterangkan kubur,dijauhkan segala siksaannya.rahmatilah dia ya Allah.amin..
Semoga pakcik & anak2 terus diberi kekuatan.
Al-fatihah…
*sangat rindu untuk mendengar suaranya yang ceria bila bersembang. Terngiang-ngiang di telinga ku perbualan kami 2bulan lepas. Ceria dan gembira bila menceritakan perkembangan positifnya.
*semoga KENANGAN INI menjadikan aku insan yang tabah dan semakin tabah dalam menempuhi realiti kehidupan. Sememangnya kita akan berdepan dengan lebih banyak lagi kehilangan,perpisahan dan KEMATIAN.
*menangis itu boleh.namun biarlah seadanya. Sekadar mencuci mata??
Posted by sHaziaN at 00:54 0 comments
January 12, 2011
::::::
bismillah..
:: tips::bila ada orang mengumpat/bergosip dengan anda,dan anda tidak ada cara untuk lari darinya, dengarlah ia sekadarnya,dan janganlah disimbah minyak ke atas api! dan paling penting sekali..jadikan dirimu orang terakhir yang menerima gosip itu.jangan disebarkan kepada yang lain! anggaplah itu sebagai bedtime story. yeahh....
::JOM JADI BAIK~
diRikU haNya uNtuk Mu..
Posted by sHaziaN at 23:54 0 comments
December 31, 2010
UJIAN
Bismillah..
Mr M
Di awal usia 20-an, ketika kawan2 seperjuangan masih gersang ketagih mencari ilmu, dia terlantar di wad. Penyakit yang di hidapinya memerlukan rawatan segera. Penyakit yang sangat agresif,jika tidak dirawat boleh meragut nyawa dalam masa 2bulan sahaja. Dia ditempatkan di bilik isolate,risau akan risiko jangkitan yang tinggi disebabkan antibody yang sangat lemah. Tika aku melangkah melewati biliknya, dia berdiri mengadap dinding kaca bilik itu, tikar sejadah dibentang mengadap kiblat yang satu. Subhanallah..tika sakit yang amat masih ada hamba Mu yang mengingati Mu,menunaikan kewajiban sebagai hamba pada Penciptanya. Amatlah jarang aku melihat pesakit menunaikan solat di wad. Rasa bangga menyelinap di hati. ‘insyaAllah..kamu akan sembuh segera.’
Suatu hari,aku berkesempatan melihat satu procedure yang dijalankan ke atas Mr M. central line insertion. Satu tube panjang dari lengan terus ke jantung. Sakitnya mata yang memandang. Namun dia hanya tersenyum. Kata doktor, ‘kamu ni senyum je taw.sakit pun senyum.’ Kalaulah kita di tempatnya,masih boleh tersenyum lagikah?? Masihkah ada sisa-sisa kekuatan untuk senyum??
Kali kedua daku melawatnya di bilik isolate,kepalanya sudah botak. Banyak sangat rambut gugur kesan kemoterapi. Lagi baik di botakkan terus. Namun,dia masih tersenyum manis.
Berita pemergiannya begitu memeranjatkan aku. Juga sahabatnya yang sama2 menghuni wad tersebut. Juga kakitangan dalam wad itu.Khabarnya,dia muntah teruk mungkin akibat badan terlalu lemah menerima reaksi kemoterapi. Dia koma di icu dan pergi buat selamanya. Masih terbayang-bayang senyuman tanda kekuatan di mataku.
Semoga kamu ditempatkan ditempat yang mulia bersama para solihin..amin.
Al-fatihah..
==================================
Madam J
Sekitar usia 40-an, badannya semakin bertambah lesu. 2bulan terlantar di rumah,tak mampu untuk berjalan. Kononya,terkena buatan orang. Suatu hari,dia pergi ke hospital. Terus di tahan di wad berminggu-minggu lamanya. Pelbagai pemeriksaan dilakukan. Akhirnya, disahkan mengidap barah. Dia tabah. Sangat tabah. Dia dapat menerima segala ketentuan Ilahi walaupun si suami yang mengalirkan air mata. Dia masih boleh tersenyum. Dia masih berbicara riang melayan kehadiraan ku setiap hari. Andai aku tidak menjenguknya di pagi hari,pasti kiriman salam akan sampai pada ku melalui kawan2ku. Bukan satu bahkan dia akan berpesan kepada sesiapa saja yang kenal aku. Lantas aku mencari masa setiap hari untuk melawatinya. Suatu hari,dia dalam kesakitan.namun masih berusaha keras untuk berbicara dengan ku. Cepat-cepat aku menahanya dari berbicara.’rehatlah dulu. Nanti saya datang lagi.’
Aku pernah menemaninya di bilik procedure. Kata doctor,‘Bone marrow aspirate is the most cruel thing in the world.’ Aku juga pernah menemaninya ke ground floor untuk mammogram. Sakitnya ya Allah, hanya Kau yang mengetahui. Dan apa yang membuatkan aku tersentuh adalah bilamana dia memperkenalkan aku pada anak dan suaminya…‘kakak,ni anak angkat mama. Abang,dialah yang tolong saya..bla bla..’.syahdu sungguh bila diperlakukan sedemikian.
Ujian yang dilalui mendekatkan dirinya pada Ilahi. Selama terlantar di wad, dia minta dibelikan cd2 bacaan Al-Quran.dia mula membaca buku2 agama. Indah sungguh aturan Mu ya Ilahi. Sudah hampir 2bulan aku tidak mendengar khabar berita darinya. Kali terakhir bersembang di telefon,dia semakin pulih.dia dapat berjalan kembali walaupun masih lemah. Cerianya dia di hujung talian sana. ‘semoga terus diberi kekuatan.semoga cepat sembuh.’
Hari ini,panggilanku tidak bersambut. Mesej ku tidak berbalas. Apa yang terjadi sebenarnya?? Jauhkan dia dari segala perkara yang tak diingini ya Rab. Aku akan tetap menunggu balasan darinya.
===========================
“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedang mereka tidak diuji lagi?”(al-ankabut:2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “jagalah Allah(dengan sentiasa ingat kepadaNya),pasti engkau mendapatkan-Nya di hadapan mu. Kenalilah akan Alah diwaktu lapang,pasti Allah akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang (ditaqdirkan) luput dari dirimu, pasti tidak akan menimpamu, dan apa yang (ditaqdirkan ) menimpamu pasti tidak akan luput dari dirimu. Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan itu bersama kesusahan dan bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan.” (HR At-Tirmizi).
p/s:
Adakah kita sekuat mereka tika ditimpa musibah/mehnah/ujian??
Jangan cepat mengeluh dengan aturan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik segala ketentuan.
Seringkali persoalan ‘layakkah aku’ bermain di fikiran,namun Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu ujian yang kita tidak mampu. Boleh jadi apa yang kamu benci itu yang terbaik untuk kamu sedang kamu tidak mengetahui.
Posted by sHaziaN at 15:52 1 comments
December 27, 2010
TIADA LAGI ESOK
![]() |
| my dream house..lawa kan.. |
Betul ke the best day?? Tadi short case macam apa je.
"ok..since you're here, and I got 1 more case.. Please examine patient's abdomen and tell me the findings."
…………………………..
"sorry prof.i cant appreciate it."
"come. Tell me what is this."
"it's the head bcoz its round,hard and ballotable."
"see..you can tell me that. But you give up too easily. You don't show your effort to feel for it."
"mentang2 teori kata 26 weeks xdapat rasa fetal part,then u give up easily."
"one more thing.. I cant accept that you said gravid uterus evidenced by linea nigra,striae gravidarum AND striae albicans."
"and all 3 of you wrong about the clinical fundal height."
"yes prof..thanx prof."
………………………………
Ini cerita hari ini. Alhamdulillah..alangkah beruntungnya orang yang bersyukur ketika ditimpa kesusahan dan bersyukur ketika dikurniakan kesenangan. Saya nak jadi orang yang beruntung!
Benda da lepas,no need to think again and again kan. Sekarang hanya boleh relax2(haha boleh ke??) and tawakkal. Solat hajat jangan tinggal setiap hari yok!
Walaupun entah pape je short case saya tu..tapi saya MESTI bersyukur. Hanya kepada Allah kita bertawakkal. Mintak2 lembut hati prof,dan bagi saya lulus!amin..
So..ada lagi 2minggu termasuk today. Nak buat apa ek??boleh pulak Tanya soklan tu.huhu logbook dah xde.lau x boleh gak buat procedure. Rasa cam nak gi kerja je.ceh.. berangan.belajar xabih agi. Short case xtaw pe cite..bukan la..maksudnya saya nak gi kerja kat labour room.hoho nak sambut baby banyak2. Tapi xsyok gi sorang2. Nanti kena soal ngan midiwife,xde orang nak tolong nih.haha
Sape da abih short case??angkat tangan. Jom gi oncall!
Eh lupe..sebenarnya nak cite kenapa TIADA LAGI ESOK..sebenarnya saya short case esok kat ward. Tapi disebabkan 'terlebih rajin'..saya pun follow la 2 kawan saya yang kena short case ari ni kat clinic. Tiba2..dengan xberapa prepare nya..saya pun terpaksa lah short case kat situ.uwaaaaaa…haaa sape suruh rajin sangat. Tapi saya juz nak tengok cmna cara prof tu je.. xpela.bagus jugak kena kat klinik..xyah risau2 nak kena g cover all 4 wards! Pemalas betul kamu nih!dan xyah nak risau dah..kat clinic xkena Tanya banyak soklan.merdeka!!
so..esok..TIADA LAGI SAYA di ward.haha kite cuti dulu 1 ari.bagi meraikan diri sendiri. Xbetul da aku nih.
Tapi sebenarnya..ada hikmah saya dapat short case awal.sebab ada 2tugasan yang sangat besar yang perlu diselesaikan. Tapi malam ni nak tido dulu..esok baru kite selesaikan benda tuh.
"perumpamaan orang yang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui." (al-ankabut:41)
"dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu."(al-ankabut:43)
…………………………………..
Maher Zain gitaw saya...
Everytime you can make one more mistakeYou feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Please show me the way o Allah..
insyaAllah..subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar!
*gud lak to anyone yang BELUM short case ya! Don't give up too easily like me!
*and..please pray for me too..doa supaya prof /examiner lembut hati..tanya soklan yang mudah2..and Allah bagi ilham dan ilmuNya untuk kamu jawab nanti.amin..
*27dis2010àarini dalam sejarah..1 benda yang menggembirakan,1 yang mengejutkan..dan 1 yang xberperasaan(shortcase!).
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 23:49 0 comments
December 25, 2010
LOGO HALAL DUNIA (1)

'diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.' (Al-Ma'idah: 3)
..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)(Al-Baqarah: 195)
..dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (Al-A'raf: 157)
Posted by sHaziaN at 18:47 0 comments










