December 28, 2011

dorm 11

bismillah..


sebaik sahaja selesai proses pendaftaran, dorm 11 ini menjadi rumah kedua pada usia ku 13 tahun..betapa x ternilai kenangan manis pahit bersama penghuni 'rumah bahagia' ini. memang bahagia. terdiri drpd student form1-5. aku batch ke4 (2002-2006). sekolah ni masih baru lagi. perintis masa tu di tingkatan 4. kagum! tengok senior2 bertudung labuh! warak2..keputusan PMR batch perintis hampir 30/40 dapat 9A.(jika xsilap)..dan ramailah yang keluar dapat tawaran SBP,mara dan KISAS. tinggallah beberapa yang setia dengan tok bachok.

 ingat lagi masa sorang senior ni nak keluar,sempat gi salam2,mintak autograph lagi! -perangai darjah 6 terbawak2- padahal xkenal pun senior tu.huhu tapi sebab kagum..lembut je orangnya. warak..asal bukan kelantan. rasanya tu je kot bacth yang ada student bukan ore klate. as time goes on..'kewarakan kesolehan' kat asrama tu pun hilang sedikit demi sedikit. masalah disiplin pun makin teruk.hampir setiap hari kena marah/denda ngan cikgu disiplin. dah macam2 perkataan keluar dari mulut cikgu tu. betapa stress dan marahnya dia. patutlah ilmu xberkat. ponteng prep,ponteng jemaah di surau, tudung makin singkat, couple dan macam2...sehinggakan -aku rasa- xde beza sangat dengan sekolah biasa. cumanya wajib amik PSI,PQS,ARAB,pakai tudung yang xberapa nak labuh tu dan wajib duduk asrama.

tapi bila bacth ku dah grad dari sekolah tu..ke'islami'kan tu datang balik.bila usha2 keadaan aspuri,masalah disiplin dah jarang. warden xperlu dah kejar2 student dengan rotan bila masuk azan. xperlu guna speaker menjerit2 anak2 ni pergi prep! tahniah junior2! prestasi sekolah pun makin meloncat. 2bacth selepas kami berjaya  mengharumkan nama sekolah bilamana mendapat ranking pertama dalam kelantan!catat rekod mengalahkan sume SBP, SMS machang dan  MRSM PC!


dan motifnya di sini ..bukanlah nak cerita pasal sekolah sebenarnya..
tapi teringatkan kata2 seorang senior di dorm11 ni..
'x baik puji orang'
'kenapa plak?'
'nanti boleh menjerumuskan ke dalam neraka'
????aku blur...
dan blur sampai sekarang mencari jawapan kepada persoalan puji-memuji..
and  start from that moment, i rarely puji orang...
padahal jawapan kepada persoalan tu masih belum terungkai..
sehinggalah pada malam isnin, 26dis 2011,majlis ilmu talaqqi di surau ArRazi,kitab penawar bagi hati.


adapun memuji, maka ada padanya enam kebinasaan, 4kebinasaan atas yang memuji(pemuji) dan 2kebinasaan atas yang dipuji(orang yang dipuji):
1. memuji itu terkaddang berlebih-lebihan sehingga seseorang itu berdusta.

2. terkadang, daripada pujian itu, pemuji itu menzahirkan rasa kasih kepada yang dipuji tikamana tiada kasih kepada yang di puji..maka jatuh dalam riya' (ustaz:x ikhlas)

3. terkadang, berkata ia pada barang yang tiada diyakini. maka adalah ia berkata-kata dengan ketiadaan aturan. (berbelit sikit..paham2lah ye) cnth: 'si polan tu warak,baik segala bagai' sedangkan kamu tidak yakin pun pada kewarakan dia..

4.puji2an menyebabkan seorang itu gembira,sukacita. namun bila yang dipuji itu adalah orang yang zalim, maka ia berdosa dgn sebab memasukkan sukacita ke dlm hatinya.
'bahawasanya Allah ta'ala sesungguhnya marah Ia apabila dipuji akan orang yang fasiq'(HR Ibnu Abi Ad-Dunya dan Al-baihaqi, dari Anas r.a.)


2kebinasaan atas orang yang dipuji:
1. timbul rasa takjub (rasa diri bagus & memperlekehkan org lain) dan ujub(rasa diri bagus).
2. bila di puji timbul rasa gembira, maka lemah ia drp mengerjakan ibadah dan redha ia pada dirinya.


namun, jika orang yang memuji dan yang dipuji terselamat dari kebinasaan ini,maka tidak salah memuji, bahkan terkadang ia adalah sunat.
pujian Rasulullah terhadap sahabat.
'jika ditimbang iman Abu Bakar r.a dengan iman sekalian alim, nescaya ia lebih berat.'
'jika tidak dibangkitkan aku jadi pesuruh,nescaya dibangkitkan akan dikau hai Umar.'(HR at-tirmizi)


jadi pujian itu tidak salah..namun berpada2lah dalam memuji dan tengok keadaan..


wa'allahualam..

~tunjuki kami jalan yang lurus~
*ada satu lagi persoalan yang xterjawab..teruskan mencari aishah!
*1st time dikurniakan perasaan itu! thank you Allah~
*x mengaku orang kampung!huahuahua

December 22, 2011

pujuk hati

bismillah..


kenapa aku nak jadi doktor....


antara hak seorang muslim dengan muslim yang lain ialah menziarahi orang sakit.
"rasulullah s.a.w menyuruh kami menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah,mendoakan orang bersin, menepati janji, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan menyebarkan salam.'(HR al-bukhari & muslim)


bukankah doktorlah yang akan mendapat peluang mengaut pahala yang sangat luas?
setiap hari wajib lawat pesakit.. bertuahnya jadi doktorkan..setiap pagi keluar je dengan langkah kanan..niat dlam hati bukan pergi kerja utk gaji/tanggungjawab semata. pasang juga niat utk menziarahi saudara2 muslim di wad.. lebih baik lagi jika dapat menghiburkan hati pesakit..


"jika kamu menjenguk orang sakit, maka hiburkan ia dalam menghadapi takdir. walaupun ia tidak mengubah sesuatu,tetapi ia dapat memperbaiki jiwa pesakit." (HR ibn majah)


rawat sakit dan rohani nya sekali..susah x?
salah satu caranya..hiburkan mereka dengan menyebut perkara2 yang menimbulkan kegembiraan yang sangat besar manfaatnya dalam dlm rawatan penyakit, setidak2nya dpt meringankan beban penyakitnya.


antara amalan yang Rasulullah s.a.w lakukan, baginda bertanya apa yang dirasai dan diinginkan oleh pesakit kemudian baginda meletakkan tangan ke dada pesakit lalu mendoakannya dan memberitahu apa yang bermanfaat drp sakitnya. antara doa baginda, 'tidak apa2,mudah2an menjadi pelebur dosa,insyaAllah' (HR bukhari)


dah hampir 2tahun berada di tahun klinikal ni..rasa macam wasted. x menggunakan peluang yang ada sepenuhnya utk mengaut keuntungan akhirat.


"sesungguhnya pada hari kiamat, Allah Azzawajalla berfirman yang bermaksud, 'wahai anak Adam,aku sakit. kenapa kamu tidak mahu menjenguk Aku?' manusia menjawab 'wahai Tuhanku, bagaimamnakah saya boleh menjenguk sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?' Allah berfirman 'apakah kamu tidak tahu bahawa hambaKu si polan sakit, tetapi kamu tidak mahu menjenguknya. apakah kamu tidak tahu seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu akan mendapatkan Aku di tempat si polan.' (HR muslim)


'seorang muslim yang menjenguk sesama muslim pada waktu pagi, maka ia akan dimintakan rahmat oleh 70 000 malaikat sampai waktu petang. dan apabila ia menjenguk pada waktu petang maka ia akan dimintakan rahmat oleh 70 000 malaikat sampai waktu pagi, serta mendapat jaminan buah2an yang siap dimakan di syurga.'(HR at-tirmizi)


allahuakbar! senaangnya nak mendapat doa rahmat dari malaikat.140 000 plak tu! nampak mudahkan..tapi tak ramai yang berjaya lakukan..ganjaran yang sangat besar sehingga Rasulullah menyebut orang yang menziarahi pesakit berada dalam kebun syurga!


jom jadi doktor! [promote2 =p]


patutlah tiap kali nak exam..berdebar sampai nak pecah jantung..kejap2 pi tandas..berpeluh2 xyah cakap..
practice bukan main..last2 debar punye pasal habis stuck. calm...cool..(pujuk hati sendiri)


esok..tibalah giliran ku shortcase paeds! fuh
tapi boleh plak bt post <-----sx of stress!!
semalam tido dkt kul5pg..bukan baca sangat pun..tapi xle tido..amik je solusi terbuka terus kt artikel ni.alhamdulillah artikel pemujuk jiwa..
 pas subuh pun xtido.mana ntah ngantuk ni pergi.
mata dah jadi cam beruang punye..berdebar punye pasal..


patutlah ganjaran yang sebegini hebat, cabarannya pun hebatkan..
x mustahil doktor ni susah kejenya..


'rabbi yassir wala tuassir. rabbi tamim bil khair.'
moga segalanya dipermudahkan ya Allah..amin..




diRikU haNya uNtuK Mu..

1_1

be strong!!

December 15, 2011

only to You

bismillah..

>really hate this kind of feeling<
>feeling of guilty<
>i am sorry for not doing my best for my beloved<

15/12/11
'no Gods but You. and i ask forgiveness from You. only to You I will return'. solihin amzar

>two times in one week<
>enough to make my tears clean up this beautiful eyes<

December 4, 2011

tiada kebaikan yang sia-sia

bismillah..

murid: apa gunanya kalau saya membaca al-Quran tapi x memahaminya?
tok: bacalah dulu, perlahan-lahan nati tok ajarkan maknanya.

murid itu terus membaca..hari demi hari. bulan demi bulan..dia berasa jemu dan menemui gurunya semula.

murid: tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami ini sesuatu yang tidak berfaedah.
tok: baiklah..tok akan menyuruh kamu malakukan sesuatu yang lebih bermakna.

wajah murid itu kembali ceria.tok menyediakan sebuah raga.
tok:kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita.

si murid kehairanan. mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku,detik hatinya.dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari utk menuangkan air ke kolah. namun,sebaik sampai air telah habis. begitulah dia lakukan berulang kali.masih x dapa memenuhi kolah itu.

murid: tok,perbuatan ini lebih tidak bermakna. kalau tok gantikan raga dengan timba barulah boleh menampung air dan memenuhi kolah!
tersenyum lalu berkata: setiap yang tok suruh pasti ada maknanya. menimba dengan raga samalah dengan membaca quran walaupun tidak memhaminya.
murid:sama-sama tidak ada faedahnya.
tok:tidak,sama2 ada faedahnya.
murid itu kehairanan.
tok: cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi.  mulanya ia kotor, tetapi sekarang bukankah ia sudah bersih? walaupun air kolah tidak penuh, tapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. betul x?
murid: betul tok.
tok: ha, begitu jugalah hati kamu ketika baca quran berulang kali. walaupun belum memahami maknanya tetapi plaing tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan ganguan syaitan.

murid itu mengangguk. hebat rupanya tok gurunya mendidik, bukan sekadar mengajar!

pengajaran: jangan memandang remeh sesuatu amalan baik, walaupun sekiranya kita belum nampak manfaat dan hikmahnya . dan jangan gopoh utk 'meningkat' dalam perjalanan menjadi hamba yang baik dengan tindakan2 yang melanggar ketertiban dan kahalusan adab.ingat..setiap yang baik pasti ada kebaikannya..

*wednesday comes with great stress!
rabbi yassir wala tuassir.

diRikU haNya uNtuK Mu..

November 22, 2011

m.u.h.a.s.a.b.a.h c.i.n.t.a.k.u

bismillah..

post forum 'destinasi cinta fitrah' sempena minggu BESTNYER NIKAH:

ranking C.I.N.T.A
1) cintakan Allah
2) cintakan Rasulullah
3) cintakan ibu bapa
4) cintakan keluarga
5) cintakan sahabat,pendidik
6) cintakan s.i. d.i.a

sebelum kamu (baca:aku) raih cinta Allah, jangan berangan utk kahwin. T__t

'cintailah Allah,nescaya kamu akan bertemu dengan dia yang mencintaiNya'.
yakinlah~

ubeam..im not ready yet!



diRikU haNya uNtuK Mu..

November 20, 2011

\(^_^)/

a great opportunity
an amazing experience

we are one of them!