Bismillah..
1. surah al-waqiah:19
2. terjemahan doa:
ya Allah,kasihanilah kulitnya yang lembut,tulangnya yang halus, dan uratnya yang sempit drpd terlalu panas. wahai Ummi Mildam, jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah,yang maha Agung, maka janganlah kau sakiti kepala,dan janganlah kau pahitkan mulut dia janganlah kau minum darah. berpindahlah darinya kepada orang yang menyengutukan Allah dengan tuhan yang lain.
*ummi mildam = makhluk halus yang masuk dalam tubuh badan seperti virus.
*kan bagus kalau kita dapat mengubat penyakit dengan menggabungkan perubatan moden dan ayat2 suci Al-Quran.
diRikU haNya uNtuK Mu..
April 7, 2011
DOA SAKIT KEPALA
Posted by sHaziaN at 22:57 0 comments
SELUSUH
bismillah..
Selusuh ialah jampi atau ubat yang memudahkan anak keluar ketika bersalin. (Kamus dewan edisi ke4)
Tujuan =meringankan penderitaan ketika melahirkan.
Pemakanan ibu hamil:
- Buah2an dan sayur2an-5 hidangan sehari
- Karbohidrat dan bijirin
- Protein tinggi- danging ayam ikan soya. Ikan at least 2x seminggu
- Kalsium tinggi-susu,yoghurt,keju
- Serat tinggi- sayur buah kekacang.
Amalan fardhu diperkukuhkan disamping amalan2 berikut:
- Banyakkan baca quran.sekurang2nya khatam sekali sepnjang mengandung. Jika xmampu,baca surah2 tertentu eg Maryam,Yusuf,Luqman etc.
- Banyakkan solat sunat esp sunat hajat.
- Sentiasa berfikiran positif. Tidak terlalu mengikut perasaan n emosi.jangan fikir bukan2 eg anak cacat.
Ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin,antaranya:
- Minyak selusuh
Diperbuat drpd sebiji kelapa yang dikupas sabut dan tempurungnya.
Isinya diparut atau dimesin dan diperah santannya.
Santan itu seelok-eloknya dimasak menggunakan sabut dan tempurung tadi.
Minyak hendaklah diminum seminggu sebelum tarikh jangkaan dgn kadar 1sudu besar sehari.
- Air selusuhSebaik2nya air zam-zam.
Jika tiada,air hujan malam jumaat.
Jika tiada,air suci dan bersih seperti air mineral boleh digunakan.
Air ini di bacakan doa selusuh.
Seelok2nya didahulukan dengan surah Yassin oleh 40orang atau lebih sebelum didoakan.
Air diminum pada waktu pagi dan malam seminggu sebelum due date.
Air juga boleh dibuat mandi. 1gelas air selusuh + 1baldi air biasa disiram sebagai bilasan terakhir setelah mandi seperti biasa.
Biarkan ia kering ,jangan di lap.dilakukan setiap petang sebelum maghrib,sekurang2nya 3hari berturut2.
- Selusuh menggunakan kurmaSebaik2nya kurma rutob(separuh masak).jika tiada,guna kurma ajwa(nabi) atau jika tiada kurma biasa. Makan 5 atau 7 biji yang boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur air selusuh. Boleh juga dibuat jus dan diminum setiap pagi dan petang beberapa hari sebelum bersalin.
Kombinasi doa yang dibaca pada wanita hamil dan minyak,air,kurma.
- Surah al-Fatihah
- Ayat pemecah (surah al-Hasyr:21-24)
- Selaawat syifa'
- Ayat dan doa selusuh:
- Surah al-insyiqaq:4-5
- Surah al-Nazi' :46
- Doa selusuhLaptop xde tulisan jawi.sape pandai arab tu,translate sendiri la ye. Xpun ppi beli buku darussyifa'
Ya Allah,dengan hak Maryam,juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam,ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan ibunya) penderitaan bersalin,dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat Mengasihani dari segala yang mengasihani.
- Doa pemudahTuhanku,permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana sesnungguhnya memudahkan segala sesuatu yang susah itu adalah mudah bagiMu,ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan dengan rahmatMu wahai yang Maha Mengasihani drpd yang mengasihani.
Berdasarkan pengalaman pengamal, terdapat kes yang tidak sempat bersalin di hospital. Jadi,segera pergi ke hospital dan jangan bertangguh jika ada tanda2.
Doctor ada cakap..xboleh guna selusuh ni. Tapi xsure mana satu. Mungkin minyak kot. Xsempat nak Tanya doctor kenapa. Ke takut BBA(birth before arrival)?? Takut terlebih contraction dan menyebabkan perineal tear yang teruk. Boleh jadi..?
Tapi bagi pendapat saya..xsalah selusuh ni.ni ikhtiar menggunakan ayat2 Allah.
Wallahu'alam..
Sumber: buku rawatan penyakit2 jasmani,Tuan Guru Dato' Harun Din, pengasas Darussyifa'.
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 22:42 0 comments
KEPALA,HATI KU
Bismillah..
Semalam..terpaksa mengikut kakak ke sekolahnya.. Tengahari pergi ke sekolah memandu.sekolah jugak kan. Lepas tu pegi SMKBTHO2 semula utk ko-ku petang.kul6 baru sampai rumah..sangat letih.
Semasa menunggu driver datang amik kat bus stand depan pagar sekolah.. tiba2 datang seorang cikgu lelaki. Cikgu disiplin. Dia panggil sepasang couple yang berada di bus stand itu. Sungguh ku tidak sedar ada pelajar di belakang. Pompuan nya pakai t-shirt skolah. Lelaki berkemeja. Bukan student di situ. Tiba2 saya pun kena marah jugak.Eeekk…
'tu..buat apa kat citu??!!'
'er..tunggu orang amik.' Gugup gak la..
'kau sekolah mana?'
'eh saya x skolah da..'heeeeeee…sukaaa..
Tapi xpasal2 saya kena marah free je..terasa cam kena marah kat cikgu disiplin skolah dulu lak.
---------------------
Sebenarnya saya suka memerhatikan orang..opssss jaga2.huu..people watching. Tapi bukan saya tengok dari segi lawa ke xlawa..putih ke gelap..kening lebat ke..muka comel ke....tu bukan saya..saya benci orang yang suka komen dari segi benda2 ni. Apa yang saya perhatikan adalah..cara pemakaian seseorang, cara bersosial..personaliti ke orang panggil? entah.. tapi laki saya xkisah sangat. Sebab diorang bukan ada batas aurat yang banyak yang kena tutup. Kaum hawa ni yang saya risau.
Sedih bila tengok kaum sejenis hari ini..tengah tunggu bas,ktm,dalam ktm..saya tengok masyarakat ari ni macam mana…kadang2 benci nak kluar sebab benci tengok fesyen yang macam2 menyakitkan mata dan hati.
Dan paling sedih..sebab saya tak dapat nak tegur.tak dapat buat pape. Xde kekuatan..xtaw cne nak tegur..tegur berhemah..lau main serang je boleh la kot..huu rasa cam menangis lam hati je..tengok remaja zaman sekarang. Saya pun bukanlah seorang yang baik..tapi betul xsanggup nak tengok sume tu..
Masa ngah tunggu bas kat ktm serdang, ada 3orang datang sebelah saya. 2P1L. mula2 saya xpandang pun.betul2 ingat bukan malay. Sebab tu buat dekk je. Sekali dengar dia cakap,..eh melayu.. sorang lagi berdiri kt depan. Lepas dengar suara baru saya angkat muka..eh malay..ISLAM.. astaghfirullah..da xboleh nak beza MUSLIM n non-muslim.
Sedih xtaw nak kata cne..nak tegur nak tegur..tapi xtertegur..dalam kepala duk piki ayat sesuai. Tapi sumenya kluar ayat yang xsesuai. Doa je dalamm hati supaya Allah bagi hidayah kat mereka bertiga. Pastu tiba2 teringat hadis ni.. Rasa bersalah dalam hati.
Dari Ali r.a,telah bersabda Rasulullah saw.'sepeninggalanku akan terjadi banyak fitnah di mana orang yang beriman tidak berkuasa mengubah dengan tangannya dan tidak pula dengan lisannya.' Aku bertanya: 'wahai Rasulullah,bagaiman yang demikian itu?' baginda menjawab: 'mereka menentang (mengubahnya) dengan hatinya.' Aku bertanya lagi: 'wahai Rasulullah,apakah yang demikian itu mengurangi iman mereka?' jawab baginda: 'tidak,kecuali seperti titisan air mengikis batu karang.'
Betul..dakwah itu susah…sangat susah..bukan hanya menggunakan mulut.bukan hanya perlu menyusun kata2 hikmah.hati itu yang paling penting. Hati perlu dilapangkan sebelum nak approach seseorang. Teringat pengalaman dakwah di KLCC new year 2011. Saya pergi approach sorang adik ni..bila tanya umur berapa, dia jawab form 2 or 3 cmtu..terus saya terdiam..kelu..xboleh nak cakap da..
Bila tengok pelajar2 SMKBTHO2 ni..sedih..ada yang free hair datang sekolah. Pastu t-shirt skolah..majoriti lengan pendek.heran saya. Boleh kira dengan jari berapa orang yang berlengan panjang.
'bukan ke sume wajib bertudung ke sekolah?' saya Tanya akak.
'ni bukan sekolah kat kg. sini orang xkesah.'
'kenapa sekolah xwajibkan?boleh je nak buat. Kawasan sekolah wajib tudung.'
'xboleh. Nanti jadi isu pulak. Ibu bapa xpuas hati.' Heran..
'dah mak sendiri xpakai tudung,xkan sekolah nak paksa.' Huh?? Begitukah reality hari ini??
Sebelum ini,mati2 saya ingat sume pelajar wajib bertudung. Ingatkan apa yang dilihat dalam TV itu hanya lakonan semata. Rupa2nya..sebaliknya. memang reality yang ditunjuk.MasyaAllah..
Bila muhasabah balik..salah siapakah ini semua terjadi???
Boleh x saya katakan salah DAI'E!!
Dai'e seperti saya! Dai'e yang xmenjalankan tugas untuk ummah! astaghfirullah..ampuni daku ya Allah..
Siapa lagi dai'e?? kamulah. kamu yang mengaku LA ILAHA ILA ALLAH..
'man qola lailaha ila Allah,fahua dai'e.' hadis ke ayat quran..lupa..
Maksud..Siapa yang mengucapkan laila ha ila Allah,maka dialah dai'e(pendakwah).
Jadi kita sume adalah pendakwah.
Tapi kita kadang2 lupa tanggungjawab yang satu ini.
Kadang2 kita tinggalkan tugas ini.
Benar..sume orang berpiki sapelah aku ni..xlayaklah aku nak tengur. Aku pun bukan baik. saya pun piki cni jugak..tapi sampai bila? Xkan nak tunggu diri perfect dulu baru boleh tegur orang? Bila tu? Kalau qiamat datang dulu? Kalau ajal datang dulu? Dan bolehkah kita jadi perfect?
Teringat ayat ni..kalau hanya orang perfect yang boleh tegur, memang xkan ada pendakwah di dunia ini. Sebabnya xde manusia yang perfect selepas Rasulullah s.a.w.
*rasa bersyukur sebab saya perempuan. sebab saya boleh tengok aurat kaum sejenis yang di free show kan di sana sini. kesian lelaki2 yang terpaksa tahan pandangan. lau tengok jugak berdosa! kebalkan iman mu wahai muslimin!
*tiba2 rasa takut utk mempunyai anak perempuan. Takut anak jadi macam apa yang saya tengok..takut saya xberjaya didik anak perempuan. nak anak laki je. tapi nanti anak laki pun akan dikelilingi perempuan2 yang seperti itu..kesian pulak anak lelaki saya..emmm..
Ya Allah..kurniakan daku suami dan zuriat yang soleh-solehah,penyejuk hatiku.
diRikU haNya untuK Mu..
Posted by sHaziaN at 17:48 0 comments
April 4, 2011
:::::::
bismillah..
alhamdulillah..abis sudaa final exam..
yahuuuu
tapi xsuka betul station breast examination
cam xbetul je cakap ngan patung yang xcukup sifat..
cne nak buat axillary lymph node exam pun xtaw..
so weird!
station yang paling frust
coz i dun know wat i dun know!
dah tu ternampak pulak mark yang dr bagi.
adeehhh~
station paling best..history taking..
thanx to SP, Mr.IM for cheer me up!
tapi saya xpaham..
kenapa Mr.IM gelak..
kenapa SP gelak..
dan kenapa saya gelak jugak??
adehh..satu hal jugak aku ni..
anyway really enjoy this station..
cool je..dapat dr yang coooool..
huhu
Mr.Im 'ada apa2 yang nak tanya patient lagi x?'
sedangkan dia da fill up my mark..
so...buat apa nak tanya agi..xde additional mark pun..
tapi dia macam nak saya tanya agi..saya pun blur xpaham
'ada lagi ke dr?' boleh x tanya soklan cni..??
'dah tu bell xbunyi agi.tanya je pape.' sambil gelak..
tiba2 SP 'haa saya nak tanya soklan.'
ekk...terbalik pulak...
'bahaya x sakit saya ni?' sambil gelak..
huhu...
'lau prostat ca,wat is da consistency?'
tiba2 pulak cam xpernah dengar perkataan consistency seumur hidup ni..
amik masa duk piki perkataan ni..
bukan piki jawapan...
seb bek xtanya..consistency tu apa dr??
confirm gelak kuat Mr.Im
wat happen to my memory??
*my 1st dose Hep B vaccine..
diRikU haNya uNtuK Mu...
Posted by sHaziaN at 21:04 0 comments
April 3, 2011
Keajaiban Kalimat Allah
Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat,
kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.
Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya.
Subhanallah..
sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.
xpercaya cuba try..
*baru sedar..kalau move cursor kat upin sebelah kiri atas tu..kluar bunyi!
alamak!! jangan bunyi sendiri tengah2 malam daaa...
lau nak buli upin pun blh gak..sentuh banyak2 kali..huhu
enjoy urself!
*tak sedar.. esok nak exam boleh lagi buat post! addicted~
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 22:52 1 comments
sarangeyo..
bismilah..
Posted by sHaziaN at 15:58 0 comments
April 2, 2011
AL HADID
Bismillah..
Siapakah yang mahu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik,maka Allah akan melipat-gandakan balasan pinjaman itu untuknya,dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
Iaitu pada hari ketika kamu melihat orang mu'min lelaki dan perempuan , sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): 'pada hari ini ada berita gembira untuk mu,iaitu syurga yang mengalir sungai2, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak.
Pada hari ketika orang2 munafik lelaki dan perempuan berkata kepada oarang2 yang beriman: 'tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahaya mu'. Dikatakan kepada mereka: 'kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya untuk mu.' Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luar dari situ ada siksa.
Orang2 munafik itu memanggil (orang mukmin) seraya berkata: 'bukankah kami dahulu bersama2 dengan kamu ?' mereka menjawab: 'benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu kehancuran kami dan kamu ragu2 serta ditipu oleh angan2 kosong sehingga datanglah ketetapan Allah, dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh syaitan yang amat penipu.
Maka hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang2 kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu.dan dialah adalah sejahat-jahat tempat kembali.
Belumkah datang waktunya bagi orang2 yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang2 yang sebelumnya yang telah diturunkan Al-kitab kepadanya,kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang2 yang fasik.
Al-Hadid: 11-16
Apakah ciri2 orang munafik?? Cari sendiri..
*Salahkah kalau kita layan orang sebagaimana orang layan kita? Dendamkah itu namanya??
diRikU haNya uNtuK Mu..
Posted by sHaziaN at 21:40 0 comments
