March 28, 2011

LET'S FLY

bismillah..

finished surgery theory paper already..
another 3 more..
feeling??
no feeling!
don't know whether i can answer or not..
don't have feeling at all..
anyway..
let's juz tawakkal..

'look for the test,hope for the best, pray for the rest'
(copy status k.mah's fb)

one causes of ectopic pregnancy is tubal damage secondary to PID.
PID can be caused by IUCD.
but..dr said..
IUCD doesnt increase risk of ectopic,its juz dont prevent from ectopic.
so???


flying with wings..
flying color..hopefully


March 27, 2011

BERSEDIAKAH..

bismillah..

isnin 28mac..start final exam.
sume orang tengah pulun dalam masa 1minggu study week ni..
sume orang prepare for the best utk ujian ni..
sume orang sanggup xtido malam..minum nescafe..dan macam2 cara la utk xbagi ngantuk..
sume orang kurang bercakap..banyak membaca..
ada orang takut utk menghadapinya..
ada orang boleh relax..cool..
ada orang xle tido sbb risau...
ada orang tensen..
sebabnya..final exam is coming!

andai esok...
malaikat izrael datang memberi salam ke bilik kamu.. 
mampukah kamu menjawab salamnya??
malaikat izrael ingin merisik kamu..
mampukah kamu utk menolaknya??
malaikat izrael ingin membawa kamu ke dunia yang lain..
mampukah kamu utk mengikutnya??

andai esok..
kamu pulang menemui kekasih Agung..
bersediakah kamu??
bersediakah kamu??
bersediakah kamu??


bersediakah kamu,aishah??
bersediakah kamu wahai  pembaca??
selamat berjuang..
semoga berjaya dunia akhirat!




~2jam 30 berusaha tutup mata..masih xberjaya..
~takut..??


ya Allah..permudahkan urusan kami dunia dan akhirat..amin.


diRikU haNya uNtuK Mu..

March 24, 2011

ULCER


<><><><>
ulcervenousarterial Diabetic
S -Site Gaiter areaPressure areaPressure area
S -SkinRed,warm
edematous
Pale/gray/black
°edema
Dry,thin
B -BaseBeefy red
shallow
Grey/yellow
deep
Necrotic
Deep
D-dischargecopiusminimalNo(purulent if infected)
M-marginirregularRegular punch outUndefined
Punch out
P-painMild
Relief by elevate leg
Severe
Relief by dependency
Worse by elevation
painless
P-pulsespresentabsentpresent
causesStasis- varicose/DVtIschemic
-large A= athreoscelosis,embolism
Small A= burger's/ raynauld ds,etc
Diabetic neuropathy





venous ulcer





neck pain followed by headache= migrain 0r tension headache??

March 21, 2011

::::::

bismillah..

today is monday..officially my study week is started.
need to cover 0nG n surgery for 1 week only..
n today also..im back to a normal person
but with superpower(six sense??)
im feel bad now coz i make someone waited for me..
i hate waiting n to  be waited..
wwaaahhhh really hate this feeling..
oto kajooo??
wat should i do..


gud lak my friends!
study! study! struggle!



diRikU haNya uNtuK Mu..

March 18, 2011

::::::


bismillah..

 

Imam Syafie.."kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan 6 perkara iaitu KECERDASAN,SEMANGAT WAJA,RAJIN,TEKUN,PERBELANJAAN YANG CUKUP dan  BERSAHABAT DENGAN GURU."

 

TAQWA ialah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan  kemenangan.

 

IMAN mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. oleh itu,bagi menguatkan benteng iman,keimanan perlu dibajai dengan 5 perkara: yakin,ikhlas,mengerjakan amalan sunat,istiqamah,bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

 

Pilihlah makanan halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

 

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut manusia. perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Akhirat di depan mata, dunia di bawah dagu.

 

Sabar mengahadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.


--------------

Pagi itu, Ummu Habibah al-Uzdiyyah (ibu Imam Syafie) mengemaskan rumah. Dia masuk ke dalam bilik Imam Syafie dan di dapatinya bilik itu penuh dengan timbunan tulang,kulit kayu,pelepah tamar dan kertas lusuh. Dia berasa tidak senang hati melihatnya."sesungguhnya kebersihan itu sebahagian dari iman. Kenapa bilikmu bersepah dengan sampah sarap? Lebih elok kamu bersihkan bilik itu dan bakar saja semua timbunan tulang,kulit dan kertas lusuh itu."

"ini bukan sampah sarap, tetapi ilmu yang saya pelajari. Saya tuliskan pada tulang,kulit kayu, pelepah tamar dan kertas lusuh kerana tidak mampu membeli buku catatan."
"ilmu yang kamu pelajari itu sepatutnya di simpan dalam ingatan, bukannya didalam bilik tidur."


 ---------------


"betul ke…nak jadi doctor ni…??tengok dr L ni,semalam balik kul 12 mlm..pagi2 lagi da ada kt hospital balik.."
I wonder..how doctors esp women, manage their family..??
houseMAN or houseWIFE..
houseMAN and houseWIFE..

Apapun..perbetulkan niat kamu..refresh it every day k!



diRikU haNya uNtuK Mu..

March 11, 2011

INGATAN UNTUK DIRI


Bismillah..

Jumaat datang lagi..bermula ari ini dengan cuaca redup,angin dingin yang segar, diikuti hujan yang membasahi bumi. Kaki melangkah ke PPUKM dengan niat hanya utuk menghantar case write-up ke department. Namun kaki termelencong ke klinik dan juga wad. Tiga hari berturut-turut terpaksa berjumpa dengan DA. Apa boleh buat..3x kena sumbat. Dan selepas ini entah berapa kali dan berapa lama lagi. Tapi untuk sekarang ni, sumbat atau tak,xde beza. Dan hanya itu option yang ada. Bersyukurlah.. orang lain lagi teruk. Jika terasa ujian ini berat,ingatlah masih ramai lagi hamba yang diuji dengan ujian yang lebih besar. Ada hikmah. Ada ganjaran yang Allah sediakan andai kita bersyukur di kala susah dan senang. Bersyukurlah,pasti Allah tambah nikmat (Ibrahim:7).

Jika ditanya samada tension ke x..compared dengan yang lepas..kali ini kurang stress level. Mungkin da boleh adapt sikit. Tapi sebenarnya xde beza samada sumbat atau x. so,xrasa tensen sangat.Alhamdulillah.. tapi kali ini akan takes time yang lama cikit. Xtaw la cne..harap2 everything will be fine soon.

Tadi..pergi clerk sorang uncle ni. 54/M/M with vascular problem. IC (intermitten claudication about 2 years) never seek treatment before. Best borak dengan dia. Talkative. Cite pasal dia gi Mekah ari tu. Tunjuk gambar kat Mekah,Madiinah..bila la agaknya saya akan sampai ke sane ye.. insyaAllah..doakan..

Tapi yang peliknya..mula2 saya gi approach dia hulur tangan nak salam. Alamak! Xtaw nak buat cne. Da la sorang2. Tapi xde la saya nak sambut tangan dia. Cuma xtaw cne cara yang betul nak reject.huhu terkejut..

Tapi uncle ni siap bagi tazkirah Jumaat panjang lebar kat saya. Kebetulan kawan laki saya datang kat katil uncle,dengan dia sekali kena ceramah. Bagus la uncle ni kan(slack hulur tangan je). Alhamdulillah..ada pengisian hari ini. Dia tengah tunggu nak gi OT. Nak kena potong big toe dia. Tapi dia sangat positive. Dia bersyukur walaupun kena potong big toe. Cuba tengok orang sebelah,lagi teruk. Satu kaki below knee amputation,satu kaki lagi hanya tinggal big toe je. Dia sungguh bersyukur. Lagi satu,sebab masa dia kat Mekah,dia ada cakap kat kawan dia, 'balik ni nak pakai tongkat la. Cantik tongkat tu.' Tengok..Allah da makbulkan.. masa dia buat tawaf wida'(tawaf selamat tinggal) big toe dia luka terkena lantai masjidil haram tu. Sampai sekarang dah hitam,gangrene. Pengajarannya mulut ni kita kena jaga. Jangan cakap benda yang xpatut. Diam itu lebih baik. Sebab setiap perkataan itu adalah doa. Allah Maha Mendengar,Melihat dan Mengetahui. Xsemestinya kita kena duduk atas tikar sejadah,baru boleh berdoa. Walau dimana jua,bila2 masa, Allah ada di sisi kita. Kita je yang kadang2 xsedar Allah itu dekat. Sebab itu kita berani mengumpat,mengata orang,buat jahat, dan macam2.

'Allah itu dekat. Malah lebih dekat dari salur darah di leher kamu'.

'berdoalah,nescaya akan aku perkenankan.'

Dulu uncle ni sangat nakal..macam2 benda dia buat. Tapi lepas dia masuk penjara, dia bertaubat. Lepas tu dia gi umrah 2 kali, tahun lepas gi haji. Senakal2 uncle ni, dia boleh gitaw maksud Al-Fatihah dengan sangat lancar. Saya,kamu bagaimana??sudah hafal makna bacaan dalam solat??

Sedikit sebanyak uncle menyedarkan saya. Cuba bayangkan ,macam mana kalau Allah tarik nikmat deria saya yang satu ni??Nauzubillahi min za lik..bersyukur dan bersyukurlah kamu wahai aishah..

Ini ada sedikit bingkisan dari uncle..boleh pulak saya salin benda ini. (^0^)
History taking pun xtaw complete x. hhhaha
Cuba hayati..maksud tersirat yang sangat mendalam. Uncle buat ni masa kat Mekah rasanya,dan dia ingat setiap baris ayat..

 
Ku berjalan tanpa haluan
Semakin jauh ku berjalan
Semakin luas pemandangan
Namun tak ku temui apa yang ku cari
Ku teruskan perjalanan
Meninggalkan ayah dan ibuku
Untuk mencari ketenangan jiwa
Masih belum ku temui jua
Lalu ku berjumpa seorang tua
Lalu ku bertanya padanya
Di manakah kesucian oh di mana
Dia menjawab dengan perlahan
Ketenangan paras kelihatan
Lihat kau dulu disekeliling mu
Dan lihatlah diri mu
Duhai anak
Engkau punya masa untuk membuat penentuan
Kesucian hanya dapat dikau rasakan
Jikalau kau sujud pada Ilahi..

 
(orang tua yang dimaksudkan adalah Quran,Hadith,Kitab2 ilmu..)
Semoga operation berjalan lancar..selamat dalam lindungan Allah selamanya.

*da habis longcase selasa ari tu..CWU da anta. Logbook da anta. Yuhuuu!
so xtaw nak buat apa lagi..start study week lorrr!


 
diRikU haNya uNtuK Mu..

March 3, 2011

MAK..

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...


Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...

Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...




Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...




Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak...
 Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...




Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...


Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...


Mak...
 Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...




Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...


Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...




Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...




Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...




Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...


Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...




Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...


Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .


Mak...
 Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...


Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...


Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...


Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..







sedihnya baca ni..
juz nak kongsi.terjumpa kt fb..