June 21, 2012

xde tajuk

Mar 20,2011
saya sudah bersedia.
persediaan yang ada: tiada

Jun 21, 2012
saya sudah bersedia.
persediaan yang ada: tiada

--------------------------------------

qalbu=heart=jantung.


Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah hati.          (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


andai membersih hati semudah ini
-----------------------------------------


ada orang
mimpi itu petanda
selalunya gambaran mimpi hitam putih
ada tikanya filem mimpi itu berwarna-warni
petanda mimpi itu bakal terjadi

ada orang
menangis teresak-esak dalam mimpi
tiba-tiba tersedar
air mata mengalir,basah bantal. 
ini kisah benar! 
bukan hanya terjadi dalam drama melayu.

dan dia...
tatkala terkejut dari mimpi
'alhamdulillah!'
mimpi rupanya.

dan aku..
mimpi itu peneman lenaku.

mimpi adalah aku
namun
aku bukan mimpi

*pejamlah duhai mata*

June 9, 2012

[@_@]

                              !!! GERAM!!!
                               !!!TENSION!!!

June 8, 2012

hati.............ikan

 
ikan dilaut tetap xmasin walau berada di laut masin bertahun-tahun
namun ikan di darat akan masin bila dimasak bersama garam.

sebab ikan dilaut hatinya masih hidup...
hati-hati jaga hati ^_^

May 27, 2012

Dia..vs..Dia

bismillah...

[1]
sekali-sekala suami balik lewat malam,mungkin baru pulang dari function atau outstation....
isteri pula terlambat membuka pintu....

'kenapa lambat?'
'ingatkan abang balik esok.'
tapi takkan tak dengar, abang bagi salam berkali-kali tadi.'
'maaf, maaf, maaf ya bang..'
'itulah,lain kali peka sikit. bukan apa, abang letih, mengantuk, kaki lenguh, badan sakit-sakit. tak kan itu pun awak tak boleh nak faham?'
'maaf bang, maaf ya bang..'

beginilah dialog yang kita biasa dengar..
ini dikira baik..tiada herdikan marah2...

.....VS....

pada ketikanya, dia balik lewat malam. dia hamparkan kain ridaknya di hadapan pintu. lalu dia tidur di situ semalaman.justeru tidak mahu mengejutkan si isteri yang telah lena. dia, sentiasa aman, dan memberi keamanan. esoknya, ketika isterinya memohon kemaafan dan menyatakan kekesalan, dia hanya tersenyum tanpa tercalar oleh sedebu pun rasa terkilan apa lagi kemarahan....

dia...ya Rasulullah...

[2]

'aaaaiiii, tak hidang lagi?'
'maaf bang. nasi belum masak lagi. sekejap je lagi.'
'dah tahu saya balik waktu macam ni, itu pun tak reti nak bajet masa?' sambil tarik muka masam T__T.
'maaf bang..'

.....VS.....

'apakah ada apa-apa makanan pada hari ini?'
ketika si isteri menjawab tiada apa yang boleh di masak..
'hari ini kita berpuasa..'
dia tega seadanya..
bersabar dalam berpuasa..
bersyukur ketika berbuka..

dia...ya Rasulullah...

*masihkah ada lelaki bernama suami seperti ini..?
*Rasulullah..contoh teladan terbaik..qudwah hasanah..

May 21, 2012

tak terhitung

bismilllah..

Kira bintang
tak terhitung
Kira pasir
juga tak terhitung
Kira duri atas kulit durian
pun tak larat nak hitung.

maka...[fill in the blanks]

'maka,nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?'

sedih..takut..haru..nervous..sume jenis perasaan bercampur-baur

namun perlu di gagahkan juga hati ini 
menadah telinga
mendengar setiap bait kata yang keluar
perlu di maintain kan senyuman di bibir
tampak kuat, namun di dalam siapa yang tahu

kepala harus ligat,tingkatkan ram,
supaya laju menyimpan segala butir-butir penting

hati perlu dibulatkan,
untuk terus commit
untuk diri sendiri jugak!

selagi nikmat itu masih belum ditarik sepenuhnya,akan ku gunakan ia sebaik mungkin!

agar sakitnya ia,sakit untuk jemaah dan ummah
agar penat lelahnya ia, moga tercatat kebaikan di situ

bi iznillah..

senyum sokmo \(^_^)/

kite-kite

bismillah..

sungguh..ukhwah itu manis bila semuanya kerana Allah..
sama-sama penat-semput-hiro-masak-makan-tido

cuma demam je sengsorang   [^.^]

setiap saat,umur makin bertambah
mati makin menghampiri

'moga panjang umur' 
ayat yang selalu ada bersama 'hepi besday'
sedangkan usia panjang pendek kita telah ditetapkan sejak azali lagi

tak semestinya orang yang naik bas dahulu akan turun terlebih dahulu
dan tak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian

'MASA adalah modal terpenting bagi setiap manusia'
'MASA itu emas'
'MASA itu seperti pedang.jikan kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotong kamu'
'demi MASA. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.'

dan yang penting...MASA tidak akan berpatah balik.

kata hukama, kaki kita tidak boleh memijak air yang sama pada sungai yang mengalir. sekali dipijak,air itu akan terus mengalir ke hilir tanpa dapat dipijak lagi buat kali yang kedua.

'kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari.sebaik sahaja genap empat hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap empat puluh hari,kali ketiga, bertukar menjadi seketul daging. kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk menuipkan roh serta memerintahkan supaya ditulis empat perkara,iaitu:
1.rezekinya
2. tempoh kematiannya
3. amalannya
4. nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagian
 (HR bukhari no.3154) 

kata ungu:

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu
kapan tiba masa ku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

jawab kakak ku...'taubatlah cepat-cepat. buat pahala banyak-banyak'.

roh yang dipinjamkan Allah ini akan ditarik balik bila tiba saat dan ketikanya..

tips untuk 'panjangkan umur':
1. amal jariah

'apabila meninggal anak cucu Adam,maka terputuslah amalnya kecuali  tiga perkara sahaja: sedekah jariah,ilmu bermanfaat,anak soleh yang mendoakannya'.

'sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan,anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai yang dia alirkan (irigasi), dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. semua ini akan menyusul dirinya kettika dia meninggal dunia kelak'.(HR ibn majah dan al-baihaqi)

2. jihad

'Dan janganlah kamu mengatakan bahawa sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa, tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.'(2:154)

3. lailatulqadr

'lailatulqadr lebih baik dari seribu bulan'
1000 bulan=83.3 tahun
walaupun umat Nabi Muhammad s.a.w lebih singkat dari umat nabi-nabi terdahulu, tapi ia nikmat dan rahmat yang begitu besar yang dianugerahkan Allah..jika kita tergolong dalam golongan-golongan ini..sama-sama usahakan..

4. elak maksiat, perbanyak ketaatan

5. silaturrahim

'sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan umurya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim' (HR bukhari dan muslim)

'silaturrahim itu boleh menambah umur'. (HR al-Quda'i)

dan banyak lagi perkara yang boleh diamalkan bagi menghasilkan umur yang berkualiti. apa guna umur panjang jika disia-siakan..


*dengan mengundi mereka yang layak untuk menegakkan syariat Allah dimuka bumi pun,ada pahala kebaikan yang berterusan disitu. selama mana meereka yang kita sokong berbuat kebaikan,selama itulah kita mendapat saham akhirat..fikir sebelum pangkah ^_^
*dah masuk bulan rejab..cepatnya masa..jom perbanyakkan amalan-amalan sunat. 
*menulis untuk ingatan diri sendiri..dan jugak kamu..

May 14, 2012

(^___^)


 bismillah..


14mei..besday dia yang aku sayang.. 
berazam untuk menjadi yang first wish,
namun lena yang menyapa terlebih dulu..
16mei..mesej dia yang pertama aku terima bertahun2..

teruknya aku!


dalam ramai-ramai..
dia dan dia yang first..
terasa macam kehilangan


                          





                                              belum cukup kuat..


*buat 'dia' yang berada di tanah suci..Alhamdulillah, dia sampai dulu..sungguh aku jeles! insyaAllah giliran aku akan tiba suatu hari nanti.
*pejam celik pejam..aku sudah pun berada di tahun akhir.alhamdulillah..